"Kontroversi Lagi - Terengganu Salah Faham, Pemain Import Tidak Boleh Didaftar : FAM"
Kurang 24 jam selepas mengesahkan dua pemain import, Francis Doe dan
Erison Da Silva dapat didaftarkan untuk beraksi dalam saingan Liga
Malaysia, Persatuan Bolasepak Terengganu mungkin terpaksa melupakan
hajat besar mereka itu, apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan,
Dato’ Hamidin Amin menegaskan pemain yang didaftarkan selepas tarikh 8
Disember 2011 tidak layak beraksi dalam saingan liga, tanpa sebarang
KEISTIMEWAAN kepada mana-mana pasukan.
“kita kekal dengan
keputusan sama 8 Disember adalah tarikh tutup pendaftaran pemain import
bagi kesemua pasukan, pemain yang didaftarkan selepas itu adalah untuk
Piala AFC, jangan ada salah faham. Kita tiada beri kelonggaran kepada
sesiapa, kita tidak rombak mana-mana polisi pendaftaran pemain..nak
daftar jugak tunggu 2 April, kita buka balik pintu pendaftaran”, tegas
Dato’ Hamidin.
Ini nyata
bercanggah dengan kenyataan Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh yang
menegaskan pendaftaran dua pemain tersebut dibuat selepas menerima Surat
Pekeliling FAM bertarikh 23 Disember 2011 yang dihantar kepada
persatuan tersebut, yang memberi mesej jelas Terengganu masih boleh
membuat pendaftaran pemain import sehingga tarikh akhir 9 Januari 2012
“senarai pemain-pemain asing untuk didaftarkan di Liga M 2012,
hendaklah dikemukakan kepada FAM sebelum atau pada jam 12 tgh hari,
Jumaat 6 Januari bagi pasukan Kelantan, manakala bagi pasukan Terengganu
ialah sebelum atau pada jam 12 tengah hari, Isnin, 9 Januari, dengan
mematuhi peraturan dan syarat ditetapkan..tarikh tutup untuk pendaftaran
AFC adalah 6 Februari 2012”. – Antara isi kandungan surat pekeliling
yang dibacakan Dato’ Che Mat Jusoh. (untuk mendengar sendiri, boleh ke
link ini : http://www.youtube.com/watch?v=ZkYwnjkXJk4 )
Jika FAM kekal dengan keputusan untuk tidak melayan pendaftaran Francis
Doe, penyerang berasal dari Liberia dan Silva, pemain tengah kelahiran
Brazil itu, ia nyata satu tamparan hebat buat Sang Penyu yang sebelum
ini menyaksikan FAM tidak meluluskan pengambilan seorang lagi pemain
import, Tercio Nunez Machado.
Malah, ia juga pastinya hakikat
sukar diterima para penyokong Terengganu yang memasang impian besar mahu
melihat pasukan kesayangan mereka mampu untuk memberi cabaran hebat
dalam saingan domestik musim ini.
Apa yang pasti percanggahan
ini pastinya mewujudkan episod panas baru tatkala saingan Liga Super
musim baru tinggal kurang seminggu untuk membuka tirai. Kita pastinya
menantikan apakah jawapan FAM seterusnya dan apa pula reaksi PBSNT dalam
menangani perkara ini.
4 comments:
Hanif Sidek
said...
Terengganu pasukan terbaik liga super kali nie!! Yooooooohooo...
4 comments:
Terengganu pasukan terbaik liga super kali nie!! Yooooooohooo...
Hahaha..padan muka Terengganu. Jadi juara FA dulu pun nasib baik je..tak layak menang..gi balik makan kepok lekko tu
anyone who get jelousy for myy team.i said to them get lost...
terengganu is wellknown in asean and hope dis will continue..my friend play with yerengganu dis year...
nana olembe
dakato streets,
nigeria
anyone who get jelousy for myy team.i said to them get lost...
terengganu is wellknown in asean and hope dis will continue..my friend play with yerengganu dis year...
nana olembe
dakato streets,
nigeria
Post a Comment