Iklan Corner

Sunday 15 January 2012

Mallorca VS Real Madrid Review

MALLORCA 1 - REAL MADRID 2


Kesebelasan utama Real Madrid :




Semangat berjuang! Inilah yang telah ditunjukkan oleh pemain Real Madrid dalam perlawanan menentang Mallorca semalam. Inilah karekter sebuah pasukan juara. Walaupun bermain jauh di bawah par, bermain dengan teruk tapi masih mampu untuk membuat comeback untuk mengalahkan pasukan Mallorca yang begitu berdisiplin dalam bertahan.

Mallorca turun dengan satu gameplan yang mudah. Bertahan, tutup ruang untuk pemain Real untuk membuat serangan dan membuat serang balas kilat untuk membunuh Real Madrid. Rancangan mereka nampak macam bakal membuahkan hasil bila Hemed menjaringkan gol pertama perlawanan hasil tandukan yang menarik menewaskan Casillas. Bukan tu je, Hemed dan Pereira berjaya mengucar-ngacirkan pertahanan Real dengan serangan balas.

Inilah perlawanan yang betul-betul telah menguji semangat dan mentaliti Real Madrid. Tidak ada lagi menang besar, yang ada cuma kemenangan melalui kerja keras dan keteguhan mental. Real Madrid tak bermain dengan baik semalam. Mereka kerap kali kehilangan bola. Mereka kelihatan seperti kekurangan idea ketika nak menyerang Mallorca. Mallorca yang bermain secara defensif, begitu berdisiplin ketika bertahan menyebabkan midfield Real Madrid menghadapi kesukaran untuk melakukan serangan.

Aku pelik jugak dengan si Mourinho ni. Aku ingat, bila khedira cedera, dia akan bagi peluang kat Nuri Sahin ataupun Granero untuk jadi partner Xabi kat tengah, tapi dia tetap guna Lass. Mungkin ada sebabnya dia tak nak gunakan mereka. Mungkin ada sebab dari segi taktikal. Lass ialah seorang hard tackling midfielder. Energy dia amat penting untuk memusnahkan serangan lawan. Manakala Sahin dan Granero lebih sama peranannya dengan Xabi Alonso.

Tapi menentang pasukan defensif seperti Mallorca, sebenarnya khidmat 'hound-dog' seperti Lass tidak begitu diperlukan. Lass tidak boleh melakukan hantaran dengan baik sekaligus tidak banyak membantu serangan Real Madrid. Lass sebenarnya patut terus digunakan sebagai Bek Kanan di mana dalam perlawanan-perlawanan lepas, Lass melakukan tugas tu dengan baik.


Cristiano Ronaldo sekali lagi gagal memberikan persembahan yang baik dalam perlawanan kali nie. Dia kelihatan begitu predictable. Dribbling dia pun teruk sekarang. Aku tengok CR7 nie sejak Classico hari tu, macam dah hilang yakin diri dah. Mungkin jugak sebab akhir-akhir nie, dia di'boo' oleh peminat Real Madrid sendiri sebab tidak menyerlah dalam El Classico. Ada laporan yang mengatakan dia tidak gembira di Madrid. Aku harap itu sume cuma khabar angin semata-mata.

Marcelo jugak amat mengecewakan. Dia sudah banyak membuktikan yang dia bukan seorang defender yang baik. Pihak lawan dah tahu yang posisi  Bek Kiri adalah 'lubang' untuk menyerang Real Madrid kerana kelemahan Marcelo untuk bertahan. Jangan salah faham, Marcelo adalah seorang penyerang yang amat baik. Tapi masalahnya dia bukan defender yang baik dan seringkali menyebabkan pasukannya menghadapi masalah apabila dia tidak dapat menjaga posisi LB nya dengan baik. Boleh aku katakan, Coentrao lebih berhak untuk menjadi LB Real Madrid daripada Brazilian wonder nie.


Semangat Madridista

MADRISTA SPIRIT!!
Dalam perlawanan nie, aku dapat tengok jelas semangat Madridista sebenar. Semuanya datang dari pemain muda Real yang membesar di Real Madrid. Aku terharu jugak tengok sejauh mana besarnya makna 'Real Madrid' kepada pemain-pemain nie. Callejon, seorang pemain muda yang dibangunkan di La Fabrica ( Akademi Real Madrid) begitu gembira bila berjaya menjaringkan gol. Begitu jugak dengan naib kapten Real Madrid, Higuain dan Ramos. Inilah semangat Madrid yang sepatutnya ada di dalam setiap pemain Real Madrid. Inilah juga semangat yang mebakar setiap peminat Real Madrid seperti aku. I mean, cuba tengok macam mana Higuain celebrate goal penyamaan yang dia jaringkan nie, pure breed Madridista!!



Hats off kepada Mourinho yang membuat percaturan berani untuk memasukkan Kaka, Coentrao dan Higuain untuk menukar keputusan perlawanan.

Next stop, El Classico Copa Del Rey. Aku sedikit skeptikal tentang peluang Real Madrid untuk mara ke separuh akhir namun, aku berharap at least Real Madrid bakal menunjukkan semangat berlawan yang tinggi dalam perlawananan tu. Guane-guane pun, Real Madrid sekarang mempunyai kelebihan 8 mata ke atas Barca. Hahahaha...



Real Madrid nelang!!


5 comments:

Omar Riza said...

It's a great feeling to win even when your side were not playing at their best. This is the stuffs of champions! Keep it up Real!

Areef KL said...

This refereeing of this match was utter horrendous. Many doubtful calls were made by the referee. Luckily, we did not see any red cards have been produced. I agree with Omar Riza, this is what champions are made of.

Aish said...

To: Omar Riza

-> Yep..you got it right brother. Real Madrid struggled last night against a very defensive Mallorca side. We truly miss Angel Di Maria in the midfield. But, what important is, we get to keep our distance with the second place Barca. Hala Madrid!

Aish said...

To : Areef KL

--> Nice point there. There were a few decisions that looked suspicious but hey, this is football. You can never ignored how hard RM tried to make a comeback after being 1-0 down.

Anonymous said...

acena have strenth level same with madrid thanks to asena wingga

doumba doumba

tikrit, algeria

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...