Iklan Corner

Saturday 14 January 2012

Pick of The Day -- 14/1/ 2012


 Chelsea offer 30 juta Euro untuk dapatkan Eden Hazard 


Pasukan EPL yang sekarang nie menghuni tangga ke-4 liga, Chelsea, berminat untuk mendapatkan khidmat Eden Hazard dari Lille dengan kos perpindahan membabitkan 30 juta Euro.

Hazard, yang turut diburu oleh beberapa kelab Eropah lain termasuk Arsenal, dikatakan mahu berpindah ke liga lain tetapi dikatakan pemain tu lebih berminat untuk mencuba nasib di liga Sepanyol. Namun, itu tak bermakna Chelsea tidak akan mencuba nasib untuk mengambil khidmat Hazard.

Hazard, pemain genius Belgium yang baru berusia 21 tahun, diura-urakan mempunyai kualiti untuk menjadi the next 'Cristiano Ronaldo' dan sudah pun diundi sebagai pemain terbaik liga Perancis tahun lepas. Dia juga turut berkata yang dia sudah bersedia untuk tukar kelab lain.

Andre Villa Boas dikatakan akan mendapat dana 150 juta Euro untuk dibelanjakan pada musim perpindahan kali nie.

Pandangan aku:

Eloklah tu. Chelsea memang memerlukan beberapa pasang kaki baru untuk bangkit mencabar semula dalam EPL. Skuad Chelsea dah berusia. Molekla kalau AVB cari pemain-pemain muda baru untuk susun semula pasukan Chelsea nie. Alang-alang berbelanja tu, carilah seorang striker muda selalu. Podolski mungkin sesuai jugak kot. Hulk pun okey jugak.










Gerard Pique : Takde feveret dalam Madrid vs Barca

Gerard Pique kata, bila menentang Real Madrid, tiada pasukan yang boleh dianggap feveret.

Real Madrid dan Barca telah diundi untuk bertemu sesama sendiri dalam perlawanan Copa Del Rey suku akhir dan pemain Barca sedar yang menentang Real Madrid bukan satu perkara yang mudah. Ini kerana jurang antara kedua-dua pasukan semakin kecil setiap musim dan Real Madrid mempunyai kualiti yang amat tinggi.
Pique VS CR7

Pandangan aku :

Aku setuju dengan apa yang Pique kata. Jurang Real Madrid dan Barcelona sememangnya semakin mengecil. Namun, kalau lihat dalam perlawanan lepas, nampak sangat yang Real Madrid tidak mempunyai kekuatan mental yang tinggi berbanding dengan pasukan Barca. Aku nak tengok, apakah yang akan Mourinho lakukan untuk betulkan masalah nie.


Sumber : Goal.com


Hala Madrid! Peace!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...