Iklan Corner

Saturday 31 December 2011

Adakah Jose Mourinho jurulatih yang tepat untuk Real Madrid?



Itulah soalan yang sering bermain di fikiran setiap peminat Real Madrid selepas setiap kali munculnya kontroversi melibatkan Jose Mourinho.

Pada awal pemilihan dia sebagai jurulatih, ada peminat yang bimbang, ada peminat yang gembira, ada yang membantah keras. Ini kerana adalah jenis permainan yang seringkali di tunjukkan oleh pasukan kelolaan dia dan juga kontroversi yang seringkali melanda pengurus bermulut tajam ini.

Real Madrid adalah sebuah pasukan yang kaya dengan tradisi. Bukan sahaja dari segi piala, malah gaya permainan menarik yang seringkali ditunjukkan oleh pasukan Real Madrid terdahulu sentiasa menjadi pujaan peminat Real seperti aku. Oleh sebab kejayaan Real Madrid ini, ia telah diiktiraf sebagai kelab yang terbaik di abad 20 oleh FIFA (link).

Manakala Mourinho pula adalah pengurus yang lebih terkenal dengan gaya permainan yang bertahan, lebih bercorak taktikal dan bersifat boring. Dia juga tidak lekang dengan kontroversi yang membuatkan ramai memandang serong kepada si taktikal genius ini.

Tetapi pada aku, ketika mula-mula aku dengar desas desus yang Jose Mourinho akan mengemudi Real Madrid, aku sangat-sangat excited. Betul, aku tak tipu. Aku suka karekter keras Mourinho. Aku suka ego Mourinho. Pernah aku katakan kepada salah seorang kawan aku, jika ada seorang pengurus yang boleh baiki Real Madrid, orangnya adalah Jose Mourinho. Kenapa?

Seperti mana yang korang tahu, apabila Perez memulakan kembali projek galaktiko nya (Neo Galaktiko), Dia membawa masuk nama-nama besar ke Real Madrid. Setiap nama-nama besar ini mempunyai reputasi yang besar sekaligus membawa ego  yang jugak besar. Untuk mengawal mereka, Real Madrid memerlukan seseorang yang mempunyai reputasi lebih hebat dan juga yang mempunyai ego lebih besar daripada pemain-pemain itu. Sebab itulah aku rasa Jose Mourinho lah orangnya. Jose Mourinho adalah watak yang perfek untuk mengemudi Neo Galaktiko Perez ini. Akhirnya harapan aku menjadi nyata bila Perez mengambil Jose sebagai ganti Pellegrini.

Di Sepanyol, Jose menghadapi cabarannya yang paling besar dalam sejarah kareer pengurusannya. Dia tahu, untuk berjaya, dia kena tumpaskan Barca. Satu misi yang dianggap mustahil. Tapi inilah karekter Jose Mourinho. Dia adalah seorang lelaki yang sukakan cabaran. Dia mempunyai keyakinan yang Barca bukanlah tidak boleh dikalahkan. Bukan itu saja, dia membuktikan yang dia sememangnya 'the special one' bila membuat upset yang mungkin paling besar dalam sejarah Barca apabila menyingkirkan Barca dalam liga juara 2 tahun yang lepas, Sekaligus menidakkan hasrat Barca untuk menjulang kejuaraan di Stadium Santiago Bernebeau. Sejak daripada itu, Mourinho menjadi public enemy no. 1 Barca dan peminat-peminat ceteknya.

Haha..classic Mourinho


Musim pertama Mourinho bersama Real Madrid, Real muncul sebagai naib juara liga, separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah dan muncul juara Piala DiRaja Sepanyol dengan menewaskan Barca. Bukan itu saja, Mourinho juga berjaya meniup segala kebimbangan peminat Real dengan menerapkan gaya permainan menarik kepada Real Madrid. Malah, Real Madrid juga kerap kali berpesta gol di bawah sistem Jose Mourinho. Dengan rekod 240 ++ gol dalam 87 perlawananan, siapa yang still kata Real Madrid pasukan defensif di bawah Jose Mourinho, kena blajar matematik balik la orang tu.


Dengan Jose Mourinho, Real Madrid kembali menjadi perhatian di mata dunia. Secara tidak langsung, Mourinho dengan perlahan-lahan, menjadikan Real Madrid menjadi pesaing yang hebat di pentas eropah. Inilah karekter seorang juara. Inilah karektor Jose' the special one' Mourinho.Walaupun tindakan Mourinho seringkali mengundang kontroversi, namun itu tidak sedikit pun mencalar keyakinan aku yang Jose Mourinho sememangnya calon yang tepat untuk Real Madrid!!



Stay safe. He is truly the special one!!




-- Mr. Aish --

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...