Iklan Corner

Sunday 1 January 2012

Pemenang Aishcornerlot Player of The Year 2011...

Undian telah dilakukan. Selama lebih seminggu undian dijalankan, keputusan akhirnya betul-betul memeranjatkan aku.

Aku meramalkan pemenangnya memang antara Messi dan Ronaldo dengan perbezaan undian yang tipis. Tetapi akhir hari undian, pemenangnya mencatat keputusan undian selesa sebanyak 81% diikuti dengan pencabar kedua sebanyak 9 % dan yang ketiga 1%. Dan pemenangnya adalah ...




Syabas diucapkan kepada Cristiano Ronaldo!! Truly a worthy winner of any award!! Congratz!!

Oo yea..bercakap tentang Cristiano Ronaldo, ada laporan yang mengatakan satu undian telah dijalankan terhadap pembaca France Football Magazine tentang siapa yang paling layak menerima anugerah Ballon D'or 2011. Buat pengetahuan pembaca, anugerah Ballon D'or memang originated from France ye.


Ok. So back to the story, undian telah dijalankan oleh pihak mereka, dan hasilnya, sebanyak 63% pembaca telah mengundi CR7 sebagai pemenang yang paling layak diikuti dengan Leo Messi ( 30 %) dan Xavi (6%).

Mungkin peminat-peminat bola di sana lebih celik pasal bolasepak berbanding peminat-peminat Farcalona di seluruh dunia. Pada aku, itulah yang sepatutnya berlaku. Ramai yang mungkin tidak bersetuju dengan pendapat aku. Tetapi cuba korang fikir kembali, Messi memang menjuarai piala, tetapi secara individunya beliau tidak begitu menyerlah. Sebaliknya beliau cuma beruntung kerana bermain di dalam pasukan yang mempunyai asas yang kukuh seperti Barca dan disokong oleh dua pemain midfield Sepanyol yang berpengalaman seperti Xavi dan Iniesta. Hasilnya boleh kita nampak bila Messi tidak dapat perform untuk pasukan negaranya Argentina.

Ramai yang menyalahkan jurulatih Argentina tidak dapat menyediakan satu sistem yang dapat fit in Messi sepenuhnya dalam pasukan. Tetapi, jika Messi sememangnya sehebat yang dikatakan, adakah itu menjadi persoalannya? Pemain lagenda seperti Luis Ronaldo (Brazil) dan Zinedine Zidane tidak mempunyai sebarang masalah pun untuk menyelesakan diri dalam mana-mana sistem dan pasukan yang dianggotainya?


Manakala, Cristiano Ronaldo, telah membuktikan dirinya world class dalam tiga liga berlainan. Rekod negaranya walaupun tidak begitu menyerlah, namun lebih baik dari Messi. Namun harus diingat, kualiti pemain-pemain nasional Portugal berbeza daripada kualiti pemain-pemain nasional Argentina. Wlaupun di dalam pasukan negaranya, tiada pemain seperti Di Maria ataupun Higuain, namun CR7 tetap berjaya membantu pasukannya layak ke Euro 2012.

Tidak termasuk lagi memecahkan rekod liga Sepanyol sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman apabila dia menjaringkan 40 gol dalam semusim pada musim lepas dan semua itu dilakukan dalam musim keduanya bersama Real Madrid. Itu adalah satu statistik yang amat hebat bagi seorang player.

Tetapi, walau dengan segala points yang aku nyatakan diatas, aku masih sangsi bahawa CR7 akan dipilih sebagai pemenang Ballon D'or musim ini sebab pemilihan dibuat oleh semua jurulatih pasukan nasional di dunia. Lagipun, Messi dan Barcelona sudah lama menjdai favourite dunia untuk memenangi segala award pun. Cuma aku masih meletakkan harapan supaya tahun ini, keadilan akan dapat ditegakkan untuk CR7 dan Real Madrid.


Sumber : Ghanasoccernet.com


Stay safe. Halla Madrid!!




-- Mr. Aish --

1 comment:

Messi lover said...

Messi akan menang pemain tebaik jugak. Ronaldo hanya dasyat bila lawan team lemah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...