Iklan Corner

Saturday 5 November 2011

And I thought it would be Benzema .. Lyon vs Real Madrid review





Segala ramalan ku musnah belaka. Well, tak semua, Benzema memang diturunkan untuk perlawanan Lyon yang lepas. Then guess what? REAL MADRID KICKED LYON'S ARSE in France! Finally! Memang dah lama aku nak tengok Real menang di Stade de Gerland. Selama nie, team Real Madrid selalu bernasib malang bila bertemu dengan Lyon di stadium mereka. Aku masih ingat lagi masa Real yang dibarisi oleh pemain handalan seperti Zidane dan Figo dibelasah 3-0 di sana. Sejak daripada tu, REal Madrid seolah olah disumpah untuk kecundang di tangan Lyon. Musim pertama C. Ron, masa tu Pellegrini jadi jurulatih, pasukan Real turut menerima nasib yang sama. Bertemu Lyon di pusingan kedua, kecundang di tengah jalan, dimalukan dan diejek oleh peminat yang sentiasa dengki dengan Real. Namun, sejak Jose ' The Special One' Mourinho jadi jurulatih, Real Madrid mengalami complete make over. Well, tak la sepenuhnya, tapi at least team ini tak dipandang hina lagi. Dan team-team yang ada mula ter'shit' dalam seluar kembali bila tahu mereka akan bertemu Real Madrid.



Malangya, aku hanya stay up sampai habis first half sahaja. Mata aku terlalu mengantuk malam itu dan keesokan harinya aku kena gi sekolah untuk mendidik anak bangsa pulak. Jadi kali ini, aku tak boleh nak bagi rating aku untuk pemain-pemain Real Madrid malam tu. Berikut adalah line up yang Mourinho turunkan pada malam itu :





Dari apa yang aku tengok dalam first half, Real Madrid memang sepenuhnya mendominasi perlawanan. Mereka mencipta peluang-peluang jaringan dan pergerakan mereka juga agak lancar. Ozil juga memberi persembahan yang menarik selepas beberapa kali beraksi hambar dalam perlawanan lepas. Khedira pada pendapat aku, setakat ini adalah partner terbaik untuk Xabi Alonso. Beliau, walaupun tidak mempunyai bakat seperti Ozil dan Ronaldo, melakukan kerja - kerja kotor (dirty work) bahagian midfield dengan amat baik. Sebab itu, kita dapat tengok perbezaan yang ketara bila Khedira tidak bermain. Midfield dengan adanya Khedira lebih tersusun dan dinamik. Tidak seperti dalam perlawanan menentang Sociedad yang lepas, midfield kelihatan longgar dan tidak bertenaga.

Aku juga tak tahu kenapa, aku rasa bahagian hadapan Real lebih berbahaya dengan adanya Benzema. Beza Benzema dan Higuain, Higuain mempunyai work ethic yang lebih di mana ada sikap "sanggup mati" untuk Real. Tetapi Benzema mempunyai teknik yang jauh lagi baik daripada Higuain. Dengan adanya Benzema, bahagian serangan Real menjadi lebih fleksibel dan tidak dapat dijangka. Lassana Diarra juga menunjukkan persembahan yang baik.

Apa yang paling penting nak aku ulas dalam perlawanan ini, tentang gol ke 100 Cristiano Ronaldo. Dan apa yang lebih menakjubkan lagi, ianya adalah gol ke 100 Ronaldo daripada 105 perlawananan dengan Real Madrid. Giler ah, seriously giler. Takde apa yang aku dapat ucapkan selain daripada 'giler ah' sebab memang hebat pencapaian itu. Semasa dia di MU, aku katakan Real Madrid akan membuat kesilapan besar jika Real beli dia tetapi, rupanya aku yang membuat kesilapan yang besar bila buat ramalan yang begitu bodoh tentang dia ni. Tahniah Ronaldo! Kagum..memang kagum..

Sampai situ jer la review Aish cornet lot untuk kali ini. At last, we can say, Real Madrid have broken the curse of Stade de Gerland!!




Peteh biar rebeh!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...