Iklan Corner

Thursday 29 December 2011

Tempat syok tengok bola di Kuala Terengganu

Seperti dalam post yang lepas ( check sini ), aku ada cakap yang aku pergi tengok bola dengan En. Zarsaza. Kalau readers nak tahu, biasanya tempat yang menjadi tumpuan peminat bola di Terengganu kalau nak tengok bola, biasanya di Mayang Village, Mydin Mall, Kuala Terengganu. Kebetulan aku masih bercuti, so aku meluangkan masa semalam untuk tengok bola di sana (Persebaya vs Kelantan). Aku sangkakan ramailah orang kat sana, tapi terkejut la jugak bila tengok tak ramai mana pun orang. Aku ngan En. Zarsaza pun lepak la ..

Tempat keramat kaki bola Terengganu

Keputusan akhir ialah 3-2, kemenangan berpihak kepada Persebaya. Aku tak maula mengulas tentang 3-2 tu pasal En. Zarsaza dah cover dah (sini woit). Apa yang aku pelik dengan gelagat beberapa penyokong di kedai makan tu.

Mereka bersorak semasa Persebaya skor gol. Really?! Sebab menda nie memelikkan dan menjelikkan aku, so aku nak repeat skali lagi. Mereka BERSORAK masa Persebaya skor gol dan mengeluh masa Kelantan skor. Aku tahu yang grup tu bukan orang Indon pasal budak-budak tu femes jugak sebagai penyokong tegar Terengganu FC dulu. Muka sorang-sorang pun femelier kat tempat tu.

Woit!! Aku tahu la yang Kelantan tu musuh ketat Terengganu tapi c'mon la guys. Kelantan lawan Persebaya tu. Kelantan tu wakil Malaysia, samada korang suka ke tak, mereka tu wakil kita semua. Aku tak faham betol la dengan jenis penyokong macam nie. Seriously, tak tahu beza ke semangat kenegerian dengan kenegaraan?

Aku harap hanya sebahagian je penyokong Terengganu yang jadi gini. Kalau tak, malu beb. Menang sorak kampung tergadai la kalau gini. Aku? Aku hanya bersorak kalau ada awek cun je yang lalu kat situ...tapi sorak dalam hati je la.




Stay safe. Peteh Teranu Peteh!



-- Mr. Aish --

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...