Iklan Corner

Tuesday 31 January 2012

EPL : Van Persie to the rescue..again..


Sekali lagi, Van Persie datang selamatkan Arsenal bila pasukan diorang bangkit untuk mengalahkan Aston Villa.

Arsenal bergantung hidup atas sehelai bulu ketiak Persie

Soalan aku untuk peminat gunners..

"Sampai bila korang nak harapkan Persie datang selamatkan korang?"


Pembelian Wenger musim panas dulu. takdak sorang pun yang boleh membaik pulih pasukan. Arteta bukan Fabregas, Benoyoun bukanlah Ljungberg. Hanya Mertesacker yang boleh harap skit pun. Tu pun pasukan Arsenal masih leaking gol seumpama lubang tandas bocor.

Boo Wenger!! Get out Wenger!!






Terengganu Nelang; Bek pun nelang!

Ahmad Muslim Ahmad

Posisi : Bek Tengah


Dalam ramai-ramai pemain Malaysia yang beraksi untuk skuad kebangsaan, aku suka tengok permainan budak nie. Bukan bermakna aku gay, tapi cara permainan selambe dia menambat hati semua peminat bola Malaysia amnya.

Mungkin sebab aku pernah bermain dalam posisi yang sama (walaupun sekarang aku lebih bergerak bahagian midfield ala Xabi Alonso), Ahmad Muslim menjadi perhatian aku setiap kali dia turun beraksi. First time aku tengok dia dalam perlawanan Harimau Muda 2 tahun yang lepas rasanya, aku dapat rasa yang dia bakal menjadi pemain bek regular dalam pasukan Malaysia.

Permainan yang tenang, pembacaan permainan yang baik dan tidak banyak melakukan rash takle adalah ciri-ciri pemain yang berusia 23 tahun nie. Bila aku dapat tahu yang dia bakal menyertai Terengganu musim nie, lagi aku suka sebab dia akan berganding dengan Marzuki Yusof, otai Terengganu yang sememangnya seorang defender yang amat baik. Malah, aku rasa Ahmad Muslim ni mempunyai potensi untuk jadi lebih baik dari Zamani Misbah.


Marzuki Yusof yang otai

P/s :Aku ada terserempak dengan Marzuki Yusof hari tu kat Giant dengan Mr. Zarsaza, tapi tak sempat snap gambar sebab henset buruk jer. Anyway, Terengganu akan terus mengganas dengan adanya dua bek kental nie.



Peteh Terengganu Peteh!!





Sunday 29 January 2012

Barcelona bakal kehilangan Guardiola?



Sejak tahun lepas lagi, Pep Guardiola dah beri 'hint'(klu) yang mungkin masa dia kat Barcelona mungkin dah tak lama. Selepas itu ada lagi desas desus yang mengatakan dia bakal memimpin Inter dan ada juga yang mengatakan dia akan ke EPL.

Kontrak Guardiola bakal berakhir Jun nie dan setakat nie takde lagi khabar berita yang dia mahu sambung kontrak dia dengan Barcelona.

Bagi aku, baguslah Pep nak tinggalkan Barca. kalau Pep betul-betul serius nak buktikan dia pengurus terbaik dan bukan setakat jaguh kampung, eloklah dia mencabar diri dia dengan pasukan lain plak. Pep beruntung dapat mulakan penglibatan dia dalam arena kejurulatihan Eropah ni dengan pasukan Barcelona. Aku tak rasa Pep boleh dianggap setaraf dengan Mourinho selagi dia tak membuktikan dirinya dengan kelab lain.

Peminat Barca tak perlu bimbang. Sebab Barcelonalah yang membantu Pep untuk naik. Bukan sebaliknya. Ada kemungkinan mana-mana jurulatih yang pegang kelab korang lepas ni bakal berjaya seperti Pep jugak.

Pep bukan lagi lawan Mourinho setakat nie. Tapi, kalau dia berjaya lakukan apa yang Mourinho lakukan, tak mustahil nama Pep boleh mengatasi Mourinho suatu hari nanti. Jangan jadi macam AVB dah la. Hehehe...

Andre Villa Boas (AVB)


Sumber : tribalfootball.com









7+ points bebeh..hoyeah!

La Liga minggu 21  

Real Madrid 3 - Zaragoza 1

We are back!!

Gol dari Kaka, Ronaldo dan Ozil berjaya membantu Real Madrid untuk membenam Zaragoza di tempat lawan. Wlaupun Zaragoza berjaya menjaringkan gol dulu, aku dapat rasakan yang Real Madrid akan menyumbat gol penyamaan dan seterusnya memenangi perlawanan. Bukan aku pandang rendah kat Zaragoza, tapi musim ini, Real Madrid lebih konsisten ketika menentang pasukan-pasukan lain selain Barca.

Mourinho menurunkan sebilangan besar pemain yang sama ketika separuh masa kedua. Jelas aku dapat rasakan yang Mourinho tahu yang ini adalah perlawanan yang 90% Real Madrid boleh menang. Kehadiran Ozil, Kaka, Granero dan Xabi menunujukkan Mourinho mahu menyerang malam tu dan itulah yang Real Madrid lakukan.

Formasi Real Madrid VS Zaragoza


Overall, Real Madrid bermain baik keseluruhan perlawanan. Cuma aku sedikit concern pasal posisi fulbek Real Madrid. Altintop bukanlah natural RB. Dulu, Real ada Ramos untuk posisi ni, tapi sebab Ramos dah jadi permanent CB sekarang, so posisi RB takde pengganti lagi. Ye, Arbeloa ada, tapi Real Madrid perlu seorang lagi natural RB untuk menghadapi perlawanan-perlawanan penting. Bagi aku, sementara nie, aku rasa lebih baik kalau posisi RB ni diberi kepada Lass atau Arbeloa. Lass aku rasa mempunyai personaliti yang baik untuk jadi Rb. Laju dan bertenaga, Lass jugak boleh membuat takle-tackle penting untuk sekat pasukan lawan. Cuma dia jugak kerap kehilangan bola sebab terlalu cuba menjadi kreatif pada sesuatu masa.

Untuk posisi LB, aku lebih percaya Coentrao berbanding Marcelo. Marcelo semalam kerap hilang bola dan passing dia pun out of form. Selalu salah passing dan kehilangan bola di bahagian midfield. Cuma dari segi close control (dribbling), Marcelo antara yang terbaik di Real Madrid.

Ozil, CR7 ; WORLD CLASS!!

Yang paling best ialah bila aku dapat tahu yang..

BARCA SERI JE DENGAN VILLAREAL! HAHAHAHA..


7 MATA BEB! 7 MATA!







HALA MADRID!!







Kedudukan Liga Super selapas 5 games

Selapas 5 perlawanan berikut kedudukan pasukan dalam carta Liga Super Malaysia.
Keputusan penuh perlawanan ke-5 Liga Super 2012:
Selangor PKNS 2-2 Sabah

Felda United 1-2 Perak

Singapore Lions XII 0-1 Terengganu

Sarawak 2-2 Negeri Sembilan

T-Team 1-2 Selangor

Kelantan 3-0 Kuala Lumpur

Kedah 1-3 Johor FC

Terengganu dalam krisis?!


Aku berpeluang untuk menyaksikan pasukan kedua feveretku selepas Real Madrid beraksi dalam TV malam nie. Biasanya perlawanan Terengganu jarang disiarkan dalam TV, so bila pihak ASTRO menyiarkan perlawanan Lions XII vs Terengganu, aku terus mengambil peluang untuk tengok perlawanan nie.

Carta Liga Super terbaru dari FIFA.COM
Keputusan akhir perlawanan memihak kepada Terengganu. Gol tunggal dijaringkan oleh penyerang import terbaru, Doe. Tapi aku dapat tengok beberapa kegoyahan yang terdapat dalam perlawanan nie.

Pada separuh masa pertama, Terengganu gagal bermain dengan baik. Malah ada beberapa kali Lions XII dari Singapura berjaya mengatur gerakan serangan yang berbahaya ke arah kubu pasukan Terengganu. Mungkin kerana keadaan padang rumput sintetik yang mengganggu rentak permainan biasa Terengganu, mungkin juga ketiadaan midfielder Joseph Kalang Tie turut menyumbang kepada kepincangan pasukan ini, aku tak tahu.

Separuh masa kedua berjaya menyaksikan Terenggany mula menguasai permainan dengan rantaian hantaran yang kemas dan lebih baik berbanding separuh masa kedua. Tetapi dengan hantaran akhir pasukan yang agak lemah, Terengganu gagal menghasilkan sebarangan jaringan sehinggalah F. Doe berjaya menjaringkan gol pada minit 70++.

Kalau menang, krisis apendanya?

Aku minat Terengganu yang dipimpin oleh Irfan Bakti kerana gaya permainan serang balas yang menarik. Terengganu bawah Irfan begitu berbahaya sebaik sahaja melakukan gerakan-gerakan balas. Gerak kilat dan ketepatan hantaran menjadi nadi pasukan Terengganu musim lepas sehinggakan berjaya ke final FA dan PM. Walaupun seringkali mendapat kritikan pada awalnya, pasukan ini meneruskan aksi cemerlang sehinggakan berjaya menutup mulut beberapa pengkritik lebih-lebih lagi ketika menentang Kelantan pada separuh akhir PM. 

Namun, selepas Irfan Bakti berhijrah, Terengganu dipimpin oleh Mat Zan sehingga sekarang. Aku bukannya tak suka Mat Zan. Tetapi aku masih lagi sangsi dari segi kebolehan taktikalnya, adakah Mat Zan dapat bersaing dengan pengurus-pengurus seperti Irfan dan Azrai?

Mat Zan Mat Aris
Aku tak pasti. Malah dalam perlawanan menentang Lions XII malam nie, aku dapat perasan beberapa perkara yang menarik perhatian aku:

Kurangnya overlapping dari fulbek Terengganu

Aku tak pasti apakah sebabnye. Mungkin ini berlaku atas arahan taktikal Mat Zan, atau kurangnya disiplin dan pemahaman taktik dari fulbek tu sendiri. Namun, apa yang pasti, jika fulbek kerap membuat overlapping, ini sedikit sebanyak dapat memberi tekanan kepada kubu pihak lawan.
  
'Kehilangan' Manaf Mamat dalam serangan

Jangan salah faham. Manaf Mamat memang ada dalam perlawanan. Tapi peranan dia lebih dalam, mungkin kerana peranan F.Doe sebagai penyerang utama Terengganu sekarang. Aku suka Manaf Mamat mengekalkan posisi dia seperti dalam pasukan Irfan Bakti hari tu. Dia sebenarnya seorang striker yang cukup berbisa. Tapi bila dia memainkan peranan dengan lebih dalam, kita kehilangan sengat di bahagian serangan. Kenapa tidak dia di barisan depan dan F. Doe menjadi second striker? Hanya Mat Zan yang tau.


Dan yang paling besar sekali, yang aku paling TAK PAHAM...

Memasukkan Abdul Hadi Yahya ketika permainan berbaki 2 minit lagi.

Dalam banyak-banyak percaturan Mat Zan, yang ini aku paling tak paham. Seriously, kebanyakan manager, even Alex Ferguson pun, tahu yang bila kita hanya lead 1-0, pentingnya kita memasukkan seorang pemain defensif paling tidak pun midfielder untuk melindungi kelebihan jaringan kita tu. Lebih-lebih lagi ketika kita bermain di tempat lawan. Bila Mat Zan memasukkan striker dan menggantikan midfielder (Shamsul), aku hanya boleh kata WHAT THE HELL?! Kalau betul pun nak cari satu lagi gol, kenapa memasukkan striker pada 2 minit terakhir?! Inilah percaturan yang paling tak masuk akal oleh seorang manager.


Ini mungkin tidak menjadi perkara besar bagi kita sekarang kerana Terengganu masih berada dalam kedudukan selesa dalam carta liga. Tapi, jika inilah gaya percaturan Mat Zan, aku tak rasa kita boleh pergi jauh musim nie.

Hei..just my two cents here..nothing more than that!


PETEH TERENGGANU PETEH!





Saturday 28 January 2012

Doe Pesaing terdekat effa owana

Mamat Doe pabila mengamuk.tiada orang yg mampu sekat Doe hatta Shahril Ishak sekalipun                                                                           
                                   
Itulah frankey doe. Nama yg semakin digeruni sekarang ni samada di bumi Terengganu sendiri ataupun di bumi Singapure..baru 3 game dh 4 gol...pergh...hebat2....skll yg tinggi, dn x pts ase membuatkan frankey doe sgt2 berbise skrg ni..stadium Singapura yg tak henti2 memboo pemain penyu terutama Muslim Ahmad tergamam seketika kerana bola lantunan dari Ashaari melantun ke arah doe yg membuat skill one two sebelum merembat dari tepi.kalau diikutkan memang susah nak gol sudut mcm tu.Tapi ni r Frankey Doe! berbaloi2 beli doe...terimakasih kerana Mad Said..dengan bekengnya Mad Said si doe ni leh main dan unjuk kejantanan tanpa meminum sehirup tongat ali sekalipun. Tahniah Frankey Doe!

p/s......hadi yahya kene relax.training sungguh2, bia dapat balik tempat kesebelasan utama, x kan nk jadi pemain belasahan saje?x syokk r beb.....

kedah dah jadi sayur

tiada kene mengena dlm sukan bola sepak
ape dh jadi team kedah?satu ketika dlu diibaratkan jaguh dlm sukan bola sepak negara. sekarang dh jadi sayur....wah wah wah kalau tempat sdiri kene sayur sayuran ape dh jadi?kene tkan butang panik dh ni.....lainlah kalau seronok temgok team korang kene mcm ni tiap2 ari.gua tak sanggup beb! bayangkan ape perasaan Arwah Dato basri Akil kalau tahu mcmni Kedah akhirnya..

ape2 pon gol saguh hati dpt gak djaringkan khairil muhaymin...adoi.....gol pertama plak tuh...cian2.....amar rohidan ade pon x dapat bantu kedah?bad bakhtiar?pemain import lak cmne?makan gaji buttee kee???

Aku taknak Wenger!!

Damn..khabar angin semakin kuat mengatakan Real Madrid mahu menggantikan Mourinho dengan Arsene Wenger (Wingga).

Aku tak nak Wenger!! ARghhh!!!



Aku mahu Mourinho! Bukan cikgu kindy nie!!


Hala MOurinho!!





Friday 27 January 2012

The truth of Barcelona..


Apa aku nak cakap lagi? Deme sume ingat Real Madrid yang jahat..Real Madrid main kotor..inilah hakikatnya...


Hala Madrid!










Hahaha..lawak tul ko nie...



Calon yang paling baik untuk masuk dalam pasukan Barcelona!!

Anak didik Busquet...terbaiklah!!!











Thursday 26 January 2012

Almost there...

Keputusan penuh perlawanan El-Classico Copa Del Rey 2012 :


Barca 2 - Real Madrid 2 (Barcelona menang agregat 4-3)

tak lama lagi Madridista..tak lama lagi

Ketika Mourinho mengambil alih Real Madrid, ada dua misi penting yang ingin dia lakukan; tewaskan Barca dan kembalikan Real Madrid ke kelompok elit liga eropah. Setakat ini, dia telah berjaya dalam salah satu misi tersebut. Tapi untuk menewaskan Barcelona, tak lagi. Real Madrid berjaya menewaskan Barca hanya sekali di bawah Mourinho, iaitu semasa memenangi final Copa del Rey tahun lepas.

Tapi semalam, fuhh. Aku bangga sangat-sangat dengan Real Madrid dan Jose Mourinho. Walaupun kalah dengan agregat, tapi kita berjaya bukak mata Barcelona yang kita adalah pasukan yang bakal menggulingkan Barcelona. Kita bermain dengan begitu baik sehinggakan peminat Barca menggigit jari takut team kita lakukan upset besar di Nou Camp. Kita TAK mendominasi posession bola, tapi kita jelas MENDOMINASI permainan. Cuma kita tak efisien dalam menjaringkan gol. Mereka lebih bernasib baik bila dapat menjaring 2 gol dalan 3 shot pertama yang mereka bagi kat kita.

Ozil bagi aku, memang layak untuk digelar Man of the match semalam. Dia begitu licik dan kreatif dalam merencanakan gerakan Real Madrid. Aku dapat perasan yang bola banyak bergerak melalui Ozil berbanding dengan Cristiano Ronaldo dan ini lah sebenarnya apa yang aku mahukan dari dulu lagi. Ozil sepatutnya menjadi chief kat midfield sebab dengan kreativiti dan playmaking skills yang dia ada, rugi kalau RM terus menerus menjadikan CR7 sebagai titik serangan mereka. Coentrao lebih baik dari Marcelo dari segi pertahanan dan malam semalam dia membuktikan sekali lagi. All and all, walupun match semalam berakhir seri, aku sikit pun tak terasa yang team aku kalah. Sikit pun tak rasa kecewa. Aku rasa BANGGA. Bangga untuk bergelar peminat pasukan Real Madrid.

Aku dah kata banyak kali.

"Jika ada team yang boleh kalahkan Barca, Real Madrid lah kelabnya;"

dan semalam Real Madrid telah membuktikannya. Real boleh bermain dengan hebat jika mereka mahu. Apa yang lebih menakutkan, pasukan ini baru bersama selama dua tahun di bawah Mourinho. Aku tak dapat bayangkan kalau mereka seperti Barcelona, bermain bersama dalam SATU sistem yang sama di bawah pengurusan yang SAMA selama bertahun-tahun. Aku mempunyai kepercayaan penuh dalam pengurusan Mourinho.

Madridista, sama ada dari Malaysia atau seluruh dunia,
Real Madrid sedang menuju ke arah kegemilangannya kembali. Marilah kita bersama-sama menruskan sokongan padu kita kepada kelab terbaik abad 20 ini. Dengan pemain-pemain muda yang sedang dipupuk oleh Mourinho ini, kita akan menguasai pentas Eropah dalam masa terdekat.

Dan peminat-peminat Barca semua di luar sana, tengoklah gambar di bawah, dan fahamilah maksud gambar nie..hehe




HALA MADRID! HALA MADRID! HALA MADRID!!








Wednesday 25 January 2012

Andai kau pergi...

Aku taknak. Aku tak mintak. Aku tak hingin.

Tapi, jika ianya terjadi, macam mana?

 
SIAPA PALING LAYAK UNTUK GANTI JOSE MOURINHO?


Antara tiga yang di atas nie, aku prefer Joechim Loew sebab gaya permainan yang diterapkan oleh Loew sesuai dengan speed yang dimiliki oleh Real Madrid sekarang dan polisi Loew yang banyak mengembangkan bakat pemain muda ( Ozil, Schweinsteiger, Muller).

 
Yang paling aku tak nak ialah Benitez. Walaupun dia bekas jurulatih Madrid, tahu selok belok Real Madrid, seorang jurulatih yang dikatakan mempunyai jiwa Madridismo dan seorang yang tahu untuk menggunakan bakat pemain muda Castilla (youth team), aku tak rate Benitez sebagai coach yang hebat.

Aku cuma harap Perez dan board tak buat giler dengan melantik ....







Nuff said.

Sumber : link



Hala Madrid!!





Mission Impossible?

Tiada apa yang aku harapkan dalam perlawanan kali nie. Barcelona sudah berkali-kali tunjukkan yang diorang masih taknak menyerahkan takhta sebagai kelab terbaik Sepanyol kepada kita. Buat masa sekarang, aku terima hakikat yang Real Madrid sebagai kelab terbaik dunia kedua SELEPAS Barcelona. Tapi, jika ada kelab yang boleh mengalahkan Barca, Real Madridlah kelabnya.

Les Merengues datang ke Camp Nou untuk perlawanan timbal balik suku akhir Copa Del Rey 2012. Barcelona mendahului dengan agregat 2-1 so, sebenarnya agak payah untuk Real meloloskan diri ke semifinal. Mourinho tahu, players tahu dan harap-harap fans kita pun sedar hakikat nie. Inilah dia maksudnya 'misi mustahil'. Boleh, tapi amat amat amat sukar.

FORMASI

Formasi yang aku nak tengok malam ni

Harap-harap, Real Madrid akan tunjukkan aksi yang menarik dalam perlawanan nie nanti.


Rock on Madrid!!



Bye bye Mou?

Bye-bye?

Khabor angin bertiup kencang dari Sepanyol mengatakan Mou Mou mungkin akan meninggalkan Real Madrid musim panas nie. Selepas kekalahan Real kepada Barca baru-baru ni, ada beberapa sumber mengatakan kat Real Madrid berlaku krisis dalaman sampaikan nama-nama Ramos dan Casillas turut terlibat. Mereka ni dikatakan sebagai 'orang dalam' yang menyampaikan berita tentang krisis ni kepada media sehinggakan kuor crite-crite kurang enak ni.

Apa nak jadila dengan pasukan aku ni. Sebab kalah ngan Barca je, macam-macam cerita terus keluor. Kepada peminat Real Madrid yang sekapal dengan mereka yang mahu Mou keluor nie (hint;Barca fans), kita semua kena la ingat macam mana keadaan Real Madrid sebelum nie. Kucar-kacir, dengan pengurus kuar masuk, kelab tak stabil, tak lepas round 16 ECC setiap musim selama 7 tahun, takde piala dan jadi bahan lawak setiap musim. Tapi sejak Mourinho manage kelab, kita dapat tengok skit stability kat kelab kesayangan kita. Perlahan-lahan kelab kita kembali bangkit menjadi taiko Eropah. Sanggup ke kita menjadi bahan lawak kembali.

BARCA?

Ye. Bawah Mourinho, kita susah nak menang dengan Barca, tapi guess what? It is BARCA for god sake! Team mane boleh kalahkan Barca? Memang payoh. Janganlah mari kelab Menyu kata 'kami!' pasal last time aku tengok dengan City pun kena letak 6. Janganlah pula Arsenal kata 'kami!' pasal last time aku tengok kena baham 4.

Kita banyak improve bawah Mou. Sekarang, bukan saje kita pasukan digeruni di Eropah, tapi kita leading La Liga dengan 5 mata lebih atas Barcelona. So, apa lagi yang kita nak?!

Wake up, Madridista!! Let's us be together in this!



Mou is the man!! In Mourinho we trust!! Rock on Madrid!!





Tuesday 24 January 2012

La Liga Matchday 19 result!

 Real Madrid 4 - Athletic Bilbao 1



Gol jaringan CR7 (2), Marcelo dan Callejon




Malaga 1 - Barcelona 4




Gol Leo Messi (3), Alexis Sanchez


Sidenote **

Sori aku tak aktif sangat dua-tiga hari ni peeps. Laptop ada problem + sibok skit.




Halalalalalaa Madrid!!!









Sunday 22 January 2012

niger nelang!

disebalik tabir.......niger nelang......hebakkk
niger pun nelang leni..idup niger....idup ganuuuu.....idup mickdhuan......dari kiri, bakamenga bakamengo, mickdhuan, dan aish.......

Saturday 21 January 2012

Pepe oh Pepe!



Sari selepas El-Classico, masyarakat tak habis-habis lagi bercakap pasal Real Madrid VS Barcelona. Tapi kali nie, orang tak sibuk cakap pasal result, orang duk sibuk kondem Pepe.

"Pepe jahat!"

"Pepe Syaitan!"

"Pepe binatang!"


Dan aku takleh nak kata ape. Bukan takdak idea. Tapi aku tak rasa perbuatan Pepe itu patut dipertahankan. Pepe tetap akan jadi Pepe. Hari nie, kat goal.com pun ada keluarkan artikel pasal ni. Aku tak nak ulas panjang.

Accidents do happen. Moreover, accidents do happen in football. Tapi apa yang Pepe buat bukanlah satu eksiden. Ianya satu perbuatan yang sengaja.

Even pakcik tua yang bute pun boleh tengok yang Pepe tengok ke bawah dulu sebelum pijak. Aku adalah Madridista all the way tapi aku tak bersetuju dengan perbuatan Pepe. Peminat Barca sememangnya patut marah dengan perbuatan nie. Diorang nak maki hamun pun, itu hak diorang pasal memang Pepe salah sebab pijak tangan Messi. Pijak tangan satu hal, tapi pijak tangan dengan stud lagi besar. Sakit woo!! Tak cukup dengan tu, dia bagi pulak Puyol skor gol penyamaan.
 Pepe cuai masa korner, lupa nak marking Puyol menyebabkan Barca dapat gol penyamaan. Kesudahannya, pepe duk sibuk tengok bola, Puyol datang dan BOOM! 1-1.

Cuma, ada sebab lain sebenarnya kenapa puak-puak Barca ni sedang memperbesarkan sangat isu ni. Ini kerana mereka TAKUTKAN Pepe. Setiap kali Pepe di letakkan di midfield, tugas dia adalah untuk memusnahkan rentak tiki taka Barca dan dia BERJAYA melakukan peranannya dengan baik dalam match semalam. Bila Pepe main di midfield, Messi akan jadi kurang efektif dan semalam, selain dari satu 'moment of brilliance' dari Messi untuk jaringan kedua Barca, Messi sebenarnya tak menyerlah. Sebab pe? Sebab adanya dua raksaksa, Lass dan Pepe di atas padang yang akan selalu membayangi gerakan Messi dan Xavi. Oleh sebab itu, Barcelona, walaupun menang, cuba memberi tekanan kepada pihak Liga Sepanyol untuk menghukum Pepe supaya diberi hukuman. Jika Pepe didapati bersalah (memang dia bersalah pun), ada kemungkinannya Pepe akan digantung perlawanan sekaligus menjadikan tugas Barca dalam pusingan kedua nanti lebih mudah.

"Eleh, kalau Pepe dan Lass boleh sekat Messi, kenape team haprak korang boleh kalah jugak?"

Itu satu soalan yang baik sebenarnya. Mourinho guna formasi 4-3-3. Sebenarnya jika diguna dengan baik, formasi ni boleh menyekat Barca. Tapi, kesilapannya, bila Mou letak Lass dan Pepe di tengah, Real Madrid hilang daya kreativiti. Lass dan Pepe adalah destroyer. Manakala Xabi Alonso, walaupun sepatutnya bertindak sebagai playmaker malam tu, takleh melaksanakan tugas dia sebab banyak turun bertahan. Bila takde 'gam' di bahagian midfield, lawan pulak dengan pasukan yang ada 'gam uhu' kat kaki, memang kalah ler team aku tu.

Guane-guanepun, yang salah tetap salah. Yang kalah tetap kalah. Real Madrid merupakan kelab yang mempunyai sejarah sebagai kelab terbaik dunia dan aku yakin, Real Madrid mampu beraksi dengan lebih baik pada masa akan datang. Cuma sebagai peminat, aku kena bersabar dan beri masa kepada pasukan kesayangan aku tu untuk membesar.



Terimalah pantun dua kerat sebelum aku mengundur diri..


Makan mempelam sampai tercirit,
Hala Madrid!


Friday 20 January 2012

Post Mortem El Classico


9 classicos, hanya 1 kali Real Madrid berjaya menang. Dan daripada 9 perlawanan tu, 3 kemenangan Barca dicatat di gelanggang Santiago Bernebaeu. What the hell happen?

Apa masalah Real Madrid kali ni?

  • Mou sudah melakukan yang terbaik. Dia guna 4-3-3 instead of 4-2-3-1 yang dia guna dulu masa bulan Disember.

  • Lass dan Pepe di bahagian midfield memang bersifat efektif untuk hancurkan serangan lawan. Masalahnya, gabungan mat stol-mat stol tu jugak menghancurkan Real Madrid dengan hantaran-hantaran buruk dan ketidak kreatifan mereka.

  • CR skor gol. Dia jugak sudah melakukan yang terbaik. Antara pemain terbaik Real Madrid malam tu.


Tapi sebab yang paling besor adalah sebab Barca main tak aci. Diorang letak sorang pemain yang sepatutnya tak diturunkan malam tu. Memang tak aci. Barcelona memang selalu main ngelat. Memang tak adil!!





MANA ACI GUNA ALIEN MAIN BOLA!! DAMN!






Hala Madrid!! Real Madrid are better than Barca guane-guane pun!




Thursday 19 January 2012

Real 1 - Barca 2

 PERLAWANAN SUKU AKHIR PIALA DIRAJA SEPANYOL

Perlawanan pertama : Real Madrid 1 - Barcelona 2


Real kalah dengan Barca lagi. Aku nak sedih pun dah takdak mood. Nak marah pun takdak sebab. Semuanya okay. Cuma peminat Real kena belajar terima hakikat yang Barcelona lagi baik dari Real Madrid SETAKAT INI.

Mereka kontrol permainan. Mereka cipta lebih banyak shots on goal. Lagi banyak corner. So, mereka deserve ntuk menang.


Apa yang aku nak cakap cuma aku mintak maaf kepada semua Barca fans atas tindakan bodoh Pepe terhadap Messi. Bagi aku, tindakan Pepe tu menang memalukan semua peminat Real Madrid. Semoga dia dapat hukuman yang setimpal atas perbuatan dia.

Adakah tindakan Pepe memijak tangan Messi tu satu perbuatan yang tak sengaja? cube korang sendiri yang judge berdasarkan gambar yang aku vi nie..




Bagi aku, TAK!!


Guane-guane pun aku percaya Real Madrid boleh bangkit semula 2nd Leg nanti.

Hala Madrid!



Wednesday 18 January 2012

Update on Copa Del Rey El Classico!

Gambar hiasan

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro CH 811 pukul 4.55 pagi nie. Jadi, sediakan kopi jantan banyak2 deh!




Hala Madrid!! Hala Harimau Malaya!!






Kah Kah! Wenger wat giler lagi!

Petikan Daily Mail


Wenger berminat nak beli anak Van Persie?

Kah Kah Kah!! Itu je aku boleh kata kat Arsenal.

Tak habis-habis si Wenger nie. Baik berenti jadi manager dan bukak Tadika jer. Arsenal baru je kalah dengan Swansea, tapi apa Wenger nak buat? Sain budak 5 tahun! Nanti budak tu besar, Wenger tah ada tak lagi tau atas dunia nie. Lawak tul.

Kah Kah Kah Kah Kah!! Aku kesian kat peminat Arsenal macam Zarsaza tu. Memang kesian la kat mung Zarsaza.

Hala Madrid!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...