Iklan Corner

Saturday 14 January 2012

Xavi Hernandez : The Best Midfielder of All Time?

Permata Barcelona


Ini adalah perdebatan yang paling hangat ketika ini. Kebangkitan drastik Barcelona sebagai pasukan yang amat dominan di Eropah juga turut mengheret semua peminat bola kepada pertikaian ini.

Tidak aku nafikan, Barcelona mempunyai pasukan yang amat kuat ketika ini. Malah, ramai bijak pandai bolasepak juga bersetuju yang ini mungkin pasukan Barcelona yang terbaik pernah ada, melebihi Barcelona yang pernah dibimbing oleh Johan Cyruff ketika tahun 1992. Pasukan ini bukan sahaja mempunyai kualiti secara individu, tetapi persefahaman yang ditunjukkan sangat menakjubkan. Barca juga telah bermain di bawah satu sistem yang jelas, diterapkan oleh Johan Cyruff sejak di dalam akademi lagi.

Ramai pemain mereka telah bersama dalam tempoh masa yang amat panjang. Mereka telah dipupuk untuk bermain bawah sistem 'total football' selama beberapa tahun sebelum mereka menjejakkan diri ke kancah liga Eropah. Ini adalah satu projek yang memakan masa bertahun-tahun lamanya dan sekarang mereka mula mendapat pulangan hasil kesabaran yang ditunjukkan oleh pihak kelab.

XAVI HERNANDEZ

Xavi Hernandez sememangnya seorang pemian midfield yang amat hebat. Seorang yang mempunyai kawalan bola yang baik, visi menarik dan hantaran bola kemas kepada rakan sepasukan. Dia juga adalah jentera tengah yang sentiasa dapat memastikan permainan 'total football' pasukanya dapat berjalan dengan lancar.

Namun, terdapat beberapa kritikan terhadap gaya permainan Xavi. Jika diperhatikan, hampir 70% passing Xavi adalah play safe pass. Maksudnya, kebanyakannnya adalah hantaran ke belakang. Tetapi, ini tidak bermaksud Xavi tidak melakukan hantaran terus (through pass). Tetapi kebanyakan hantaran Xavi merupakan hantaran selamat. Tugas Xavi adalah untuk memastikan segalanya selamat untuk pasukan Barcelona, memastikan posesi bola kekal dan selebihnya memberikan bola kepada Messi atau Iniesta untuk tugas yang selanjutnya.

Ini adalah antara sebab kenapa Xavi tidak menyinar sehinggalah tahun 2008. Xavi memerlukan Messi untuk kelihatan berbahaya manakala Messi memerlukan Xavi dan Inesta untuk menjadi berbahaya. Inilah salah satu keunikan tentang pasukan Barcelona sekarang. Tetapi, ini juga menjadi salah satu punca kenapa aku tidak merasakan Xavi merupakan pemain midfield terbaik sepanjang zaman.

Untuk mengatakan Xavi seorang pemain midfield yang hebat, aku setuju. Tapi untuk mengatakan Xavi terhebat sepanjang zaman, melebihi Platini atau Zidane, aku rasa kurang tepat.

Seorang pemain midfield yang dikatakan TERBAIK haruslah terlebih dahulu membuktikan diri mereka tidak memerlukan pemain lain untuk menjadi hebat. Zidane contohnya, membuktikan dirinya menyerlah di Liga Perancis, Itali dan Sepanyol. Malah, turut membantu pasukan negaranya memenangi World Cup 1998, Euro 2000 dan naib juara World Cup 2006.

Ronaldinho's favourite Midfielder

Xavi sudah mengatakan, bahawa dia tidak akan berpindah ke pasukan lain. Jadi, amatlah mustahil untuk kita menyaksikan sejauh mana kehebatan Xavi sebenarnya. Apa juga faktanya, Xavi sememangnya jelas merupakan seorang pemain legenda untuk Barcelona dan Sepanyol, namun bagi mereka yang cepat menghakimi dan mengatakan Xavi merupakan terbaik sepanjang zaman, kena belajar balik pasal bolasepak kerana mereka sudah salah faham dengan istilah 'terbaik sepanjang zaman'!!



Stay Safe. Real will rule the world!!



4 comments:

Muzz bola said...

Mr. Aish jeles sebab Real Madrid haprak!! hahaha

Alexfergie said...

Aku xknal pun sape xavi. Aku knal scholes jer. Glory2 Man United!!

adham ismail said...

terbaekk bro..aku stuju ngan ko.wlaupun aku x sokong real madrid, tapi aku mmg respect abis kt zidane.legend 2 bro..jgn kita duk sokong kt 1 team ja, tapi x tahu menilai kualiti player2 team lain..

Aish said...

Tq bro..tq..x minat Real Madrid pun xper..asal minat bola..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...