Iklan Corner

Wednesday 25 January 2012

Bye bye Mou?

Bye-bye?

Khabor angin bertiup kencang dari Sepanyol mengatakan Mou Mou mungkin akan meninggalkan Real Madrid musim panas nie. Selepas kekalahan Real kepada Barca baru-baru ni, ada beberapa sumber mengatakan kat Real Madrid berlaku krisis dalaman sampaikan nama-nama Ramos dan Casillas turut terlibat. Mereka ni dikatakan sebagai 'orang dalam' yang menyampaikan berita tentang krisis ni kepada media sehinggakan kuor crite-crite kurang enak ni.

Apa nak jadila dengan pasukan aku ni. Sebab kalah ngan Barca je, macam-macam cerita terus keluor. Kepada peminat Real Madrid yang sekapal dengan mereka yang mahu Mou keluor nie (hint;Barca fans), kita semua kena la ingat macam mana keadaan Real Madrid sebelum nie. Kucar-kacir, dengan pengurus kuar masuk, kelab tak stabil, tak lepas round 16 ECC setiap musim selama 7 tahun, takde piala dan jadi bahan lawak setiap musim. Tapi sejak Mourinho manage kelab, kita dapat tengok skit stability kat kelab kesayangan kita. Perlahan-lahan kelab kita kembali bangkit menjadi taiko Eropah. Sanggup ke kita menjadi bahan lawak kembali.

BARCA?

Ye. Bawah Mourinho, kita susah nak menang dengan Barca, tapi guess what? It is BARCA for god sake! Team mane boleh kalahkan Barca? Memang payoh. Janganlah mari kelab Menyu kata 'kami!' pasal last time aku tengok dengan City pun kena letak 6. Janganlah pula Arsenal kata 'kami!' pasal last time aku tengok kena baham 4.

Kita banyak improve bawah Mou. Sekarang, bukan saje kita pasukan digeruni di Eropah, tapi kita leading La Liga dengan 5 mata lebih atas Barcelona. So, apa lagi yang kita nak?!

Wake up, Madridista!! Let's us be together in this!



Mou is the man!! In Mourinho we trust!! Rock on Madrid!!





5 comments:

Messiphg said...

Aku minat Barca, tapi aku jugak minat Mourinho..Ada Mourinho, La Liga lebih menarik dowh..x boring sgt

Raul_77 said...

Aku lagi suka kl Mourinho pergi. Banyak sgt tektik kotor dia guna. Defensif giler lwn Barca!

Muzz bola said...

Aku sokong Raul_77. Aku tak suka Mourinho. Pengurus perasan bagus!

Admin jgn bimbang, Real Madrid takkan bankrup tanpa Mourinho

Anonymous said...

Idup brca.

Aish said...

To: Raul_77 & Muzz bola

Defensif lwan Barca? Ye.Tapi, kalau kita pakat guna tektik kamikaze, konpem lagi teruk. Mentaliti! Mentaliti! Mentaliti! Tu je!


To: Anon 2:22

Kahkah..Idup Barca la sgt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...