Iklan Corner

Wednesday 30 November 2011

Arsenal tersingkir lagi ..

Youth is no match for experience, yet again

source; guardian.co.uk


Hari ni, aku ambik keputusan untuk bangun awal. Terlalu awal sampaikan aku sempat tengok perlawanan suku akhir Piala Carling antara Arsenal dan Manchester City. Aku kurang gemor pasukan EPL nie sebenarnya. Tapi tah kenapa rajin plak aku ni bangun untuk tengok perlawanan ni. 

Arsenal seperti biasa membariskan pemain-pemain muda dan City, oleh sebab terlalu ramai pemain yang ada dalam team dia, Mancini ada kesempatan untuk menggilirkan (rotate) pemain dia.


Arsenal

Aku tengok serangan Arsenal malam nie banyak bergerak dari arah kanan. Frimphong dan Chamberlain menjadi duri kepada pertahanan Citizens. Chamberlain, merupakan pemain yang baru berusia 18 tahun. Dia banyak beri masalah kepada pasukan City dengan larian yang pantas dan mengelirukan. Aku faham jika sesetengah orang membandingkan dia dengan Walcott sebab aku tengok cara permainan dia dan Walcott lebih kurang sama. Tetapi, Chamberlain memiliki fizikal yang lebih mantap dari Walcott. So, maybe dari segi holding up ball, dia lebih baik. Seperti mana Walcott, aku rasa Arsene Wenger memang meletakkan harapan tinggi pada dia. Tengok pada kesanggupan Wenger untuk bayar €10 juta untuk dia pun kita boleh agak dah kan? Tengok pada aksi dia malam nie, maybe suatu hari nanti, dia boleh jadi budak harapan Wenger untuk mencabar pasukan-pasukan lain dalam EPL.


Chamberlain

source; Skysport


Manchester City

Meneruskan rentak kemenangan selepas melangkah ke separuh akhir dengan mengalahkan Arsenal. Gol dijaringkan oleh Sergio Aguero, menantu Diego Armando Maradona. City main biasa je bagi aku. Nasri diturunkan tapi tak memberi kesan sangat. Mancini membuat pertukaran pada separuh masa pertama dengan menggantikan Kolarov dengan Aguero. Selepas tu, barulah aku tengok serangan Man City ni mula lancar sikit. Aguero nie mobile. Dia boleh bermain dengan baik di beberapa posisi bahagian serangan. Aku peminat Real Madrid. Jadi Aguero nie, aku dah tengok dia main dari dulu dah. Masa dia di Atletico Madrid lagi. Sesetengah peminat Real Madrid gelarkan dia ni 'Barca killer' pasal dia memang selalu skor against Barca. Jadi, memang aku dah agak, Aguero memang apa yang City perlukan untuk bunuh Arsenal. Dia bukanlah target man. Dia adalah second striker yang amat efektif. Dan malam nie, dia membuktikan sekali lagi yang pemain La Liga tidak mempunyai masalah untuk bermain di EPL seperti mana yang ditunjukkan oleh Fernando Torres, Xabi Alonso dan Juan Mata ( sekadar menyebut beberapa nama).  



" Tak apo aih, pasukan eden masih mudo laie, pemain eden mudo laie. Lepas nie, eden bakal boli anak sedara makcik sebelah rumah eden yang baru masuk tadika semalam, eden pasti akan berjayo tahun depan, " ulas Wenger lepas game semalam.

3 comments:

Anonymous said...

i satisfied with the game yesterday. yes i admit we have unfirtunate time but believe me this squad is more stornger ever....-arsene wenger.

Anonymous said...

mourinho tu sbb pitis je!!!kalu dok pitis mmg to gi riyal madrdi!!!!!!!- faisal

Anonymous said...

yeah dis blog is fantasic! i surf this websitr after a game...really fulfil what i need as manager- luxermbergo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...