Iklan Corner

Thursday 5 January 2012

Bola Sepak Terengganu

"Kontroversi Lagi - Terengganu Salah Faham, Pemain Import Tidak Boleh Didaftar : FAM"
Kurang 24 jam selepas mengesahkan dua pemain import, Francis Doe dan Erison Da Silva dapat didaftarkan untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia, Persatuan Bolasepak Terengganu mungkin terpaksa melupakan hajat besar mereka itu, apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Dato’ Hamidin Amin menegaskan pemain yang didaftarkan selepas tarikh 8 Disember 2011 tidak layak beraksi dalam saingan liga, tanpa sebarang KEISTIMEWAAN kepada mana-mana pasukan.

“kita kekal dengan keputusan sama 8 Disember adalah tarikh tutup pendaftaran pemain import bagi kesemua pasukan, pemain yang didaftarkan selepas itu adalah untuk Piala AFC, jangan ada salah faham. Kita tiada beri kelonggaran kepada sesiapa, kita tidak rombak mana-mana polisi pendaftaran pemain..nak daftar jugak tunggu 2 April, kita buka balik pintu pendaftaran”, tegas Dato’ Hamidin.

Ini nyata bercanggah dengan kenyataan Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh yang menegaskan pendaftaran dua pemain tersebut dibuat selepas menerima Surat Pekeliling FAM bertarikh 23 Disember 2011 yang dihantar kepada persatuan tersebut, yang memberi mesej jelas Terengganu masih boleh membuat pendaftaran pemain import sehingga tarikh akhir 9 Januari 2012
“senarai pemain-pemain asing untuk didaftarkan di Liga M 2012, hendaklah dikemukakan kepada FAM sebelum atau pada jam 12 tgh hari, Jumaat 6 Januari bagi pasukan Kelantan, manakala bagi pasukan Terengganu ialah sebelum atau pada jam 12 tengah hari, Isnin, 9 Januari, dengan mematuhi peraturan dan syarat ditetapkan..tarikh tutup untuk pendaftaran AFC adalah 6 Februari 2012”. – Antara isi kandungan surat pekeliling yang dibacakan Dato’ Che Mat Jusoh. (untuk mendengar sendiri, boleh ke link ini : http://www.youtube.com/watch?v=ZkYwnjkXJk4 )
Jika FAM kekal dengan keputusan untuk tidak melayan pendaftaran Francis Doe, penyerang berasal dari Liberia dan Silva, pemain tengah kelahiran Brazil itu, ia nyata satu tamparan hebat buat Sang Penyu yang sebelum ini menyaksikan FAM tidak meluluskan pengambilan seorang lagi pemain import, Tercio Nunez Machado.

Malah, ia juga pastinya hakikat sukar diterima para penyokong Terengganu yang memasang impian besar mahu melihat pasukan kesayangan mereka mampu untuk memberi cabaran hebat dalam saingan domestik musim ini.

Apa yang pasti percanggahan ini pastinya mewujudkan episod panas baru tatkala saingan Liga Super musim baru tinggal kurang seminggu untuk membuka tirai. Kita pastinya menantikan apakah jawapan FAM seterusnya dan apa pula reaksi PBSNT dalam menangani perkara ini.

4 comments:

Hanif Sidek said...

Terengganu pasukan terbaik liga super kali nie!! Yooooooohooo...

Red Warrior_82 said...

Hahaha..padan muka Terengganu. Jadi juara FA dulu pun nasib baik je..tak layak menang..gi balik makan kepok lekko tu

Anonymous said...

anyone who get jelousy for myy team.i said to them get lost...

terengganu is wellknown in asean and hope dis will continue..my friend play with yerengganu dis year...

nana olembe
dakato streets,
nigeria

Anonymous said...

anyone who get jelousy for myy team.i said to them get lost...

terengganu is wellknown in asean and hope dis will continue..my friend play with yerengganu dis year...

nana olembe
dakato streets,
nigeria

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...