Iklan Corner

Wednesday 30 November 2011

Arsenal tersingkir lagi ..

Youth is no match for experience, yet again

source; guardian.co.uk


Hari ni, aku ambik keputusan untuk bangun awal. Terlalu awal sampaikan aku sempat tengok perlawanan suku akhir Piala Carling antara Arsenal dan Manchester City. Aku kurang gemor pasukan EPL nie sebenarnya. Tapi tah kenapa rajin plak aku ni bangun untuk tengok perlawanan ni. 

Arsenal seperti biasa membariskan pemain-pemain muda dan City, oleh sebab terlalu ramai pemain yang ada dalam team dia, Mancini ada kesempatan untuk menggilirkan (rotate) pemain dia.


Arsenal

Aku tengok serangan Arsenal malam nie banyak bergerak dari arah kanan. Frimphong dan Chamberlain menjadi duri kepada pertahanan Citizens. Chamberlain, merupakan pemain yang baru berusia 18 tahun. Dia banyak beri masalah kepada pasukan City dengan larian yang pantas dan mengelirukan. Aku faham jika sesetengah orang membandingkan dia dengan Walcott sebab aku tengok cara permainan dia dan Walcott lebih kurang sama. Tetapi, Chamberlain memiliki fizikal yang lebih mantap dari Walcott. So, maybe dari segi holding up ball, dia lebih baik. Seperti mana Walcott, aku rasa Arsene Wenger memang meletakkan harapan tinggi pada dia. Tengok pada kesanggupan Wenger untuk bayar €10 juta untuk dia pun kita boleh agak dah kan? Tengok pada aksi dia malam nie, maybe suatu hari nanti, dia boleh jadi budak harapan Wenger untuk mencabar pasukan-pasukan lain dalam EPL.


Chamberlain

source; Skysport


Manchester City

Meneruskan rentak kemenangan selepas melangkah ke separuh akhir dengan mengalahkan Arsenal. Gol dijaringkan oleh Sergio Aguero, menantu Diego Armando Maradona. City main biasa je bagi aku. Nasri diturunkan tapi tak memberi kesan sangat. Mancini membuat pertukaran pada separuh masa pertama dengan menggantikan Kolarov dengan Aguero. Selepas tu, barulah aku tengok serangan Man City ni mula lancar sikit. Aguero nie mobile. Dia boleh bermain dengan baik di beberapa posisi bahagian serangan. Aku peminat Real Madrid. Jadi Aguero nie, aku dah tengok dia main dari dulu dah. Masa dia di Atletico Madrid lagi. Sesetengah peminat Real Madrid gelarkan dia ni 'Barca killer' pasal dia memang selalu skor against Barca. Jadi, memang aku dah agak, Aguero memang apa yang City perlukan untuk bunuh Arsenal. Dia bukanlah target man. Dia adalah second striker yang amat efektif. Dan malam nie, dia membuktikan sekali lagi yang pemain La Liga tidak mempunyai masalah untuk bermain di EPL seperti mana yang ditunjukkan oleh Fernando Torres, Xabi Alonso dan Juan Mata ( sekadar menyebut beberapa nama).  



" Tak apo aih, pasukan eden masih mudo laie, pemain eden mudo laie. Lepas nie, eden bakal boli anak sedara makcik sebelah rumah eden yang baru masuk tadika semalam, eden pasti akan berjayo tahun depan, " ulas Wenger lepas game semalam.

Tuesday 29 November 2011

55 metres goal!!

Ni bukan goal dari pasukan feveretku Real Madrid. Ni bukan goal daripada pemain terbaik sepanjang zaman, Zinedine Zidane. Ni bukan goal daripada pemain feveretku, Mesut Ozil. Tetapi still, this is one of the great goals in 2011 in my book. Enjoy ...







* Kalau ada yang football fans luar sana yang rasa gol ni tak hebat, baik korang gi main jong jong inai lagi baik, ptuik..



Monday 28 November 2011

Harimau Muda Tersungkur lagi ...




Skuad Olimpik kita dibenam Bahrain 3-2 dalam perlawanan terbaru malam tadi. It was such a bizzare game. Malaysia leading 2-0 dan nampak macam selesa tapi tibe-tibe..dum, 2-1, dum 2-2, dum 2-3! Kalahnye pasukan kita bermakna harapan skuad harimau muda nak melangkah ke pusingan seterusnya hancur terburai.

Kenapa?

Dari apa yang aku nampak, skuad Bahrain mempunyai kelebihan individu melebihi daripada skuad kita. Kita bermain dengan lebih baik secara berpasukan, tapi secara individu, Bahrain lagi mantoop. Tapi still, bolos tiga gol dalam masa 10 minit amat menyakitkan hati. Yang peliknya, aku tak berapa panas hati dengan kekalahan malam nie. Mungkin sebab kita dah menang piala Sukan Sea baru-baru ini, ataupun sebab aku memang tak letak harapan tinggi pada skuad kita.


Bagi aku senang :

Buang Thamil dan Fakri, kekalkan Nazmi Faiz sebagai tunggak. Tu je.


Future Star of Malaysia

sumber; Facebook Nazmi

First time aku tengok Nazmi, masa perlawanan kedua Sukan Sea lepas, aku terpikir dah, he's going to have a bright future in footbal. And gues what? I am right, kan? Haha. Aku nak tengok budak nie dalam kesebelasan utama Ong Kim Swee pada masa depan. Aku rasa dia boleh menjadi seorang pemain midfield handalan Malaysia suatu hari nanti. Korang tengokla.

Again, buang Fakri dan Thamil. Skuad kita akan pergi jauh..sejauh mana? Haa, itupun aku tak tahu..


MALAYSIA BOLEH!!




Sunday 27 November 2011

6 points ahead baby!!

Hahaha..apa lagi alasan yang nak diberikan oleh peminat Barca? The fact of the matter is, your team has been screwed by a team who's regarded as far more inferior than you. Thank you Valero. Thank you Sarabia. You just made my day.

Oo yea, just to rub more salt to Barca's wound, Sarabia is a Real Madrid player. How sweet is that? Not only to play well against a team that is regarded as the best in the world, but also to  help your side to beat their rival. That is so priceless.  So sekarang, mana peminat Barca yang selama ini duk mencanang-canangkan kehebatan tiki taka mereka? 6 points and counting...


HALA MADRID!!

Real Madrid vs Atletico Madrid Review





@ishcornerlot Man of the Match;
Cristiano Ronaldo

sumber; cristianoronaldofan.net



Berbaloi aku berjaga malam nie untuk menyaksikan perlawanan El Madrileno derby. Perlawanan berkesudahan 4-1. Gol tunggal Atletico dijaringkan oleh Adrian. Manakala gol-gol Madrid dijaringkan oleh, CR7 (2), Di Maria dan Higuain.

Lineup sebenar perlawanan :



                                                     ------------ Casillas ---------------

                                        Lass ------ Pepe --------------- Ramos -------- Marcelo

                                                                 Khedira -------- Xabi

                                  DiMaria ----------------------------------------------------- Ronaldo

                                                                ------Ozil  -----------

                                                                   ------ Benzema -----------



Notes yang aku dapat dari perlawanan ni :


1. Pengulas perlawanan kat negara ni, susah nak sokong Real Madrid. It's either any EPL teams or Barcelona. Bengang aku dengan sikap bias diorang.

2. Di Maria is a cheat! Ada satu insiden yang melibatkan Diego (pemain ATM) menolak dada Di Maria tetapi makhluk tu merebahkan badannya dan menutup muka seolah-olah Diego tampar muka dia. Sungguhpun dia pemain Real, tetapi aku tetap malu dengan permainan theatrical dia.

3. Di Maria walaupun skor gol tapi clearly dia tak berapa cergas lagi. Tapi sebab Mou memang sukakan dia, dia tetap diturunkan. Mungkin sebab Real Madrid perlukan playmaking skill dia untuk buka ruang kepada pemain seperti CR7, Higuain dan Benzema.

4. Marcelo jugak diturunkan. Tetapi nasib baik defenders kita tak begitu diuji malam ni. Aku prefer Coentrao untuk start perlawanan nie. Mungkin Mourinho lebih mengetahui. In Mou we trust.

5. ATM main kotor. Mungkin itu memang sebahagian daripada taktik Manzano untuk sekat Real Madrid. Kesudahannya, 2 pemain ATM dibuang padang dalam perlawanan nie.

6. Xabi Alonso digantung untuk perlawanan menentang Gijon kerana mendapat kad kuning kedua. So, dia akan available untuk selection menjelang perlawanan El Classico nanti.



Aku nak tengok NURI SAHIN diturunkan tapi agaknya Mou nak rehatkan Sahin supaya betul-betul fit untuk El Classico. Still, kemenangan nie mengekalkan kita 3 mata di depan Barca, itupun kalau Barca boleh menang dengan Getafe.


HALA MADRID!!

Real Madrid vs Atletico Madrid Preview

Yeah...akhirnya El Madrileno Derby kembali. Selepas membelasah Dinamo Zagreb 6-2 baru-baru nie, Real Madrid kembali beraksi menentang Atletico Madrid pukul 2.55 pagi ( waktu Malaysia). Surely, lepas buat beberapa kesilapan tentang lineup Real Madrid sebelum nie, aku dah takut dah nak buat official lineup. So, I'll just go the my predicted lineup. Daripada apa yang aku baca kat laman web Real Madrid, Angel DiMaria pun dah dimasukkan dalam skuad kali nie cuma aku tak berapa pasti samada dia akan start atau tidak. Bagi aku, peluang Di Maria untuk start match tipis sebab dia baru je pulih dari kecederaan. Arbeloa pun cedera, so aku rasa Mou akan gunakan Lass di bahagian Right Back sekali lagi. Marcelo ikut sama training tapi aku rasa Mou mungkin akan gunakan Coentrao di bahagian defend kiri. He is quite good as a Left Back, so aku takde masalah tentang tu.



So, aku predict;


                                                  ------------ Casillas ---------------

                                        Lass ------ Pepe --------------- Ramos -------- Coentrao

                                                          Khedira/ Sahin -------- Xabi

                                 Callejon --------------------------------------------------------- Ronaldo

                                                                  ------ Ozil -----------

                                                                     ------ Higuain -----------





                                                                              ATAU




                                                  ------------ Casillas ---------------

                                        Lass ------ Pepe --------------- Ramos -------- Coentrao

                                                          Khedira/ Sahin -------- Xabi

                               Ozil --------------------------------------------------------- Ronaldo

                                                                  ------Benzema  -----------

                                                                     ------ Higuain -----------




Score Prediction : 2 - 0



HALA MADRID!!

Tuesday 22 November 2011

Real Madrid VS Dinamo Zagreb Preview

Terlebih dahulu aku mahu mintak maaf pasal aku tak sempat buat preview pasal Valencia Vs Real Madrid baru-baru ini. I was too busy with my work. Anyway, Real menang 3-2 menentang Valencia di Mestalla. Apa yang aku menarik perhatian aku bukanla kehenseman Cristiano Ronaldo, sebab kalau aku tertarik, maknanya aku gay. Dan aku bukan gay. Tapi aku tertarik dengan gaya Mourinho meraikan jaringan ke-3 Real..check this out.








Real Madrid. Cakapla apa pun pasal team aku ni, but for sure, they are still the best team in the world. 9 Champions League trophies proved it. Tak perlu aku nak explain panjang-panjang pasal ni pasal aku tahu, sekarang the whole world are kissing Barca's 'behind' dengan mengatakan yang Barca are the gods of football.

Anyhoo,

Malam ni Real akan menantikan kunjungan Dinamo Zagreb di Stadium Santiago Bernabeu. Game yang pretty much tak begitu penting sebab mereka dah layak ke pusingan kedua. Real Madrid adalah satu-pasukan yang mempunyai rekod bersih 100% dan tidak lagi melepaskan sebarang gol setakat ini ;

http://www.goal.com/en-gb/results-standings/49/uefa-champions-league/group


Okay, lineup.

 Carvalho, Di Maria dan Coentrao sudah pasti tak akan diturunkan malam ini kerana masalah kecederaan. Manakala Kaka masih lagi dalam pemerhatian (kecederaan). Aku rasa mungkin jugak ada beberapa pemain akan direhatkan. Game Valencia baru-baru ni memang meletihkan pemain. Lebih-lebih lagi mereka baru je lepas terlibat dengan perlawanan persahabatan antarabangsa. Sebab tu, aku harap Callejon, Granero dan Sahin akan diturunkan malam ni. Ada jugak kemungkinan Mourinho akan memberi peluang kepada pemain-pemain Castilla (Akademi).

Sebenarnya, aku bimbang dengan Xabi. Dia adalah pemain yang penting dalam pasukan Real. Serius, aku rasa peranan dia lagi besar dari Cristiano. Yang menjadi masalahnya, oleh sebab tiada siapa yang boleh menjadi Xabi kedua dalam pasukan, aku rasa dia sekali lagi akan diturunkan malam ini. Xabi sepatutnya direhatkan. Dah banyak sangat game dia involved. Dalam perlawanan macam ni la sepatutnya Xabi direhatkan. Apa yang aku harapkan malam ni, Granero akan digandingkan dengan Sahin di bahagian midfield. Mungkin Sahin dapat membuktikan kepada kita semua yang dia adalah seperti yang digembar-gemburkan (fingers crossed).

Dari Goal.com, barisan kemungkinan yang akan diturunkan adalah;


----------------------------------------------- Casillas -----------------------------------------------

----------------------- Arbeloa ---------- Pepe -------- Ramos -----------Marcelo ------------------

---------------------------------------  Khedira ---------- Xabi --------------------------------------

--------------- Ozil ------------------------------ Kaka-------------------------------------- Ronaldo

-------------------------------------------- Higuain ----------------------------------------------------






Tapi aku harap-harap;



----------------------------------------------- Casillas -----------------------------------------------

----------------------- Arbeloa ---------- Pepe -------- Ramos -----------Nacho (Castilla ) ---------

---------------------------------------  Khedira ---------- Sahin --------------------------------------

--------------- Callejon ----------------------- Granero-------------------------------------- Ronaldo

-------------------------------------------- Higuain ---------------------------------------------------

Saturday 12 November 2011

Football Manager 2011; new game, same old story

Semasa aku buat review tentang FMRTE yang lepas, aku terlupa salah satu keburukan bila gunakan FMRTE. Ye, FMRTE makes you a god of FM. Tapi, apa yang aku lupa bagitau yang ia juga menyebabkan game yang kamo soma main crash. Wuddehel is crash? Game kamo soma stop tibe-tibe, dan yang paling sakit hati skali bila game tu, kamo tak sempat save. Sakit hati juga kalau game crash masa kamo duk save game. Kalau tu terjadi, gave akan jadi corrupt dan takleh di load lagi. Pasal ape aku gitau nie? Pasal game aku dah jadi mangsa. Citttttt!!!


"Arghh...Sakit palle ambe!!"


So, apa aku nak buat? Aku kena start balik main. Dan kali nie, aku  buat kelainan skit. Tak pernah lagi aku main start dari team dari liga paling bawah di England. Tapi kali nie aku pegang Wrexham. Start dari  Blue Bet League, sekarang team aku dah dalam liga ke-3, NPower League 2. Aku baru je berjaya bawa team ni ke liga baru, NPower League 1. Nama pun liga bawah, mintak maafla nama-nama besar nak datang main. Tapi apa yang aku buat, aku import pemain dari Malaysia kita datang main. Ramai jugak aku borong, pendek kata, lebih tiga orang jugak. Yang paling penting, Manaf ngan Ashaari ada beb (Terengganu).


Tonggak Terengganu F.C


Briefly, ni la gambar formasi yang aku guna untuk team aku. Still, 4-4-2.


Starting Eleven aku






Monday 7 November 2011

Real Madrid vs Osasuna Review..

"Messi, eat my fist!" 



Ada kelainan kali ni. Bukan pada pesen rambut Ronaldo, bukan pada tarian Marcelo, tetapi pada waktu perlawanan ni disiarkan. Biasanya aku kena berjaga lewat tengah malam kalau nak tengok pasukan feveret ku ni beraksi. Tapi atas permintaan Perez, Real Madrid kali ni start match seawal pukul 6.55 petang (waktu Malaysia). Dipercayai ini adalah taktik baru Perez untuk memasarkan jenama Real ke Asia. Selama ini di Asia, khususnya di Malaysia, peminat bola lebih didedahkan dengan EPL kerana waktu siaran EPL lebih mesra rakyat. Jadi agak biasa sekiranya peminat bola di Malaysia lebih ramai meminati team EPL berbanding La Liga.


Okay, let's go on with the match. Tidak banyak perubahan yang terjadi pada lineup berbanding dengan skuad yang diturunkan oleh Mourinho di Perancis lepas.

Starting lineup

Seperti yang diketahui, Kaka dan Benzema tidak diturunkan dalam kesebelasan utama kali ini. Kaka masih mengalami kecederaan dan Benzema diganti dengan Higuain atas sebab taktikal. Berita utama kali ini adalah penyertaan Nuri Sahin, midfielder Turkey yang dibeli oleh Real Madrid pada musim panas yang lepas. I was really excited to hear this news pasal this boy is really something. Walaupun starting line up kelihatan macam yang kat atas, sebenarnya semasa Real melancarkan serangan, formasi kelihatan lebih seperti ini :


Formasi atas padang


Apa yang aku dapat simpulkan dari perlawanan ni;



1. Ronaldo terus membuktikan bahawa dia adalah leader di atas padang. Banyak terlibat dalam gerakan menarik Real Madrid. Kali ini Cristiano bermain dengan sederhana tanpa melakukan banyak aksi sia-sia. Ada la sekali dua, tapi dimaafkan oleh sebab dia skor tiga gol.



2. Di Maria sekali lagi memberi persembahan yang mantap di bahagian midfield pasukan. Ada kalanya, aku tengok kadang-kadang dia nie dah jadi macam playmaker pasukan. Dia yang create tiga gol sebelum dikeluarkan pada separuh masa kedua sebab cedera. Tempatnya diganti dengan Benzema.



3. Finally, I got to see Sahin! Dan dari apa yang aku lihat, Sahin membuktikan yang he got what it takes to be a Real Madrid player. Lebih-lebih lagi masa dia hold tiga pemain Osasuna sebelum pass bola ke Arbeloa. He is good. But how good? Only time will tell.


4. Pepe-Ramos combo memang mantap. Harap-harap Mourinho akan terus menggunakan mereka dalam perlawanan yang akan datang.


5. Real Madrid menang 7-1. 3 gol dari CR7, Pepe, Higuain dan 2 dari Benzema menamatkan petang yang indah bagi peminat Real Madrid. Possession 71% kepada Real Madrid menunjukkan betapa selesanya penguasaan Real Madrid dalam perlawanan tu. 



Worth to note here, oleh sebab perlawanan stat awal, maka aku berpeluang untuk tengok match tu dengan saudara mara aku yang mana kebanyakannya peminat Barca.  Sedap betul aku tengok muka diorang masa tengok Real kenduri gol. Maklumla sebelum tu sekarung diorang duk kutuk Real Madrid. Tengok-tengok Real kenduri gol. Hahaha..


Akhir kata, sempena Hari Raya AidilAdha hari ni, aku ingin ucapkan selamat hari raya kat kamo soma yang baca blog aku nie. Berkorban la apa yang kamo boleh korbankan. Yang penting, Osasuna menjadi korban Real Madrid petang ni. Chao!


"I got this award without Xavi and Iniesta, could you do the same?"


Sunday 6 November 2011

CR7; Golden Boot 2011

Si CR7 dengan Golden Boot dia


Some people call him Ferrari, some call him Audi, some call him Lamborghini, but he is one and only, Cristiano Ronaldo. Dasyat betul  abang nie. Semalam, CR7 menerima anugerah Golden Boot untuk tahun 2011 sebagai penjaring terbanyak Eropah. Sape yang tak ingat 40 gol musim lepas? Mengatasi pencapaian Hugo Sanchez sebagai pemegang rekod La Liga dan sekaligus, mencipta rekod baru La Liga. Tu baru musim kedua dia, kalau musim ke 22, tahla berapa ribu gol dia jaringkan.

Anyway, he deserves that award. His achievements are phenomenal. Keep on breaking the records, CR7!




Ruben; Nak stop Ronaldo? Buleh, tapi kena guna tali la ikat..

Ruben :

  " Nok sekak Ronaldo buleh, tapi wi tali ar se ke ambe. Kita ikak dia. Kalu dok payoh boh!"                                                









Pemain Osasuna, Ruben berkata, CR7 bukanlah seorang pemain yang senang untuk disekat. Namun dia nie sempat lagi bergurau, hanya dengan diikat dengan tali, barulah Cristiano boleh dijinakkan.

Bagi aku, sebenarnya memang CR7 lincah, tapi bukanlah tak boleh disekat. Malah, ramai pemain yang berjaya sekat si CR7 ni. Letak dua tiga pemain, senyapla Ronaldo. Tapi still, memang bukan satu tugas yang mudah kerana CR ni mempunyai magik. Cuma, dribbling CR agak predictable. Tu je aku boleh cakap.

Anyway, it's nice for CR to get some recognisation from La Liga defenders. Keep it up, CR7!!

FMRTE; Now, everybody can CHEAT!!

Muka depan FMRTE


Dalam entri aku yang lepas, ada aku cakap pasal minat aku main FM 2011. Dalam entri tu jugak, ada aku oyak (gitau) pasal FMRTE. But, wuddahel is that thing? Apa dia FMRTE itu? Wuddehel? Hahaha..Aku bukan nak kata ape la. Aku tau, kamo soma ni orang yang jujur, amanah dan baik hati, kamo soma tak main tipu FM ni kan? (Ya rite)..Tapi, bagi kamo soma yang suka main tipu, FMRTE is one thing yang kamo kena ada. So, aku tak jawab lagi soklan aku tadi kan? Sajer je. Pasal aku nak buat kamo tertekan. 


FMRTE ni adalah editor. It's simply a tool for you to cheat. Kalau kamo soma perasan, lepas kamo install FM, pasti ada disertakan FM Editor. Haaa...FM editor ni adalah satu software untuk kamo soma edit data dalam FM tu. Tapi, kelemahan editor yang telah disertakan dalam FM installer tu, kamo kena edit sebelum kamo main game tu. Kamo takleh edit game yang telah kamo main and that SUCKS. Aku tak suka guna editor sebab tu la. Macam mana dengan game yang aku dah main, berseason-season lak tu. Takkkan aku nak main dari mula? Dead la aku..ish..


So, that's where FMRTE ni selesaikan masalah aku. Benda nie berbeza dengan editor yang tadi. Kamo soma boleh edit data walaupun dah main game dari zaman jahiliah lagi. Takde masalah langsung. Siyes. Kamo hanya perlu load game yang kamo main. Kamo boleh edit ape jua data.

Profail pemain dalam FM

Okay, aku amik contoh satu profile seperti di atas. Bila kamo soma guna FM, even Mak cik Kiah sekali pun, kamo dapat tukarkan kepada pemain berkelas dunia. Bukan tu saje, kamo dapat beli pemain dengan lebih mudah, tukar warganegara, tukar skill, preffered skills, country dan apa-apa saje. Bukan tu je, kamo jugak dapat pulihkan kecederaan pemain. Kelab yang takdak duit pun boleh jadi kelab kaya sekelip mata.  In other word, you are like a god of FM when you have this tool. Tak perlu lagi main tipu secara lama, add manager. Tak perlu beb, FMRTE boleh buat kelab QPR jadi macam Manchester City kejap jer.


Okay la, sampai sini jer aku nak cakap pasal FMRTE nie. Kita main game untuk relax kan? Takde salahnya main tipu skit-skit. Jadi aku, letak fatwa yang menggunakan FMRTE adalah HARUS bagi peminat-peminat FM. Okay, Chao!!


Peteh biar FM rebeh!








Saturday 5 November 2011

Real Madrid VS Osasuna Preview

Osasuna F.C



Short and simple:



1. Coentrao dan Marcelo cedera. Jadi mungkin Arbeloa akan mengisi slot left back manakala ramos mungkin akan kembali ke posisi RB. Albiol dan Pepe akan menjadi pertahanan tengah.

2. Kaka masih lagi cedera. Jadi Ozil akan turun untuk menjadi AM Real Madrid.

3. Bahagian midfield yang agak sukar di ramal. Mungkinkan Alonso + Lass, Alonso + Khedira atau Alonso + Granero. Anyhoo, Alonso tetap dijangka menjadi starter dalam perlawanan ini.

3. Ronaldo dan Di Maria mengemudi bahagian sayap. Tiada perubahan di situ. Ronaldo akan meneruskan misi nya untuk menjaringkan gol untuk Real Madrid.

4. Higuain bakal turun menjadi lone striker pasukan.



Barisan kemungkinan :






Osasuna, walaupun nama team mereka kedengaran seperti ikan tuna, tetapi adalah sebuah pasukan yang suka bertahan di petak D beramai-ramai dan suka melancarkan serangan pantas kilat terhadap lawan. Real Madrid   biasanya akan mempunyai masalah dengan pasukan sebegini. Ini kerana corak serangan kita lebih kepada direct dan counter attacking. Kita akan lebih efektif dengan pasukan yang bermain secara menyerang seperti Malaga. Namun Aish Corner Lot percaya dengan prestasi baik yang ditunjukkan oleh Real, kita mampu menang. Lebih-lebih lagi kita bermain di tempat kita sendiri! Chao!


Match disiarkan di  ASTRO SUPERSPORT CH 811, 6.55 P.M


Peteh Madrid Peteh!



p/s: Btw, aku perasan yang permainan Real Madrid dan pasukan Terengganu lebih kurang sama. Mungkin Jose Mourinho sebenarnya mendapat tips kejurulatihan daripada Irfan Bakti? Jeng..Jeng..Jeng...

Zinedine Zidane; The best there was, the best there is and the best there'll ever be

Before aku teruskan dengan apa yang aku nak tulis, apa kata korang tengok ni dulu;






Aku  tak nak dah taip panjang-panjang. Cuma aku dah naik jemu bila Barca fans yang baru stat minat bola, atau agaknya umur baru 9 tahun, duk claim yang Messi terbaik sepanjang zaman. Pele, Maradona, mereka just campak kat laut. Serius buta betul. Aku pernah jugak gadoh taip menaip dalam blog  (oversea) dengan seorang peminat setia Barca. Serius, Messi? Kalau nak kata terbaik sekarang, ok fine. Aku boleh terima, tapi terbaik sepanjang zaman tu! Tah la. Untuk jimatkan masa aku, aku consider diorang yang duk kata Messi ni pemain terbaik sepanjang zaman ni, baru stat tengok bola. He is the ARGUABLY the best at the moment, tapi of course, he still has a long long way to go to be called  ALL TIME BEST.







Dalil-dalil sebab apa aku consider Zinedine Zidane lebih baik dari Leo Messi, Pele dan Maradona :





Asal usul

Zizou berasal dari Perancis di mana bola sepak bukanlah budaya utama di sana. Tidak seperti Argentina    dan Brazil yang menganggap bola sepak seperti tuhan. Brazil dan Argentina senantiasa ada pemain yang berbakat, tetapi pemain Eropah  berbakat seperti Zidane, amat sukar ditemui. Sekali dalam 20 tahun pun kira
baikla tu.




Kelab

Sekali lagi dalil kelab diguna pakai. Zidane bermain untuk kelab Perancis, Itali dan Sepanyol. Apa yang lebih dasyat,  dia menempa kejayaan di semua kelab yang dia terajui. Adakah Messi leh buat gitu? Pele hanya bermain di Liga Brazil dan hanya Maradona yang boleh menandingi Zizou dalam hal ini.




Pasukan Negara

Seriously, do I need to say something bout this?




Peribadi

Maradona terlibat dalam dadah. Hanya Messi dan Pele sahaja yang boleh menandingi peribadi Zizou.








Apa yang boleh aku katakan, masing-masing ada pandangan masing-masing tetapi janganla biarkan passion terhadap kelab sampai membutakan mata kamo soma. Aku peminat Real Madrid tetapi aku tetap mengakui kehebatan Leo Messi. Aku boleh katakan Leo Messi sekarang mempunyai kelebihan ke atas CR7. Tengok, aku boleh je akui benda tu. Jadi kamo soma jadilah seperti aku. Hahaha...




Btw, check out apa yang Eden Hazard kata pasal Messi (http://www.goal.com/en-gb/news/3277/la-liga/2011/11/03/2741063/lilles-eden-hazard-barcelonas-lionel-messi-does-not-have-the). It's so true Hazard. It's damn true!




Hala Madrid!!






And I thought it would be Benzema .. Lyon vs Real Madrid review





Segala ramalan ku musnah belaka. Well, tak semua, Benzema memang diturunkan untuk perlawanan Lyon yang lepas. Then guess what? REAL MADRID KICKED LYON'S ARSE in France! Finally! Memang dah lama aku nak tengok Real menang di Stade de Gerland. Selama nie, team Real Madrid selalu bernasib malang bila bertemu dengan Lyon di stadium mereka. Aku masih ingat lagi masa Real yang dibarisi oleh pemain handalan seperti Zidane dan Figo dibelasah 3-0 di sana. Sejak daripada tu, REal Madrid seolah olah disumpah untuk kecundang di tangan Lyon. Musim pertama C. Ron, masa tu Pellegrini jadi jurulatih, pasukan Real turut menerima nasib yang sama. Bertemu Lyon di pusingan kedua, kecundang di tengah jalan, dimalukan dan diejek oleh peminat yang sentiasa dengki dengan Real. Namun, sejak Jose ' The Special One' Mourinho jadi jurulatih, Real Madrid mengalami complete make over. Well, tak la sepenuhnya, tapi at least team ini tak dipandang hina lagi. Dan team-team yang ada mula ter'shit' dalam seluar kembali bila tahu mereka akan bertemu Real Madrid.



Malangya, aku hanya stay up sampai habis first half sahaja. Mata aku terlalu mengantuk malam itu dan keesokan harinya aku kena gi sekolah untuk mendidik anak bangsa pulak. Jadi kali ini, aku tak boleh nak bagi rating aku untuk pemain-pemain Real Madrid malam tu. Berikut adalah line up yang Mourinho turunkan pada malam itu :





Dari apa yang aku tengok dalam first half, Real Madrid memang sepenuhnya mendominasi perlawanan. Mereka mencipta peluang-peluang jaringan dan pergerakan mereka juga agak lancar. Ozil juga memberi persembahan yang menarik selepas beberapa kali beraksi hambar dalam perlawanan lepas. Khedira pada pendapat aku, setakat ini adalah partner terbaik untuk Xabi Alonso. Beliau, walaupun tidak mempunyai bakat seperti Ozil dan Ronaldo, melakukan kerja - kerja kotor (dirty work) bahagian midfield dengan amat baik. Sebab itu, kita dapat tengok perbezaan yang ketara bila Khedira tidak bermain. Midfield dengan adanya Khedira lebih tersusun dan dinamik. Tidak seperti dalam perlawanan menentang Sociedad yang lepas, midfield kelihatan longgar dan tidak bertenaga.

Aku juga tak tahu kenapa, aku rasa bahagian hadapan Real lebih berbahaya dengan adanya Benzema. Beza Benzema dan Higuain, Higuain mempunyai work ethic yang lebih di mana ada sikap "sanggup mati" untuk Real. Tetapi Benzema mempunyai teknik yang jauh lagi baik daripada Higuain. Dengan adanya Benzema, bahagian serangan Real menjadi lebih fleksibel dan tidak dapat dijangka. Lassana Diarra juga menunjukkan persembahan yang baik.

Apa yang paling penting nak aku ulas dalam perlawanan ini, tentang gol ke 100 Cristiano Ronaldo. Dan apa yang lebih menakjubkan lagi, ianya adalah gol ke 100 Ronaldo daripada 105 perlawananan dengan Real Madrid. Giler ah, seriously giler. Takde apa yang aku dapat ucapkan selain daripada 'giler ah' sebab memang hebat pencapaian itu. Semasa dia di MU, aku katakan Real Madrid akan membuat kesilapan besar jika Real beli dia tetapi, rupanya aku yang membuat kesilapan yang besar bila buat ramalan yang begitu bodoh tentang dia ni. Tahniah Ronaldo! Kagum..memang kagum..

Sampai situ jer la review Aish cornet lot untuk kali ini. At last, we can say, Real Madrid have broken the curse of Stade de Gerland!!




Peteh biar rebeh!!

Wednesday 2 November 2011

Lyon VS Real Madrid Preview







Mr. Champions League


The greatest club in the world, (yup, they are!) Real Madrid will travel to France to face 7 times French Ligue 1 Champion, Lyon for the return leg of the European Champions League Group Stage tonight.

A fortnight ago, they have faced the same team where Los Blancos have comfortably beaten them by 4 goals. Goals scored by Benz the Cat, Sami Khedira and Higuain and Lyon, for all their history before, could not break Real Madrid defense all night. Seems like the curse of Lyon has ended last year where the same story happened when we met in the Champions League Second Round. Thanks to this magnificent squad built by Mr. Special One, Jose Mourinho.


 The probable lineup we will see tonight:




Iker Casillas

                                                   Arbeloa ------ Ramos ------- Pepe -------- Marcelo

                                                                     Xabi ---------- Khedira

                                                    Di Maria --------------------------------  C. Ronaldo

                                                           -------------- Kaka/Ozil -----------------

                                                              ----------------- Benzema -----------------











  • Karim Benzema akan diturunkan sekali lagi malam ini menggantikan Gonzalo Higuain sebagai striker utama Real. Kenyataan ini dikuatkan lagi apabila Benzema direhatkan dalam perlawanan lepas menentang Real Sociedad. Benzema juga mempunyai rekod yang lebih prolifik dalam perlawanan ECC.


  • Real Madrid  mengakhiri badi tidak pernah menang di stadium Lyon. Sebelum ini, Lyon tidak pernah kalah kepada Madrid di tempat sendiri di mana ianya hampir-hampir terjadi musim lepas jika tidak kerana Gomis menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir.


  • Kaka, yang mendapat pujian daripada Mou Mou (Jose Mourinho) akan start perlawanan ni menggantikan pemain sensasi Jerman, Mesut Ozil yang kebelakangan ini bermain di bawah par. Kemungkinan Ozil akan masuk pada minit – minit terakhir untuk menggantikan Kaka.


  • Coentrao akan direhatkan digantikan dengan Marcelo. Marcelo sememangya selalu menjadi pilihan utama Mourinho bila menghadapi perlawanan besar.


  • Ronaldo mungkin akan sekali lagi kecewa malam ini kerana tidak dapat menjaringkan gol dan kita mungkin akan lihat ada pada masanya Ronaldo cuba melakukan aksi melampau dengan melakukan gelecekan yang tidak patut dan shooting dari 140 meter.


  • Di Maria akan melakukan assist baik punya kepada Benz atau Ronaldo dan pada masa sama melakukan shooting yang mengecewakan Makcik Kiah sebelah rumah beliau.


  • Alonso sekali lagi menjadi Man of the match bagi pasukan Real Madrid.



Begitu sahaja ramalan yang dapat diberi oleh Aishcornerlot. Yang paling penting, jika Real Madrid berjaya membawa pulang 3 mata dari perlawanan ini, mereka bakal melayakkan diri ke pusingan kedua ECC.



Perlawanan dapat disaksikan di Astro Supersport pada pukul 3.30 pagi Khamis (3/11/2011)



Peteh bia Rebeh Real Madrid!!



And the award goes to .....



"He does look good for the title,  doesn't he?"


For your information, this entry ain’t gonna be about who will win Ballon D’Or 2011 because for all we know, it will go to either one Barca trio (likely little Messi) as Uefa has been Barca’s lover for so many years. You can lead your club to ECC final, win it, and then played in the Final of World Cup (hint; he’s a Dutchman) and still the one who won it, is the one that has been so successful in JUST one club, a complete failure with his national team, who kick the ball to the fans on purpose, dives and cheats (hint; a certain Argentine). Nope. This is not about the Fifa World Player of the Year award because we know, as far as UEFA concerns, there is only one way to play football. It’s the ‘Tiki Taka’ football brand by Barcelona. Other styles of playing are considered a sin to them. So, they will win the awards for sure. Jealousy? No sir. Tiki Taka is enjoyable too watch, no doubt about that. But calling other teams who play using other style of football as cowards is just plain wrong!!



Okay, back to the main agenda then. Who is the best footballer in the world today?






Be completely alert, this is just my opinion, I am nobody but I do love football. I am entitled to my opinion as you are to yours.


Perbezaan antara Messi dan Ronaldo:




1)      KELAB

Messi merupakan produk La Masia Barca. Mamat nie sudah berada di Barca sejak berumur 13 tahun lagi dan sudah bermain dalam satu system yang sama sejak dulu lagi. Corak yang dimaksudkan adalah ‘Total Football’ yang diterapkan oleh Johan Cyruff.


Cristiano Ronaldo bermain untuk kelab Sporting Lisbon pada awal karier beliau. Selepas menyerlah dengan Sporting, Manchester United membeli CR sebagai pengganti Beckham yang menyertai Real Madrid pada musim 2003-2004. Di EPL, Ronaldo sekali lagi menyerlah. Bukan sahaja memenangi Top Scorer malah memenangi ECC dan liga dengan pasukan MU. Kemudian, dia mencatatkan rekod perpindahan dunia dengan berpindah ke Real Madrid. Di Sepanyol, dia sekali lagi menyerlah. Dua musim bersama Real, dia sudah pun memahatkan namanya sebagai top scorer ever, dengan memecahkan rekod jaringan Hugo Sanchez sebanyak 38 gol. Ronaldo menjaringkan 40 gol dalam La Liga dan membantu Real Madrid menewaskan Barca dalam perlawanan Spanish Super Copa.




1)      RAKAN SEPASUKAN

Messi bertuah kerana mempunyai Xavi dan Iniesta, jentera serangan Sepanyol sebagai rakan sepasukan. Xavi dan Iniesta merupakan sebahagian daripada pasukan Sepanyol yang memenangi World Cup 2010 dan Euro 2008.

Manakala Ronaldo, tidak mempunyai pemain seperti Xavi dan Iniesta untuk membantunya. Xabi Alonso, walaupun juga merupakan salah satu pemain skuad utama Sepanyol, bukanlah seorang pemain yang mempunyai pergerakan lincah. Dan pemain-pemain lain dalam pasukan Real Madrid merupakan pemain-pemain muda yang mempunyai potensi besar tetapi masih tidak diuji di pentas yang lebih besar. Ronaldo lah yang sering menjadi sumber inspirasi pasukan semasa di dalam kesulitan.



1)      KEJAYAAN

Messi muncul pada ketika Barca sedang berada di puncak arena bola sepak dunia. Ronaldinho adalah lebih layak digelar sebagai orang yang bertanggungjawab membuka mata dunia ke arah Barca.

Manakala, Cristiano Ronaldo tiba di Madrid pada zaman kemerosotan Real Madrid di mana Liga Sepanyol sedang didominasi oleh Barca. Cristiano memikul beban yang amat besar untuk membawa Real naik kembali ke puncak. Namun, hari ini kita dapat melihat yang Real Madrid yang diketuai oleh Cristiano semakin menuju ke puncak kembali. Inilah impak Cristiano Ronaldo terhadap sesebuah pasukan.


1)      VERSATILITI

Messi adalah seorang pemain yang amat hebat dalam menggelecek pemain. Kehebatan Messi ditambah dengan keupayaan beliau membuat hantaran tepat dan jaringan gol yang menakjubkan. Begitu juga dengan Cristiano. Tetapi, dalam hal ini, Messi mempunyai kelebihan kerana dia memiliki close control yang lebih daripada Ronaldo. Close control adalah keupayaan untuk bergerak dalam ruang yang kecil. Ronaldo sememangnya boleh menggelecek tetapi, dia lebih digelar flashy kerana skil yang ditunjukkan kadang-kadang tidak memberi manfaat kepada pasukan.

Tetapi, jika di tanya tentang kesempurnaan seorang pemain bola sepak, tidak syak lagi Ronaldo adalah seorang pemain yang lebih lengkap daripda Messi. Ronaldo adalah seorang goal scorer, boleh menggunakan kedua-dua kaki, boleh mengambil tendangan percuma, penyudah yang tajam, rembatan padu dan dia juga hebat di udara. Messi, walaupun mempunyai visi yang hebat, tetapi tidak mempunyai pakej selengkap Cristiano









Jadi, bagi Aishcornerlot.blogspot.com,Sudah terang lagi bersuluh la  Cristiano adalah seorang pemain yang lebih hebat daripada Leo Messi. Mungkin, jika Messi suatu hari berpindah pasukan dan menunjukkan aksi sehebat sekarang, barulah kita boleh berdebat tentang yang mana lagi baik. Lihat seperti Ronaldinho, dianggap seperti dewa bolasepak di Barca, kemudian menjadi malap selepas berpindah ke AC Milan. Tidak mustahil pada suatu hari nanti, nasib yang sama boleh menimpa Leo Messi.

Apa-apa pun, 

Peteh Biar Rebeh..

Eden Hazard; Future Madridista?!

Recently, there are reports that said Real Madrid has sent its club Director of Football, Zinedine Zidane or majestically put, "Zizou" to France to scout the club's latest transfer target, The Belgian Wizard, Eden Hazard. Eden Hazard, a 20 year old player who's now playing for a French Club called Lille. It is reported that he has already agreed a pre-contract with Real Madrid and is likely to move in  next year's winter transfer season. Who is this Eden Hazard?


Eden Hazard ni berasal dari Belgium. Kat mana Belgium tu, koreng cari la sendiri. Yang aku tahu dia bukan dari Malaysia. Kalau tak dah lama K. Rajagopal ajak dia men pasukan Malaysia. Mamat ni baru berusia 20 tahun, tetapi sudah dikira sebagai pemain harapan di Perancis dan negara dia sendiri. Hazard boleh bermain di pelbagai posisi tetapi posisi yang dikatakan paling menyerlah adalah di bahagian sayap. Beliau sering disamakan dengan CR7 dan Leo Messi sebab dia ni boleh dribble satu kampung dan lincah ketika membawa bola. Selain itu juga dia mempunyai tahap kreativiti yang tinggi dimana dia pernah memenangi pertandingan melukis masa sekolah rendah. Untuk banyak lagi info dia nie, koreng pergilah rujuk laman web http://en.wikipedia.org/wiki/Eden_Hazard.




Mari lihat apa kelebihan Hazard nie; Thanks kat orang yang letak video ni kat Youtube..






Okay, pada pandangan aku, memang aku suka banget kalau Eden Hazard masuk Real Madrid. Dia ada skill, dia boleh skor dan yang paling penting, dia boleh cipta peluang jaringan bagi pasukan kesayangan aku tuh. Memang Real perlukan orang yang boleh buat assist kerana ada sesuatu ketika dalam sesetengah perlawanan,  midfield Real Madrid buntu untuk mencipta peluang untuk menjaringkan gol. Orang seperti Eden Hazard ni, boleh menarik dua tiga orang pemain lawan sekaligus membuka ruang kepada pemain lain untuk naik ke dalam kawasan pasukan lawan. Kelebihan dribble Eden juga dapat memberi impak kepada Real apabila Real terpaksa bergerak dalam close spaces. Jadi sememangnya kita mengalu-alukan pemain seperti Hazard dalam pasukan kita ni.



Tetapi soalan sebenarnya, adakah kita memerlukan Hazard?


Itulah soalan sebenar yang kita patut tanya kepada setiap Madridistas. Kita sudah mempunyai Cristiano Ronaldo, Angel Di Maria, Callejon, Ozil dan Kaka untuk bahagian AM/W. Kita juga mempunyai pemain muda seperti Canales (on loan) dan Sarabia (buy back clause) untuk bahagian yang sama. Membeli Hazard menambahkan lagi jumlah lambakan pemain yang kita ada. Sehinggalah salah seorang pemain yang disebut diatas meninggalkan pasukan, kita tidak seharusnya membeli pemian lain dan menambahkan lagi masalah yang sedia ada.

Bagaimanapun, aku tetap mengalu-alukan kedatangan Eden Hazard sekiranya dia nak masuk Real Madrid sebab dia ni aku tengok memang cerah masa depan. Jadi menantu pun molep gok nie. Haha.


P/s: Dengar cerita dia peminat Wenger dan Arsenal. Pahtu ada jugak report kelab-kelab lain beratur nak dapatkan Eden Hazard. Antaranya Chelsea dan Manchester City. Arsenal juga turut membida tapi harga Hazard mungkin terlalu tinggi buat Wenger. Kalau nak murah-murah Wenger, mu mai amik Ashaari je la, kelas gok ape..


Peteh biar Rebeh!!

Tuesday 1 November 2011

Kekalahan Terengganu kepada Negeri Sembilan dalam Piala Malaysia baru-baru ini disebabkan masalah dalaman?

Seperti mana semua bebeh-bebeh sekalian tahu, Terengganu baru-baru ini mengalah kat Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia. Terengganu, yang memang selalu dianaktirikan oleh media-media tempatan, mengalahkan juara bertahan Kelantan dan 'Man U' Malaysia, Selangor dalam laluan ke final. Sebaliknya, Negeri Sembilan yang dipimpin oleh Sir Azraai Khor, menyembelih anak penyu (T-Team) untuk menempah tiket ke Stadium Shah Alam( tiket mahal plak tu!).

Apa yang mengejutkan aku, tiba-tiba terdengar kisah hari ni yang Terengganu kecundang disebabkan oleh krisis dalaman yang melanda antara pihak pengurusan dan team Terengganu sendiri. Hal ini dikuatkan oleh kenyataan pengurus pasukan Terengganu sendiri, Irfan Bakti Mourinho, bahawa pasukan Terengganu mengalami kekeliruan emosi semasa menentang Negeri Sembilan. Malah, dari sumber-sumber terdekat, mengatakan gerak badan pemain Terengganu semasa final hari tu seolah-seolah baru makan kerepok lekor basi.





" Sebenaqnye, pemain Terengganu semuanya tengah bad mood hari tu, saya dapat perasan dah. Saya dah cakap main molek-molek. Tapi saya hanyalah seorang insan yang lemah," kata Irfan Bakti.










Sebenarnya, aku pun hairan dan pelik, walaupun aku tak menghabiskan duit ke stadium dua tiga hari lepas, aku dapat tengok dengan terang dan jelas perlawanan melalui siaran Astro. Aku mati idup ingat punca kekalahan kita adalah gerakan ikhlas Sharbini;






Anyway, aku tak salahkan Encik Sharbinie. Apa yang berlaku memang dah ditakdirkan. Tapi kesilapan Sharbini memang agak besar. Semuanya hanya masalah konsenterasi. Memang mana-mana golkeeper even De Gea pun boleh buat kesilapan yang sama. Sebesar-besar hukuman yang boleh diberi kat lelaki ini pun dibuang daerah. Tapi, kalau dilaksanakan, nampak sangatla orang Malaysia ni tak bijak. 

Bila difikirkan balik, betulke ada masalah dalaman dalam pasukan Terengganu? Ada yang cuba mengaitkan pengurus Pasukan Terengganu dengan kekalahan Terengganu. Ada yang claim, bahawa campur tangan pengurus yang terlalu banyak sekalligus mencacatkan rentak pasukan Terengganu. Dakwaan ini seperti nampak berasas apabila Irfan Bakti secara kontroversinya meletak jawatan daripada terus mengemudi pasukan Terengganu. Aku tak berani nak komen lebih. Tapi apa yang aku boleh kata, kalau benar apa yang dikata, memang menjadi satu masalah bagi pasukan.
Seperti mana sedia maklum, pasukan Real Madrid (pasukan feveretku) suatu masa dahulu, mengalami masalah yang sama. Campur tangan yang terlalu banyak dari pihak atasan mengganggu pembentukan pasukan yang cuba dilakukan oleh jurulatih-jurulatih terdahulu. Ini menyebabkan prestasi Real terumbang ambing sehingga memberi efek kepada Real. Sehinggalah kedatangan Jose Mourinho mengubah Real Madrid kepada 'one coach' club sperti yang diamalkan oleh kelab-kelab Inggeris. 


" Selepas Real Madrid, saya akan bertanding bagi jawatan pengurus pasukan Terengganu. Kemudian, saya akan mebida pemain-pemain seperti Juan Mata dan Fernando Torres untuk join Terengganu. Sekarang ini Yossi Benayoun sudah bersetuju untuk join Terengganu tapi kita terpaksa batalkan niat ikhlas beliau kerana beliau orang Israel," kata Perez kepada Utusan Malaysia baru-batu ini.


Persoalannya, adakah benar apa yang didakwa oleh sesetengah orang yang mengatakan Terengganu mempunyai masalah dengan pihak pengurusan? Jika benar apa yang dikata, maka apa tindakan terbaik yang boleh kita lakukan sebagai penyokong Terengganu? 

apa-apa pun

"Peteh Terengganu Peteh"



Football Manager 2011! Yeay Bebeh!!

Greatest Game In The World!!

                                                           




          For those who don’t know what the heck Football Manager is, I would like to suggest googling (google-ing) for it. Simply put, Football Manager is a football strategy based game which has swayed all football fans around the world. If you are a football fan, you must get your hand on this game because it is that DAMN good. In this game, you are going to be a manager of a club and you have all the powers of a head coach. Again, if you want to know more, just google for it because I am too lazy to write a long post about this AMAZING game because it’s freaking too much to write about this game. The latest version of this game is the Football Manager 2012 but I’m still trying to get a copy of it. 

          Apa yang nak diceritakan pada bebeh-bebeh ku sekalian, adalah sedikit sebanyak tentang FM ( singkatan bagi Football Manager) 2011 yang aku duk main sekarang. Sebenarnya, aku dah main game ni berulang kali. Tapi this time, it’s a little bit different, lain skit pasal aku main guna FMRTE. Apa dia menatang tu? Takper, nanti aku citer pasal FMRTE tu kat bebeh-bebeh sekalian.

            Sekarang nie aku tengah main Newcastle United. This is how my Newcastle looks like:


Newcastle Utd 2015-2016









Okay, where should I start?


                                                                Keeper/ Penjaga gol

Hugo Lloris

                                                                           



          Pada mulanya aku hanya menggunakan Tim Krul. Kemudiannya, aku mendapatkan khidmat Hugo LLoris dari Lyon. Masa dibawa masuk, dia ni hanya berumur 24 tahun rasanya. Lloris ni dalam dunia sebenar merupakan salah seorang penjaga gol yang cukup digeruni kerana potensinya. Dalam perlawanan Real Madrid menentang Lyon baru-baru ini, salah seorang pengulas mengatakan perlawanan tersebut melibatkan dua keeper terbaik dunia. Kenyataan ini cukup untuk menggambarkan betapa besarnya nama Lloris di mata dunia. Dalam FM 2011 nie, Lloris sudah tiga tahun berturut-turut mendapat gelaran Goalkeeper of The Year kerana kekentalannya di bahagian defense Newcastle United.



Right Back/ Bek Kanan

Mario Fernandes


          Aku beli dia ni masa dia ni masih bergelar prodigy. Dia sangat bagus dan dari apa yang aku baca dalam internet, memang pemain ini menjadi buruan kelab-kelab besar dalam dunia sebenar. Harga dia masa aku beli, dalam 8 juta Euro sahaja. 



Left Back/ Bek Kiri

Gareth Bale

          Sapa yang tak kenal dia nie? Dalam dunia sebenar, dia bermain untuk Totenham Hotspur. Dalam FM 2011 aku, aku beli pada harga 18 juta Euro. Amat hebat dalam menyerang, tetapi aku perasan dalam FM ni, kelemahan dia adalah marking orang. Tapi still, a great asset for attacking movement team aku. Indispensable. Period.



Centre Backs/ Bek Tengah


Ryan Shawcross


Johnny Evans


          Ryan adalah antara pemain terawal yang aku beli untuk pasukan aku. Aku beli dari Sunderland or Southampton, aku tak ingat dah. But I played FM 2011 before and he is immense. So, aku beli lagi sekali dalam game kali ni dan dia sekali lagi berjaya mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama aku. Johnny Evans aku beli daripada Man United. Berbaloi- baloi. Satu aspek yang aku pandang kat diorang ni sebenarnya adalah tandukan mereka. Banyak skor gol-gol penting untuk pasukan aku.




Right Winger/ Sayap Kanan

Cristiano Ronaldo

        Thanks to FMRTE, aku dapat beli pemain ini dengan harga 30 juta Euro. What else can I say about this man? Cristiano Ronaldo dalam dunia sebenar sememangnya pemain yang paling berharga dalam muka bumi ni. Di beli dengan harga 95 juta Euro oleh Madrid, beliau berjaya membuktikan beliau sememangya berbaloi dengan harga yang ditawarkan ole Real apabila menjaringkan begitu banyak 98 gol dalam 3 musim beliau dengan Real Madrid. CR7 juga turut mencipta rekod baru pinchichi dengan menjaringkan 40 gol pada musim 2010-2011. Dalam FM 2011 aku, dia seperti dalam dunia sebenar, banyak membuka peluang jaringan untuk team aku. Seriously fearsome player.



Left Winger/Sayap Kiri

Leo Messi


         Again, it's quite a mouth watering prospect to see both of these magnificent players playing together in the same team. It's quite impossible too. But again, this is FM, where dreams can really be true. Aku guna FMRTE lagi sekali untuk beli Messi dengan harga 35 juta Euro dari Barca. Walaupun aku benci dengan Barca, itu tidak memberi maksud yang aku tidak memperakui kehebatan Messi sebagai seorang pemain bola sepak. Messi bukanlah pemain terbaik dunia sepanjang zaman bagi aku, tetapi dia memang antara yang terbaik pada masa kini. 



Centre Midfielders/ Pemain Tengah


Yann Mvila

Miralem Pjanic


       Yann M'Villa adalah pemain midfield terawal aku beli untuk pasukan aku. Masa aku beli umur dia baru 20 tahun. Dalam dunia sebenar, pemain ini dikatakan diburu oleh dua kelab gergasi England, Arsenal dan Manchester United untuk menguatkan jentera midfield mereka. Selain dari M'villa, aku juga turut membeli Pjanic kira-kira dua musim aku pegang team ini. Pjanic merupakan pemain midfield muda Lyon yang boleh dikategorikan sebagai Wonderkid. Lincah, bertenaga dan pintar merupakan aspek utama Pjanic dan gabungan mereka berdua telah menjadi tulang belakang team aku untuk sekian lama.



Striker/Penyerang


Wayne Rooney

Neymar


          Seriously, not a big fan of both players. Bagi aku, Rooney is so overrated. And Neymar is a crybaby. Tapi nok wak ganne, hanya Neymar yang sudi bermain untuk kelab aku masa aku mula-mula pegang Newcastle. Rooney pulak aku beli masa dia ada masalah dengan Sir Alex. Gabungan mereka ni bolehlah tahan.Sekarang aku juga turut mempunyai Pato, tapi tah macam mane, dua orang ni terus menjadi pemain pilihan utama aku bila ada match. Pato jatuh jadi second fiddle. Tapi takpe, sebagai pengurus yang berjaya, aku pandai rotate diorang. Jadi semua happy bila main dengan team aku.



        Okay, sampai sini saje penerangan aku pasal game FM 2011 aku. Macam mana? Korang sume ada gak ke main gok ke FM? Apa formasi korang?








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...