Iklan Corner

Wednesday 11 January 2012

terengganu bakal musnah?

[Analisis]Ape yang aku telah takuti kini seakan menjadi realiti. Walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan tajuk musnah kerana nampak melebih tapi aku tidak dapat menyembunyikan kebimbangan betapa Terengganu akan beraksi berat sebelah berbandig pasukan2 lain di Liga Super. Memang kalau dilihat sebelum ini Terengganu tampak gah kerana disifatkan membarisi pemain tempatan handalan. Lihat semua bahagian, dari penjaga gol hinggalah ke bahagian serangan tampak tiada masalah untuk Terengganu. Namun ramai yang lupa dengan adanya pemain import  semua pasukan dkira 'fair and square'. Tiada mana pasukan yang dikire feveret. Yang harap feveret cumalah pasukan negeri masing2 yang menyokong tim masing2. Selepas menyaksikan game semalam, taktikel dikira hancur., Semua tak menjadi.walaupun membariskan bintang tempatan, namun dtenggelami dengan aksi import Perak. Penyerang import Perak nampak berbahaya semalam. Jadi kehilangan pemain import akan ditangung selama 4 bulan oleh pasukan sang Penyu. Result pasti berat sebelah nanti.

Mat Zan....perlu bukti kemampuan

Faktor kedua adalah Mat Zan. Aku sebenar gusar dengan tindakan Presiden PBSNT Datuk Che Mat Jusoh kerana memilih Mat Zan Mat Aris. Bagi aku taktikel beliau tidaklah sehebat mana. Selepas meninggalkan terengganu, team yang beliau bimbingi tidak sampai ke mana seperti Pos Malaysia. Kenapa PBSNT tidak bercita tinggi mendapatkan jurulatih seperti Wan Jamak, Azrai Khor, Sathia ataupun Dollah Salleh yang lebih hebat dari segi taktikalnya. Memang benar Mat Zan pernah membawa pulang piala Malaysia 2001 namun itu bukanlah alasan lagipula beliau mewarisi pemain2 seperti Rosdi Talib, Zulharisan Awang, Hairuddin Omar yang mewakili generasi emas 2001.Walaupun begitu terlalu awal menilai prestasi sebenar Terengganu. Tapi jika tak menang 8 game berturut turut seperi QPR baiklah gantikan beliau dengan coach yang lebih efisien. dan hasrat untuk memengangi Piala Liga Super boleh difikir tahun depan pula!
Warnock...tiada jodoh

1 comment:

Son Goku said...

bakpe ade gmbar neil warnock bwh tu, dia calon jd coach Terengganu ke..??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...