Iklan Corner

Wednesday 7 December 2011

FM 2012 has arrived!!

Finally! Finally! Finally!


Aku dah dapat game yang paling aku tunggu-tunggu. Selepas setahun aku bergelumang dengan FM 2011, aku dah dapat main FM 2012! Thanks to Mohd Sapizi, my dearest buddy.






Aku tak dapat lagi review game ni sebab aku baru je stat main. Tapi dari apa yang aku baca dari kebanyakan web luar negara, ramai yang mengatakan game ini lebih baik dari game FM 2011. Yep. Macam biasa, SEGA sekali lagi membuktikan mereka konsisten dalam mengeluarkan game yang bermutu. Thanks SEGA!! I love you!!

Dari apa yang aku tengok first time, game ini for sure lebih susah untuk dicerna dari game FM 2011. Okay, game play tetap sama. Korang jadi manager, lepas tu korang bawak kelab korang untuk jadi yang terbaik dalam galaksi. Tapi apa yang aku maksudkan lebih susah adalah, userface dia atau dalam Bahasa Melayu, paparan dia. Lebih rumit dan komplikated. 

Aku paling suka teamtalk dia. Lebih banyak pilihan kali ni. Dan ada macam-macam tone yang korang boleh pilih. Ada tone agresif, tenang dan sebagainya. Satu lagi ciri-ciri yang aku suka adalah pemain boleh tukar-tukar liga yang kita nak main. Contohnya, kalau dulu korang amik liga Itali SAHAJA. Maknanya sampai mati la takkan boleh manage team dari liga lain walaupun korang lagi bagus dari Sir Alex Ferguson. Dengan ciri baru ni, korang boleh pegang mana-mana team sekalipun pada bila-bila masa. Best bro. Serius best.

Main la dulu, baru korang tau..




1 comment:

Son Goku said...

oi, aku nak installer,bagi kat mick dhuan..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...