Iklan Corner

Monday 9 January 2012

At the end of the day, the ref took it all away..







Aku sebenarnya tak berapa kisah sapa yang menang sape yang kalah pasal aku bukan seorang peminat EPL. Tapi, kerana aku seorang peminat bola dan EPL juga melibatkan bola, so aku kena jugak bagi sepotong dua ayat tentang perlawanan nie. Aku BUKAN peminat dua-dua pasukan. So, pandangan aku nie hanyalah sebagai pandangan pemerhati yang cintakan bola. So korang taklehla sentap kalau korang salah seorang peminat pasukan di atas.



Perlawanan ni cukup panas. A Manchester derby. Last sekali mereka bertemu, sampai tercirit De Gea kena balun 6 gol dengan City. Satu kekalahan yang disifatkan oleh bapak chewing gum, Sir Alex Ferguson, sebagai kekalahan yang memalukan di tangan rival.

Setupnya cukup mudah. Man Utd nak tebus kekalahan, Man City nak buktikan mereka kuasa baru bola sepak di Manchester. Sebuah kelab yang kaya dengan sejarah, manakala sebuah lagi kelab yang kaya dengan wang. Sebuah kelab yang gah dengan nama-nama femes pada zaman dulu lawan sebuah kelab yang gah dengan nama-nama femes sekarang.

Game changer moment


Aku miss 35 minit yang pertama kerana aku tak sedor yang match diorang malam nie. Aku tengok-tengok City dah kena baham 3-0. Aku kagum jugak mula-mula. Tapi selepas aku tengok analisis first half, baru aku tahu yang Vincent Kompany dah dibuang padang.

Pemain bola biasalah kena buang padang. Dah asam garam. Tapi apa yang menjadi perdebatan ialah, sejauh mana seriusnya kesalahan Vincent Kompany sehingga dibuang padang?


Aku tengok video ni berkali-kali. Aku setuju dengan pendapat pengulas yang pengadil Chris Foy TIDAK sepatutnya bagi kad merah kepada Kompany.

Bermain dengan 10 orang pemain tidak pernah adil dalam perlawanan bola sepak. Lebih-lebih lagi, kad yang dihasilkan tidak sejajar dengan kesalahan yang dilakukan. Chris Foy sepatutnya sedar yang perlawanan berprofil tinggi seperti ini tidak sepatutnya dicemari dengan insiden kotor sebegini.

Walaupun bermain dengan 10 orang, City berjaya juga merapatkan kedudukan dengan menjaringkan dua go lagi pada separuh masa kedua. Malah, mereka berjaya meresahkan peminat-peminat Red Devil dengan serangan bertali arus ke arah pintu gol lawan.

Namun, the damage has already been done. Tidak dapat tidak, pengadil telah melakukan kesilapan besar dalam perlawanan ini sekaligus mencacatkan rentak perlawanan yang sepatutnya berlangsung dengan lebih seimbang. Kali ini Manchester City yang menerima padahnya.

Peminat MU sepatutnya bersyukur dengan keputusan yang mereka dapat kali nie. Apa-apa pun, hajat Alex untuk menebus kembali kemaluannya ketika dibenam City tidak kesampaian lagi. Namun, MU tetap juga berjaya melangkah ke peringkat seterusnya. Kepada peminat City, jangan risau, piala FA mungkin terlepas, tetapi at least korang masih ada EPL kan?


Stay safe. Real Madrid tetap dihatiku.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...