Iklan Corner

Tuesday 17 January 2012

Copa Del Rey : Real Madrid VS Barcelona



Tak sangka betul aku. Cepat ngguh aku kena tulis balik entri pasal El-Classico. Aku ingatkan lepas kekalahan 1-3 Real Madrid kepada Barca,lagi 4 bulan baru aku kena tulis balik tentang nie, tapi nak dijadikan nasib, Real Madrid diundi lagi untuk bertemu dengan seteru utama, Barcelona dalam masa terdekat nie.

Aku bukan nak bias, tapi boleh dikatakan, kedua-dua pasukan nie adalah pasukan yang paling berbahaya di dunia sekarang. Konsisten di dalam liga (walaupun Barca agak goyah musim nie), Real Madrid dan Barca memang sudah dijangka akan bertemu lagi dalam Copa Del Rey cuma tidakla pulak secepat nie. Last time mereka bertemu dalam Copa Del Rey adalah dalam final musim lepas di mana Real berjaya menundukkan Barca 1-0. Manakala bagi Barca, musim nie bukan sahaja diperkuatkan dengan kemasukan Alexis Sanchez dan Cesz Fabregas, malah, mereka baru je mengalahkan Real Madrid dalam El-Classico liga baru-baru ni. Leo Messi lok, baru je merangkul anugerah Ballon D'Or 2011 mengenepikan pencabar terdekatnya, Cristiano Ronaldo.

Aku Madridista through and through. Alway has been and always will be. Aku mempunyai kepercayaan penuh terhadap Madrid. Aku percaya yang Madrid boleh menang dengan mana-mana pasukan. Tapi, aku kena berpegang dengan realiti. Barcelona bukanla 'mana-mana pasukan'. Pasukan Barca mempunyai persefahaman yang tinggi dan selalu konsisten dengan permainan tiki taka mereka. Pasukan yang dibangunkan selama beberapa tahun melalui satu konsep yang sama. Jika ada satu perlawanan yang Real Madrid 'dibenarkan' untuk kalah, inilah perlawanannya.

CRISTIANO DENGAN PIALA PERTAMA SEBAGAI PEMAIN MADRID
Kalau ikut rekod El-Classico terbaru, memang nasib tak menyebelahi Real Madrid. Malah, ramai peminat Real Madrid tak mempunyai keyakinan yang Real Madrid bakal mengalahkan Barcelona dalam perlawanan kali nie. Bukan salah mereka, mereka nak sangat tengok Real Madrid menang tetapi, tak tau kenapa, Real Madrid selalu mempamerkan aksi buruk ketika menentang Barca. Kenapa ini boleh berlaku? Apa masalah Real Madrid sebenarnya?

Apa yang Real Madrid perlu lakukan untuk menyaingi Barca nanti?

MENTALITI

Adik aku, seorang peminat Barca, selalu menyindir aku.

"Real Madrid buleh kalahkan semua pasukan, 5-0, 6-0, tapi bila lawan Barca jer, semua kecut telor,"

Ye. Inilah masalah TERBESAR Real Madrid. Inilah hakikatnya. Real Madrid adalah pasukan yang mempunyai serangan terbaik dalam La Liga sekarang

sumber statto.com

Yang jadi tanda tanya sekarang, kenapa bila lawan Barca, Real terus jadi kaku. Mereka mempunyai kualiti yang sepatutnya boleh mencabar Barcelona, tapi bila lawan mereka adalah Barca, mereka terus jadi macam pasukan bawahan. Itulah yang dipanggil MENTALITI. Inilah yang menjadi punca utama Real Madrid begitu menderita bila melawan Barcelona. Bila melawan Barca, sesebuah pasukan mesti mempunyai mentaliti yang tinggi. I mean, bila ada mentaliti yang betul, pasukan Getafe dan Hercules pun boleh kalahkan Barca. Itulah pentingnya mentaliti. Lihat saje gerak badan pemain Real (gambar bawah) sebaik saje Barca menjaringkan gol kedua bulan lepas, nampak sangat lemah semangat.

LEMAH SEMANGAT?
Mentaliti yang lemah semasa menentang Barca menyebabkan pemain tidak dapat beraksi pada tahap sebenar sekaligus mencacatkan rentak permainan Real Madrid. Itulah sebab Real Madrid tidak dapat bermain seperti 'Real Madrid' bila tiba hari Classico. Sebab itulah Barcelona seringkali mencatatkan kemenangan bila menentang Real Madrid.









MIDFIELD/PERMAINAN TENGAH PADANG

Barca boleh dikatakan pasukan terbaik bila masuk bab posesi bola. Tiada pasukan yang boleh lawan mereka bila menguasai bola. Bagi mereka mudah sahaja, jangan bagi lawan pegang bola, mereka akan hilang taring mereka. Mereka tidak boleh mengancam Barcelona bila takleh bola. Ini amat berkesan dalam bolasepak sebenarnya. Bukan sahaja lawan mereka takleh hasilkan peluang jaringan, malah tiki taka mereka juga merendahkan moral lawan.

Mourinho menggunakan taktik 4-2-3-1 bila last time mereka bertemu. Dalam perlawanan ECC lepas, Mourinho menggunakan 4-3-3 dengan Pepe di bahagian Midfield. Tapi last time, Mourinho mahu bermain dengan lebih adventurous. Masalahnya, bila Real bermain dengan 4-2-3-1, Real Madrid akan struggle dengan pasukan yang mempunyai kualiti tinggi di midfield seperti Barca. Kenapa? Okay.

Formasi 4-2-3-1 ini berguna jika menentang pasukan bawahan liga kerana mereka tidak mempunyai kuasa ancaman seperti Barca.
















Kaw. merah menunjukkan kaw. yang terdedah


Namun, ianya tidak akan membawa sebarang faedah jika melawan pasukan yang mempunyai midfield seperti Barca. Marcelo bukanlah seorang defender yang baik dan menentang Messi merupakan satu masalah kepadanya. Tambahan pula, bukan sahaja Messi yang akan menyerang dari kiri, malah Sanchez dan diburukkan lagi dengan Dani Alves. Akhirnya, Xabi dan Lass terpaksa turun menolong dan kesudahannya, midfield Real Madrid akan kelihatan seperti nie..

Tiada pemain yang boleh link up play antara midfield dan front three. Yang depan sibuk kejar pemain lawan, yang belakang sibuk bertahan. Jadi, Real Madrid akan kehilangan fungsi midfield memudahkan lagi pemain Barca menguasai midfield. Apa yang boleh Mourinho lakukan adalah dengan memperkenalkan semula 4-3-3 menentang Barca dengan meletakkan dua holding midfield dan seorang pemain tengah sebagai link up player antara penyerang dan midfield.


BEK

Antara masalah yang Real perlu atasi juga adalah posisi bek. Dulu, posisi bek kanan adalah milik Ramos dan bek kiri ialah Marcelo. Kecederaan Carvalho memaksa Mourinho menggerakkan Ramos ke posisi bek tengah. Ramos, yang pada asalnya memang dibeli sebgai bek tengah, mula menunjukkan aksi konsisten dan mula muncul sebagai bek tengah terbaik Real pada musim ni. Masalahnya, ini menjadikan posisi bek kanan kosong. Mourinho menggunakan Coentrao sebagai bek kanan dalam El-Classico lepas. Namun, jelas, posisi itu bukanlah posisi terkuat Coentrao. Arbeloa adalah salah satu option tetapi dia bukanlah seorang pemain yang boleh memberi impak yang besar dalam perlawanan berprofile tinggi seperti El-Classico. Manakala bek kiri, Mourinho menggunakan Marcelo. Marcelo, memang diakui seorang bek penyerang yang amat baik. Tapi, Marcelo bukanlah seorang defender yang baik. Dia seringkali keluar menyerang dan kemudiannya lambat untuk kaver balik posisi LB nye. Tambahan lagi, Marcelo kena atasi Messi dan Sanchez sekaligus. Ini menjadikan posisi LB adalah posisi yang harus dijaga dengan baik.

Apa yang aku rasa Mourinho patut buat adalah, menurunkan Lass di posisi kanan dan Coentrao di posisi kiri. Coentrao lebih dependable berbanding dengan Marcelo. Dia mempunyai kebolehan menyerang yang agak sama dengan Marcelo, tetapi lebih kental bertahan di posisi kiri. Lass menunjukkan prestasi yang agak baik bila diletakkan di posisi kanan kerana dia mempunyai tackling dan energy yang agak baik. Malah, crossing Lass, walaupun tidak setanding Beckham, tapi cukup baik bagi seorang bek kanan.

PILIHAN RB dan LB



LEO MESSI


Ianya cukup mudah.Senjatanya adalah Xavi-Iniesta. Tetapi, pelurunya adalah Leo Messi. Jika kita dapat mengekang Leo Messi, Barcelona akan kehilangan taringnya. Namun, dengan kemasukan Fabregas dan Sanchez sekarang, tugas ini adalah semakin sukar kerana kedua-dua pemain baru Barcelona ini begitu mobil dan boleh bermain di beberapa posisi menjadikan Leo Messi lebih fleksibel untuk menukar-nukar posisi serangan beliau. Tugas yang besar menanti pemain Real Madrid untuk memastikan si 'genius' nie daripada menyakiti Real Madrid.

ATAU GUNAKAN SAJE PEPE!

JADIKAN OZIL SEBAGAI SENJATA UTAMA

Dalam Classico lepas, kita dapat saksikan macam hambarnya persembahan pemain utama Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan betapa kecewanya kita bila dia terus menerus cuba melakukan segalanya sendiri (Selfish).

Dalam sebuah blog Real Madrid antarabangsa (link), ada ramai peminat yang mengakui antara pemain yang berbahaya bagi Real Madrid malam tu adalah, Ozil, Benzema dan Di Maria. Aku bersetuju dengan pendapat diorang. Apa yang menjadikan Ozil dan Benzema berbahaya adalah gaya permainan mereka yang fleksibel. Mereka tidak terikat pada satu posisi. Bila boleh bola, mereka membaca dulu gerakan rakan dan seterusnya mencari ruang dengan bijak. Mereka tidak over-dribble (CR7, ehem-ehem) dan mereka boleh turun untuk mengambil bola. Ini menjadikan kombinasi mereka sukar dibaca oleh pemain lawan. Berbeza dengan CR7 yang kadang suka dribble bola jugak walaupun tau dia takkan berjaya, Ozil dan Benzema lebih gemar bermain secara simple dan bijak. Jika kita dapat menukar haluan permainan, dengan lebih banyak memberi bola kepada Ozil dan Benzema berbanding CR7, mungkin permainan kita akan menjadi lebih berbahaya untuk dibaca oleh Barcelona.


EFISIENSI/KECEKAPAN

Ini adalah perkara yang paling besar yang perlu diatasi selain daripada MENTALITI tadi. Untuk mengalahkan Barca, Real Madrid harus menggunakan segala peluang jaringan yang dihasilkan dengan sebaik-baiknya. Real tidak boleh mensia-siakan peluang di depan pintu gol seperti dalam perlawanan-perlawanan lepas. Jika ini dapat diatasi, kita mungkin dapat melihat result positif dalam perlawanan El-Classico yang akan datang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pendek kata, segalanya boleh berlaku dalam El-Classico. Mungkin sekarang ini dari segi rekod head to head, Barcelona lebih jauh meninggalkan Real Madrid, tapi tidak mustahil, Real Madrid dapat melakukan kejutan bila berlangsungnya El-Classico nanti. Bagi aku senang je. Real Madrid menang atau kalah. Real Madrid tetap juara!!

Hala Madrid!!



10 comments:

Anonymous said...

wingga not impressed madrid

chritian bakamenga bakamengo

bakara city
faroe island

Aish said...

To : ManGanu

Tak baik racist. Tapi aku musykil gok, guane nigger bleh baca aishcornerlot nie.

Anonymous said...

shit dunt blame me dis website is popular in my country i love malaysia and girls too

bakamenga bakamengo

Anonymous said...

malay girls is nice

bakamenga bakamengo

fakry said...

yeahhhhhh barca menangggg

Aish said...

To: Fakry

Yeah..Madrid pun menang baru2 nie..kahkah..

Aish said...

To: Bakamenga whatever your name is

Never ever disrespect Malay girls or I will ban you from Aish's Corner for life!

Anonymous said...

malay girl is hot,they have nice body got from her mama.


traore
rwanda city

Son Goku said...

bau hapak,x mandi ade ati nak ngorat..haha..

Son Goku said...

dengar cite CR7 unhappy kat Real,kna boo ngan fan sdri,ksian2..agak2 die balik man u dok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...