Iklan Corner

Sunday 29 January 2012

Barcelona bakal kehilangan Guardiola?



Sejak tahun lepas lagi, Pep Guardiola dah beri 'hint'(klu) yang mungkin masa dia kat Barcelona mungkin dah tak lama. Selepas itu ada lagi desas desus yang mengatakan dia bakal memimpin Inter dan ada juga yang mengatakan dia akan ke EPL.

Kontrak Guardiola bakal berakhir Jun nie dan setakat nie takde lagi khabar berita yang dia mahu sambung kontrak dia dengan Barcelona.

Bagi aku, baguslah Pep nak tinggalkan Barca. kalau Pep betul-betul serius nak buktikan dia pengurus terbaik dan bukan setakat jaguh kampung, eloklah dia mencabar diri dia dengan pasukan lain plak. Pep beruntung dapat mulakan penglibatan dia dalam arena kejurulatihan Eropah ni dengan pasukan Barcelona. Aku tak rasa Pep boleh dianggap setaraf dengan Mourinho selagi dia tak membuktikan dirinya dengan kelab lain.

Peminat Barca tak perlu bimbang. Sebab Barcelonalah yang membantu Pep untuk naik. Bukan sebaliknya. Ada kemungkinan mana-mana jurulatih yang pegang kelab korang lepas ni bakal berjaya seperti Pep jugak.

Pep bukan lagi lawan Mourinho setakat nie. Tapi, kalau dia berjaya lakukan apa yang Mourinho lakukan, tak mustahil nama Pep boleh mengatasi Mourinho suatu hari nanti. Jangan jadi macam AVB dah la. Hehehe...

Andre Villa Boas (AVB)


Sumber : tribalfootball.com









1 comment:

Anonymous said...

Jum kuo 3 ari.

Alem

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...