Iklan Corner

Sunday 29 January 2012

7+ points bebeh..hoyeah!

La Liga minggu 21  

Real Madrid 3 - Zaragoza 1

We are back!!

Gol dari Kaka, Ronaldo dan Ozil berjaya membantu Real Madrid untuk membenam Zaragoza di tempat lawan. Wlaupun Zaragoza berjaya menjaringkan gol dulu, aku dapat rasakan yang Real Madrid akan menyumbat gol penyamaan dan seterusnya memenangi perlawanan. Bukan aku pandang rendah kat Zaragoza, tapi musim ini, Real Madrid lebih konsisten ketika menentang pasukan-pasukan lain selain Barca.

Mourinho menurunkan sebilangan besar pemain yang sama ketika separuh masa kedua. Jelas aku dapat rasakan yang Mourinho tahu yang ini adalah perlawanan yang 90% Real Madrid boleh menang. Kehadiran Ozil, Kaka, Granero dan Xabi menunujukkan Mourinho mahu menyerang malam tu dan itulah yang Real Madrid lakukan.

Formasi Real Madrid VS Zaragoza


Overall, Real Madrid bermain baik keseluruhan perlawanan. Cuma aku sedikit concern pasal posisi fulbek Real Madrid. Altintop bukanlah natural RB. Dulu, Real ada Ramos untuk posisi ni, tapi sebab Ramos dah jadi permanent CB sekarang, so posisi RB takde pengganti lagi. Ye, Arbeloa ada, tapi Real Madrid perlu seorang lagi natural RB untuk menghadapi perlawanan-perlawanan penting. Bagi aku, sementara nie, aku rasa lebih baik kalau posisi RB ni diberi kepada Lass atau Arbeloa. Lass aku rasa mempunyai personaliti yang baik untuk jadi Rb. Laju dan bertenaga, Lass jugak boleh membuat takle-tackle penting untuk sekat pasukan lawan. Cuma dia jugak kerap kehilangan bola sebab terlalu cuba menjadi kreatif pada sesuatu masa.

Untuk posisi LB, aku lebih percaya Coentrao berbanding Marcelo. Marcelo semalam kerap hilang bola dan passing dia pun out of form. Selalu salah passing dan kehilangan bola di bahagian midfield. Cuma dari segi close control (dribbling), Marcelo antara yang terbaik di Real Madrid.

Ozil, CR7 ; WORLD CLASS!!

Yang paling best ialah bila aku dapat tahu yang..

BARCA SERI JE DENGAN VILLAREAL! HAHAHAHA..


7 MATA BEB! 7 MATA!







HALA MADRID!!







5 comments:

Raul_77 said...

Hala Madrid!!

Messi lover said...

Barca boleh cover balik points yang kitorang ilang tu..Up Barca!!

Anonymous said...

bodoh madrid....7 mata kejap je messi kutip...ape daaa

Aish said...

To : Anon 06:55

7 mata kejap je messi kutip? Haha..tu kalau Real Madrid kalah. Real lebih konsisten berbanding Barca sekarang. Kena ingat, Barca akan lawan Valencia 3 kali dalam seminggu nanti..Valencia bukan team senang nak dikalahkan..7 mata messi nak kutip balik? Hahahaha..

Anonymous said...

7 mata messi kutip?
aku rasa 7 kali dive kot kt gawang valencia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...