Iklan Corner

Saturday 14 January 2012

Mallorca VS Real Madrid - game preview

Cube teka awek sapa nie?
Real Madrid akan bertandang ke Stadium San Moix untuk menentang Mallorca pukul 2.30 pagi ni (waktu Malaysia). Real Madrid sekarang adalah pendahulu liga dengan kelebihan 5 mata dan jika mereka berjaya mengalahkan Mallorca malam nie, mereka berpeluang untuk menambah jurang mereka kepada 8 mata.

Mallorca, yang baru saja mencatatkan kemenangan besar terhadap Real Sociedad bakal menaruh harapan terhadap penyerang lincah mereka, Nsue untuk mengkucar kacirkan pertahanan Real Madrid. Kali terakhir mereka bertemu, Real Madrid hanya berjaya mencatat kemenangan tipis terhadap Mallorca (1-0).

Emilio Nsue Lopez

Di Maria, Khedira dan Altintop tidak masuk dalam skuad kali nie sebab masih lagi cedera.


Skuad Real Madrid :

Penjaga gol
Iker Casillas, Adan, Mejias

Bek
Ramos, Marcelo, Varane, Albiol, Pepe, Coentrao, Arbeloa

Midfield
Lass, Xabi Alonso, Ozil, Callejon, Granero, Sahin, Kaka

Striker
Benzema, Higuain, Cristiano Ronaldo


Formasi ramalan aku :



Mourinho mungkin akan melakukan beberapa pertukaran kepada starting lineup nie untuk merehatkan beberapa bintang utama menjelang El Classico pada 18hb nie. Jadi tiada apa yang mustahil dalam perlawanan kali ini. Apa yang pasti, Real Madrid harus terus menang perlawanan 'kecil' seperti ini untuk memenangi gelaran liga dari Barcelona sebab setakat ini, rekod perlawanan Real VS Barca masih tidak menyebelahi Real Madrid.

Mallorca Vs Real Madrid boleh disaksikan secara langsung dalam Astro Supersport  (Ch 811) pukul 2.30 pagi nie (15/1/2012).

Selamat Berjaya Madrid!!

8 comments:

Anonymous said...

barca bile lawan?

Aish said...

esok, pukul 4.25 pagi..

Rashid85 said...

Aku rasa Real akan menang 3-0

Hanif Sidek said...

Real Madrid akan jadi champion musim nie!!

Mick Dhuan said...

HaLa Madrid

Aish said...

To Mick Dhuan,

Mana entri baru mung?

Mick Dhuan said...

sabo,tggu lepas ak interbiu mat said nk dapatkn komen die pasal bola sepak terengganu :P

Anonymous said...

whos is she?real hotties!u ave her number

christian bakamenga bakamengo

chad city,
chad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...