Iklan Corner

Sunday 29 January 2012

Terengganu dalam krisis?!


Aku berpeluang untuk menyaksikan pasukan kedua feveretku selepas Real Madrid beraksi dalam TV malam nie. Biasanya perlawanan Terengganu jarang disiarkan dalam TV, so bila pihak ASTRO menyiarkan perlawanan Lions XII vs Terengganu, aku terus mengambil peluang untuk tengok perlawanan nie.

Carta Liga Super terbaru dari FIFA.COM
Keputusan akhir perlawanan memihak kepada Terengganu. Gol tunggal dijaringkan oleh penyerang import terbaru, Doe. Tapi aku dapat tengok beberapa kegoyahan yang terdapat dalam perlawanan nie.

Pada separuh masa pertama, Terengganu gagal bermain dengan baik. Malah ada beberapa kali Lions XII dari Singapura berjaya mengatur gerakan serangan yang berbahaya ke arah kubu pasukan Terengganu. Mungkin kerana keadaan padang rumput sintetik yang mengganggu rentak permainan biasa Terengganu, mungkin juga ketiadaan midfielder Joseph Kalang Tie turut menyumbang kepada kepincangan pasukan ini, aku tak tahu.

Separuh masa kedua berjaya menyaksikan Terenggany mula menguasai permainan dengan rantaian hantaran yang kemas dan lebih baik berbanding separuh masa kedua. Tetapi dengan hantaran akhir pasukan yang agak lemah, Terengganu gagal menghasilkan sebarangan jaringan sehinggalah F. Doe berjaya menjaringkan gol pada minit 70++.

Kalau menang, krisis apendanya?

Aku minat Terengganu yang dipimpin oleh Irfan Bakti kerana gaya permainan serang balas yang menarik. Terengganu bawah Irfan begitu berbahaya sebaik sahaja melakukan gerakan-gerakan balas. Gerak kilat dan ketepatan hantaran menjadi nadi pasukan Terengganu musim lepas sehinggakan berjaya ke final FA dan PM. Walaupun seringkali mendapat kritikan pada awalnya, pasukan ini meneruskan aksi cemerlang sehinggakan berjaya menutup mulut beberapa pengkritik lebih-lebih lagi ketika menentang Kelantan pada separuh akhir PM. 

Namun, selepas Irfan Bakti berhijrah, Terengganu dipimpin oleh Mat Zan sehingga sekarang. Aku bukannya tak suka Mat Zan. Tetapi aku masih lagi sangsi dari segi kebolehan taktikalnya, adakah Mat Zan dapat bersaing dengan pengurus-pengurus seperti Irfan dan Azrai?

Mat Zan Mat Aris
Aku tak pasti. Malah dalam perlawanan menentang Lions XII malam nie, aku dapat perasan beberapa perkara yang menarik perhatian aku:

Kurangnya overlapping dari fulbek Terengganu

Aku tak pasti apakah sebabnye. Mungkin ini berlaku atas arahan taktikal Mat Zan, atau kurangnya disiplin dan pemahaman taktik dari fulbek tu sendiri. Namun, apa yang pasti, jika fulbek kerap membuat overlapping, ini sedikit sebanyak dapat memberi tekanan kepada kubu pihak lawan.
  
'Kehilangan' Manaf Mamat dalam serangan

Jangan salah faham. Manaf Mamat memang ada dalam perlawanan. Tapi peranan dia lebih dalam, mungkin kerana peranan F.Doe sebagai penyerang utama Terengganu sekarang. Aku suka Manaf Mamat mengekalkan posisi dia seperti dalam pasukan Irfan Bakti hari tu. Dia sebenarnya seorang striker yang cukup berbisa. Tapi bila dia memainkan peranan dengan lebih dalam, kita kehilangan sengat di bahagian serangan. Kenapa tidak dia di barisan depan dan F. Doe menjadi second striker? Hanya Mat Zan yang tau.


Dan yang paling besar sekali, yang aku paling TAK PAHAM...

Memasukkan Abdul Hadi Yahya ketika permainan berbaki 2 minit lagi.

Dalam banyak-banyak percaturan Mat Zan, yang ini aku paling tak paham. Seriously, kebanyakan manager, even Alex Ferguson pun, tahu yang bila kita hanya lead 1-0, pentingnya kita memasukkan seorang pemain defensif paling tidak pun midfielder untuk melindungi kelebihan jaringan kita tu. Lebih-lebih lagi ketika kita bermain di tempat lawan. Bila Mat Zan memasukkan striker dan menggantikan midfielder (Shamsul), aku hanya boleh kata WHAT THE HELL?! Kalau betul pun nak cari satu lagi gol, kenapa memasukkan striker pada 2 minit terakhir?! Inilah percaturan yang paling tak masuk akal oleh seorang manager.


Ini mungkin tidak menjadi perkara besar bagi kita sekarang kerana Terengganu masih berada dalam kedudukan selesa dalam carta liga. Tapi, jika inilah gaya percaturan Mat Zan, aku tak rasa kita boleh pergi jauh musim nie.

Hei..just my two cents here..nothing more than that!


PETEH TERENGGANU PETEH!





1 comment:

Aku said...

Aku beci bakamengo!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...