Yeeahhh...We won again Madridistas...Real Madrid just extended their winning form by beating real Sociedad 1-0. The only goal was scored by Gonzalo 'el Pipita' Higuain.
Selepas menewaskan Villareal 3-0 baru-baru ini, Real Madrid menghadapi cabaran Real Sociedad di Anuoeta dengan merehatkan beberapa bintang mereka, antaranya Marcelo dan Sami Khedira. Bagaimanapun, jeneral midfield mereka, Alonso, sekali lagi diletakkan dalam kesebelasan utama bersama dengan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dan pemain Argentina, Angel Di Maria. Manakala pemain yang dikatakan baru mendapat suntikan semangat, Kaka direhatkan bagi memberi peluang kepada Mesut Ozil untuk bermain di bahagian serangan. Ramos dan Pepe sekali lagi di beri kepercayaan untuk mengemudi bahagian pertahanan Real Madrid bersama Arbeloa dan Coentrao. Berikut adalah formasi yang telah disusun oleh 'The Special One' untuk menghadapi Real Sociedad kelmarin :
Casillas
Arbeloa - Pepe - Ramos - Coentrao
Xabi ----- Diarra
Di Maria --------------------------- Ronaldo
---- Ozil ----
----- Higuain --------
Gol Pipita Vs Real Sociedad
Okay, short and simple:
Negatif:
1) Midfield Real Madrid kelihatan longgar dan terlalu bergantung pada Xabi Alonso untuk memulakan rentak
serangan. Kebanyakan serangan bermula dari gerakan sayap.
2) Ozil masih bermain di bawah kemampuan sebenar.
3) Cristiano Ronaldo kelihatan terlalu gopoh untuk mencari gol dan sekaligus mencacatkan rentak serangan
Real Madrid.
Positif:
1) Persembahan bertenaga Coentrao dan membuktikan pembelian beliau dari Benfica mungkin satu pembelian yang berbaloi.
2) Higuain meneruskan rentak jaringan. Suatu yang menguntungkan apabila mempunyai dua orang striker yang
boleh menjaringkan gol pada ketika diperlukan.
3) Sergio Ramos menunjukkan bahawa beliau lebih sesuai untuk bermain di posisi pertahanan tengah apabila'
sekali lagi menjadi 'dinding besi' bagi pertahanan Los Blancos dalam perlawanan ini.