Iklan Corner

Wednesday 25 April 2012

R.I.P Barca...



Aku bukanla peminat tegar EPL. Kalau korang ikut blog nie, korang akan tahu benda nie. Tapi semalam, Chelsea deserved dipuji sebab mereka berjaya mengekang serangan Barca di Camp Nou. Walaupun Terry dibuang padang dan Barca dapat penalti. Tetapi itu tidak merentap semangat Chelsea untuk melawan. Aku taknak la kutuk Barca lebih-lebih. Dah kaw-kaw dah aku kutuk kat lain. Hahaha. Anyway, harap-harap Real akan ikut jejak langkah Chelsea ke final malam nie..


Hala Madrid!!

Back again!!

Uii..selepas laptop aku jem..lama jugak la aku nak buat comeback. Ni pun baru berjinak2 balik. Bukan sebab dah takdak niat blogging.. Aku tetap macam dulu, peminat tegar Real Madrid. Tapi atas sebab-sebab teknikal, aku terpaksa, aku kena berhenti blogging..but now, I am back baby!!

Sunday 12 February 2012

Kelantan 2 - Terengganu 1

MEMANG LAYAK KALAH!


Salah sorang player Terengganu yang bertukar jadi Zombi semalam

Aku tak marah sangat kalau Terengganu kalah dengan Kelantan. Tapi kalau dah main macam jalan-jalan kat taman permainan kanak-kanak, dengan performance dari pemain import pun tak seberapa, memang skit sebanyak panas gak aku tengok.

Aku dari dulu bukan la fan besar Mat Zan. Dan semalam sekali lagi aku naik hairan bila Hadi yang diturunkan menggantikan Manaf Mamat. Aku ingatkan Manaf cedera, tapi rupanya dari sumber yang dipercayai oleh aku, itu adalah percaturan taktikal jurulatih kita. Begitu juga dalam kes Joseph kalang Tie.

Mungkin diorang mengalami kecederaan, itu aku tak pasti. Tapi kalau keputusan tak menurunkan dua pemain itu dibuat atas percaturan taktikal jurulatih, aku sebagai peminat pasukan Terengganu, kene la rasa bimbang jugok. Bermain di tempat lawan, dengan pasukan lawan merupakan sebuah pasukan yang kuat, dua pemain penting kita dibangku simpanan?! Digantikan pula dengan Hadi?! Apa sudah jadi Encik Jurulatih? Dah lama mana Hadi tak perform untuk Terengganu? Pemain import plak, stakat nie takdak sorang pun yang menunjukkan permainan yang meyakinkan..malang betul skuad kita. Mempunyai antara skuad yang terbaik di liga M, tapi takde apa pun yang boleh dibanggakan.

Sakit hati betul aku tengok bila main sambil ambik angin atas padang macam tu. Bukan bermaksud nak kritik lebih-lebih, tapi korang semua membawa harapan seluruh rakyat Terengganu, jadi kitorang harus rasa kecewa bila tengok korang semua main macam ZOMBIE!!


Peteh Terengganu Peteh...






La Liga Minggu 22 : Barcelona tewas lagi?!

Osasuna lebih hebat dari Real Madrid?
Inilah rupe pasukan yang telah melakukan satu dose besar dalam dunia bolasepak hari nie dengan menewaskan pasukan Barcelona dengan menyumbat 3 gol melepasi Valdes.

Sebelum ada yang datang mengatakan betapa mulianya pasukan Barcelona menerima kekalahan dengan minda dan hati yang terbuka, aku mahu mengesyorkan baca artikel dari sini dulu:

Link

Okay, Real Madrid boleh melebarkan jarak mata kepada 10 mata di depan Barcelona dengan menewaskan Levante awal pagi esok.
Pening kepala ke Pep?


Hala Madrid!!




Saturday 11 February 2012

Lagak peminat Barca ..

Lucio tetap selebret walaupun Nude Camp dipancutkan air ketika 2nd Leg semifinal ECC 2010
Sebenarnya dah lama aku nak post benda nie, tapi masa tak mengizinkan....

Semua orang dah tahu yang Bacelona pernah ditewaskan oleh Inter semasa semifinal Champions League 2010 yang lepas. Inter yang masa tu dipimpin oleh Jose Mourinho, mengalahkan Barcelona@Uefalona secara 3-2 secara agregat sekaligus meletakkan titik kepada harapan Barcelona untuk menjulang piala di Stadium Keramat Santiago Bernebeau.

Kita semua juga dah tahu apa kesudahan perlawanan tu, macam mana reaksi Mourinho dan juga bagaimana 'mulianya' tindakan segelintir pemain Barcelona selepas perlawanan tamat. Bukan saje cuba menyekat pemain Inter dengan bukak 'sprinkler' padang, tapi Valdes dengan hensemnya datang mengucapkan tahniah kepada Mourinho kerana berjaya mematahkan ego Barca..

Sungguh mulia dan terpuji tidakan Valdes ini, up barce!!
Bukan nie yang aku nak cakap dalam post kali nie tapi pasal ada satu komen lawak yang aku terima kat FB baru-baru nie. Aku memberi komen dalam satu laman FB (FB Real Madrid) dan tak semena-mena datang seorang peminat Barca membalas komen aku. Hey, jangan salah faham. Aku tak kisah pasal aku memang beri komen ikhlas kat sana. Aku peminat Real Madrid. So, memang natural la kalau aku komen kat page Real Madrid. Yang aku kelakonye, bukan perbuatan dia yang datang komen pasal Barcelona di laman page Real Madrid, biasa la tu kalau ada troll kat page Real Madrid. Bukan page dalam Malaysia jer, malah, banyak jer peminat Barca datang menyemak kat blog bolasepak Real Madrid seluruh dunia. Benda tu bagi aku takla pelik sangat. Tapi yang aku rasa kelakonya, bila aku baca komen dia..


 Huish..konfiden jer dier cakap 'aku hard fan Barca tapi aku pun peminat Real jugak'. 

 Lepas aku baca statement tu, aku nak ketawa pun ada gak. Hard fan Barca tapi suka Real gak. Ada jugak peminat macam nie rupanya. Yelah. Tak salah nak minat lebih dari 1 pasukan. Macam aku, aku peminat Real madrid tapi aku tengok jugak EPL, Seria A, Bundesliga dan aku jugak peminat Terengganu (Liga M). Cuma bila ada orang claim hard fan Barca tapi boleh suka Real, statement tu menang aku takleh blah. Awak tahu tak, waaak (dengan nada manja), yang Real Madrid dan Barca tu musuh tradisi sebelum awak lahir lagi. Tak taula kalau yang bercakap tu jenis hibrid, jenis baru macam Honda Hibrid tu. Yang aku tahu kebanyakan peminat barcelona nie, gloryhunters. Yang dulu tak pernah kenal pun Barcelona, tapi bila Barcelona stat menang piala, barula mengaku minat Barcelona dari dulu lagi. Lepas tu kutuk team lain habis-habisan. Kalau korang lama dengan bolasepak, korang boleh kenal dengan spesies yang aku cakapkan nie sebenarnya. Tapi cukupla kat situ dulu pasal tu.

Yang kedua, dia cakap yang Barca tak pernah bagi alasan bila kalah ngan Inter? Yang tu lagi aku nak gelak. Ironinya, dia cakap 'belajarla terima hakikat'. Cukup ironi bila datang dari mulut seorang peminat Barcelona. Ironi tu ape? cari sendiri maksud dia.

Bagi encik ***** yang komen tu, ape kata kamu klik kat dua link kat bawah aku bagi nie dulu sebelum wat kuar statement ' Barcelona tak pernah bagi alasan bila kalah'. Sori semuanya dalam bahasa Inggeris. Encik translate sendirilah k?

Link 1

Link 2

Aku terima pendapat dia yang lain dengan hati terbuka. Memang peminat Madrid ramai yang bercakap tentang history. Real Madrid MEMANG secara sejarahnya adalah kelab terbaik dunia setakat nie. Sejarah membuktikannya. Tapi kenapa peminat Real Madrid selalu membangkitkan pasal nie? Pasal peminat Barcelona yang bermulut celupar yang duk claim kelab diorang terhebat sepanjang zaman nie la. Ok. Barca fans, bila korang claim yang pasukan korang terbaik sepanjang zaman, memang SEJARAH akan memainkan peranan penting. Kitorang akan lihat kembali dari awal bro. Bukan bolasepak baru dicipta sejak tahun 2008 bro, buka Barcelona kelab pertama yang memperkenalkan tiki taka bro.

Maafla, kalau post nie mencetuskan rase geram sesetengah daripada korang, I have to get this out of my chest..

Oklah, tu jer aku nak tulis pasal nie. Aku tinggalkan korang dengan gaya rambut baru Mourinho. Pakcik Muthu sebelah rumah beliau yang kerat..


Hala Madrid!!!!!!





Sori...

Huuuuhhhh...lama gillleeeeeer doh aku tak update blog aishcornerlot nie rupenyer. Kawan aku duk tanya kenapa tak update? Kenapa takdak post baru? Real Madrid dah bankrap ke? Real Madrid dah masuk liga M ke? Dan macam-macam soalan lagi yang diorang tanya.

Macam nie, niat di hati memang nak update blog nie, tapi sejak dua tiga minggu nie, aku busy skit dengan hal-hal famili, kijer, kena travel banyak tempat. Lagi teruk bila motherboard laptop aku lak tak sihat. Tulis skit kejap-kejap padam. Penulis-penulis lain lak sibuk jugak. Zarsaza kena outstation dan Mick Dhuan seperti biasa datang dan pergi seperti angin. So, kurangla skit kesempatan nak masukkan post baru.

Jangan risau, aku akan cuba kembali aktif dua tiga hari lagi.So, keep on supporting this blog ye fellow readers semua!




Hala Madrid...Hala Madrid!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...