Iklan Corner

Saturday 21 January 2012

Pepe oh Pepe!



Sari selepas El-Classico, masyarakat tak habis-habis lagi bercakap pasal Real Madrid VS Barcelona. Tapi kali nie, orang tak sibuk cakap pasal result, orang duk sibuk kondem Pepe.

"Pepe jahat!"

"Pepe Syaitan!"

"Pepe binatang!"


Dan aku takleh nak kata ape. Bukan takdak idea. Tapi aku tak rasa perbuatan Pepe itu patut dipertahankan. Pepe tetap akan jadi Pepe. Hari nie, kat goal.com pun ada keluarkan artikel pasal ni. Aku tak nak ulas panjang.

Accidents do happen. Moreover, accidents do happen in football. Tapi apa yang Pepe buat bukanlah satu eksiden. Ianya satu perbuatan yang sengaja.

Even pakcik tua yang bute pun boleh tengok yang Pepe tengok ke bawah dulu sebelum pijak. Aku adalah Madridista all the way tapi aku tak bersetuju dengan perbuatan Pepe. Peminat Barca sememangnya patut marah dengan perbuatan nie. Diorang nak maki hamun pun, itu hak diorang pasal memang Pepe salah sebab pijak tangan Messi. Pijak tangan satu hal, tapi pijak tangan dengan stud lagi besar. Sakit woo!! Tak cukup dengan tu, dia bagi pulak Puyol skor gol penyamaan.
 Pepe cuai masa korner, lupa nak marking Puyol menyebabkan Barca dapat gol penyamaan. Kesudahannya, pepe duk sibuk tengok bola, Puyol datang dan BOOM! 1-1.

Cuma, ada sebab lain sebenarnya kenapa puak-puak Barca ni sedang memperbesarkan sangat isu ni. Ini kerana mereka TAKUTKAN Pepe. Setiap kali Pepe di letakkan di midfield, tugas dia adalah untuk memusnahkan rentak tiki taka Barca dan dia BERJAYA melakukan peranannya dengan baik dalam match semalam. Bila Pepe main di midfield, Messi akan jadi kurang efektif dan semalam, selain dari satu 'moment of brilliance' dari Messi untuk jaringan kedua Barca, Messi sebenarnya tak menyerlah. Sebab pe? Sebab adanya dua raksaksa, Lass dan Pepe di atas padang yang akan selalu membayangi gerakan Messi dan Xavi. Oleh sebab itu, Barcelona, walaupun menang, cuba memberi tekanan kepada pihak Liga Sepanyol untuk menghukum Pepe supaya diberi hukuman. Jika Pepe didapati bersalah (memang dia bersalah pun), ada kemungkinannya Pepe akan digantung perlawanan sekaligus menjadikan tugas Barca dalam pusingan kedua nanti lebih mudah.

"Eleh, kalau Pepe dan Lass boleh sekat Messi, kenape team haprak korang boleh kalah jugak?"

Itu satu soalan yang baik sebenarnya. Mourinho guna formasi 4-3-3. Sebenarnya jika diguna dengan baik, formasi ni boleh menyekat Barca. Tapi, kesilapannya, bila Mou letak Lass dan Pepe di tengah, Real Madrid hilang daya kreativiti. Lass dan Pepe adalah destroyer. Manakala Xabi Alonso, walaupun sepatutnya bertindak sebagai playmaker malam tu, takleh melaksanakan tugas dia sebab banyak turun bertahan. Bila takde 'gam' di bahagian midfield, lawan pulak dengan pasukan yang ada 'gam uhu' kat kaki, memang kalah ler team aku tu.

Guane-guanepun, yang salah tetap salah. Yang kalah tetap kalah. Real Madrid merupakan kelab yang mempunyai sejarah sebagai kelab terbaik dunia dan aku yakin, Real Madrid mampu beraksi dengan lebih baik pada masa akan datang. Cuma sebagai peminat, aku kena bersabar dan beri masa kepada pasukan kesayangan aku tu untuk membesar.



Terimalah pantun dua kerat sebelum aku mengundur diri..


Makan mempelam sampai tercirit,
Hala Madrid!


1 comment:

Yusri said...

Good job bro..Keep on writing!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...