Iklan Corner

Thursday 26 January 2012

Almost there...

Keputusan penuh perlawanan El-Classico Copa Del Rey 2012 :


Barca 2 - Real Madrid 2 (Barcelona menang agregat 4-3)

tak lama lagi Madridista..tak lama lagi

Ketika Mourinho mengambil alih Real Madrid, ada dua misi penting yang ingin dia lakukan; tewaskan Barca dan kembalikan Real Madrid ke kelompok elit liga eropah. Setakat ini, dia telah berjaya dalam salah satu misi tersebut. Tapi untuk menewaskan Barcelona, tak lagi. Real Madrid berjaya menewaskan Barca hanya sekali di bawah Mourinho, iaitu semasa memenangi final Copa del Rey tahun lepas.

Tapi semalam, fuhh. Aku bangga sangat-sangat dengan Real Madrid dan Jose Mourinho. Walaupun kalah dengan agregat, tapi kita berjaya bukak mata Barcelona yang kita adalah pasukan yang bakal menggulingkan Barcelona. Kita bermain dengan begitu baik sehinggakan peminat Barca menggigit jari takut team kita lakukan upset besar di Nou Camp. Kita TAK mendominasi posession bola, tapi kita jelas MENDOMINASI permainan. Cuma kita tak efisien dalam menjaringkan gol. Mereka lebih bernasib baik bila dapat menjaring 2 gol dalan 3 shot pertama yang mereka bagi kat kita.

Ozil bagi aku, memang layak untuk digelar Man of the match semalam. Dia begitu licik dan kreatif dalam merencanakan gerakan Real Madrid. Aku dapat perasan yang bola banyak bergerak melalui Ozil berbanding dengan Cristiano Ronaldo dan ini lah sebenarnya apa yang aku mahukan dari dulu lagi. Ozil sepatutnya menjadi chief kat midfield sebab dengan kreativiti dan playmaking skills yang dia ada, rugi kalau RM terus menerus menjadikan CR7 sebagai titik serangan mereka. Coentrao lebih baik dari Marcelo dari segi pertahanan dan malam semalam dia membuktikan sekali lagi. All and all, walupun match semalam berakhir seri, aku sikit pun tak terasa yang team aku kalah. Sikit pun tak rasa kecewa. Aku rasa BANGGA. Bangga untuk bergelar peminat pasukan Real Madrid.

Aku dah kata banyak kali.

"Jika ada team yang boleh kalahkan Barca, Real Madrid lah kelabnya;"

dan semalam Real Madrid telah membuktikannya. Real boleh bermain dengan hebat jika mereka mahu. Apa yang lebih menakutkan, pasukan ini baru bersama selama dua tahun di bawah Mourinho. Aku tak dapat bayangkan kalau mereka seperti Barcelona, bermain bersama dalam SATU sistem yang sama di bawah pengurusan yang SAMA selama bertahun-tahun. Aku mempunyai kepercayaan penuh dalam pengurusan Mourinho.

Madridista, sama ada dari Malaysia atau seluruh dunia,
Real Madrid sedang menuju ke arah kegemilangannya kembali. Marilah kita bersama-sama menruskan sokongan padu kita kepada kelab terbaik abad 20 ini. Dengan pemain-pemain muda yang sedang dipupuk oleh Mourinho ini, kita akan menguasai pentas Eropah dalam masa terdekat.

Dan peminat-peminat Barca semua di luar sana, tengoklah gambar di bawah, dan fahamilah maksud gambar nie..hehe




HALA MADRID! HALA MADRID! HALA MADRID!!








3 comments:

Anonymous said...

Bis ko rase bile nye madrid dpt tewaskan barca?

Aish said...

Bila? Mourinho dh tewaskan Barcelona sekali..dalam final lagi..

Hahaha..beza Real Madrid tak besar sebenarnya. Ada 2 je.

1. Mentaliti

2. Leo Messi

Anonymous said...

2 tahun lg arsene wenger amik alih power r madrid


mohd bakamengo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...