Iklan Corner

Monday 7 November 2011

Real Madrid vs Osasuna Review..

"Messi, eat my fist!" 



Ada kelainan kali ni. Bukan pada pesen rambut Ronaldo, bukan pada tarian Marcelo, tetapi pada waktu perlawanan ni disiarkan. Biasanya aku kena berjaga lewat tengah malam kalau nak tengok pasukan feveret ku ni beraksi. Tapi atas permintaan Perez, Real Madrid kali ni start match seawal pukul 6.55 petang (waktu Malaysia). Dipercayai ini adalah taktik baru Perez untuk memasarkan jenama Real ke Asia. Selama ini di Asia, khususnya di Malaysia, peminat bola lebih didedahkan dengan EPL kerana waktu siaran EPL lebih mesra rakyat. Jadi agak biasa sekiranya peminat bola di Malaysia lebih ramai meminati team EPL berbanding La Liga.


Okay, let's go on with the match. Tidak banyak perubahan yang terjadi pada lineup berbanding dengan skuad yang diturunkan oleh Mourinho di Perancis lepas.

Starting lineup

Seperti yang diketahui, Kaka dan Benzema tidak diturunkan dalam kesebelasan utama kali ini. Kaka masih mengalami kecederaan dan Benzema diganti dengan Higuain atas sebab taktikal. Berita utama kali ini adalah penyertaan Nuri Sahin, midfielder Turkey yang dibeli oleh Real Madrid pada musim panas yang lepas. I was really excited to hear this news pasal this boy is really something. Walaupun starting line up kelihatan macam yang kat atas, sebenarnya semasa Real melancarkan serangan, formasi kelihatan lebih seperti ini :


Formasi atas padang


Apa yang aku dapat simpulkan dari perlawanan ni;



1. Ronaldo terus membuktikan bahawa dia adalah leader di atas padang. Banyak terlibat dalam gerakan menarik Real Madrid. Kali ini Cristiano bermain dengan sederhana tanpa melakukan banyak aksi sia-sia. Ada la sekali dua, tapi dimaafkan oleh sebab dia skor tiga gol.



2. Di Maria sekali lagi memberi persembahan yang mantap di bahagian midfield pasukan. Ada kalanya, aku tengok kadang-kadang dia nie dah jadi macam playmaker pasukan. Dia yang create tiga gol sebelum dikeluarkan pada separuh masa kedua sebab cedera. Tempatnya diganti dengan Benzema.



3. Finally, I got to see Sahin! Dan dari apa yang aku lihat, Sahin membuktikan yang he got what it takes to be a Real Madrid player. Lebih-lebih lagi masa dia hold tiga pemain Osasuna sebelum pass bola ke Arbeloa. He is good. But how good? Only time will tell.


4. Pepe-Ramos combo memang mantap. Harap-harap Mourinho akan terus menggunakan mereka dalam perlawanan yang akan datang.


5. Real Madrid menang 7-1. 3 gol dari CR7, Pepe, Higuain dan 2 dari Benzema menamatkan petang yang indah bagi peminat Real Madrid. Possession 71% kepada Real Madrid menunjukkan betapa selesanya penguasaan Real Madrid dalam perlawanan tu. 



Worth to note here, oleh sebab perlawanan stat awal, maka aku berpeluang untuk tengok match tu dengan saudara mara aku yang mana kebanyakannya peminat Barca.  Sedap betul aku tengok muka diorang masa tengok Real kenduri gol. Maklumla sebelum tu sekarung diorang duk kutuk Real Madrid. Tengok-tengok Real kenduri gol. Hahaha..


Akhir kata, sempena Hari Raya AidilAdha hari ni, aku ingin ucapkan selamat hari raya kat kamo soma yang baca blog aku nie. Berkorban la apa yang kamo boleh korbankan. Yang penting, Osasuna menjadi korban Real Madrid petang ni. Chao!


"I got this award without Xavi and Iniesta, could you do the same?"


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...