Iklan Corner

Tuesday 3 January 2012

Kaká masuk Islam?

بسم الله الرحمن الرحيم




Aku terpanggil untuk menulis artikel sebab aku ingin menerangkan hal sebenar tentang salah seorang pemain Real Madrid. Semasa aku keluar pergi makan tengahari dengan rakan penulis, Zarsaza, aku dapat tahu yang sekarang duk tersebar luas berita yang Kaká masuk (convert) Islam baru-baru ni semasa melawat Dubai. Malah, ada yang claim Kaká sebenarnya masuk Islam sejak tahun 2006 lagi di Kuwait. Sebab itu, aku kena menerangkan apa sebenarnya yang berlaku supaya jangan sampai semua orang keliru dengan berita ini.

Setau aku, Ricardo Kaká, masih lagi seorang penganut Kristian Katholik yang tulen dan juga, seorang yang amat taat kepada agamanya. Dalam erti kata orang kristian, beriman la. Kebanyakan peminat bolasepak yang mengikuti perkembangan Liga Itali dan Sepanyol mengetahui hakikat ini. Tetapi aku yakin, tak ramai peminat Malaysia yang tahu pasal diorang kaki 'EPL' (pfftt..please..). Sebab tu mungkin ramai yang akan percaya jika berita ini sampai ke telinga diorang.


Gambar yang mengelirukan peminat

Sebenarnya, penyebaran gambar di atas adalah punca kepada kekeliruan ini. Hakikatnya, gambar di atas diambil semasa Kaká melawat Dubai baru-baru ini atas jemputan pegawai pelancongan di sana. Jadi, dia telah dibawa untuk berjalan-jalan ke serata tempat di Dubai dan dikatakan telah singgah di salah satu masjid di sana (bukan untuk sembahyang jama' ye). Sebarang maklumat lanjut boleh di dapati di sini.

Yep..kita semua mahukan berita ini benar-benar terjadi. Tapi nampaknya bukan pada masa yang sekarang. Dia telah membuat pilihan dia dan kita telah diajar dalam Islam untuk menghormati agama-agama lain selagi mereka tidak mengganggu agama kita.



Stay safe. Kaka hebat!!






1 comment:

Anonymous said...

no no no no dis is fake news...

i hope kaka enters islam.

diabi douba diouf
nigeria town strets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...