Iklan Corner

Sunday 8 January 2012

PIALA SUMBANGSIH 2012 : KELANTAN FA vs N.SEMBILAN FA

Debaran Liga Super Malaysia semakin hampir dimana 14 pasukan akan melakukan sepak mula pada 10 Disember ini. Siapakah yang bakal merangkul kejuaraan Liga Super Malaysia pada tahun ini?.
 
Pasukan Hobin Jang Hobin memberi amaran awal kepada 13 pasukan yang bertanding dimana mereka telah muncul juara Piala Sultan Ahmad Shah dalam perlawanan sumbangsih menewaskan juara Liga Super Malaysia musim lalu iaitu Kelantan dengan kemenangan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam . 
Kelantan membuka tirai jaring melalui penyerang Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 19'. Bagaimanapun penyerang import N.Sembilan Effa Owona berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke 30' dan minit ke 63', sekali gus memastikan kejuaraan milik N.Sembilan. 

GOL KELANTAN FA : NORSHAHRUL IDLAN TALAHA 

(KELANTAN FA 1-0 NEGERI SEMBILAN FA)


GOL N.SEMBILAN FA : EFFA OWONA
 (KELANTAN FA 1-1 NEGERI SEMBILAN FA)

GOL N.SEMBILAN FA : EFFA OWONA 
(KELANTAN FA 1-2 NEGERI SEMBILAN FA)

Pastinya kemenangan N.Sembilan memberi kenangan manis buat jurulatih Azraai Khor Abdullah kerana sepanjang kerjayanya, jurulatih itu belum pernah menjulang piala berkenaan walaupun pernah membantu Kedah melakar sejarah memenangi kejuaraan treble - Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA - 2007 dan 2008. Walaupun pasukan N.Sembilan kehilangan lima tonggak (Hairuddin Omar, Irwan Fadly Idrus, Mohd Farizal Harun dan kembar Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak) yang mengangkat kaki meninggalkan pasukan, barisan pemain muda yang diberi kepercayaan oleh Azraai Khor telah membuktikan kemampuan mereka. Kekalahan Kelantan pastinya memberi tamparan hebat buat pengendali The Red Warriors Peter Butler untuk menjulang trofi sulung musim 2012.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...