Iklan Corner

Tuesday 1 November 2011

Kekalahan Terengganu kepada Negeri Sembilan dalam Piala Malaysia baru-baru ini disebabkan masalah dalaman?

Seperti mana semua bebeh-bebeh sekalian tahu, Terengganu baru-baru ini mengalah kat Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia. Terengganu, yang memang selalu dianaktirikan oleh media-media tempatan, mengalahkan juara bertahan Kelantan dan 'Man U' Malaysia, Selangor dalam laluan ke final. Sebaliknya, Negeri Sembilan yang dipimpin oleh Sir Azraai Khor, menyembelih anak penyu (T-Team) untuk menempah tiket ke Stadium Shah Alam( tiket mahal plak tu!).

Apa yang mengejutkan aku, tiba-tiba terdengar kisah hari ni yang Terengganu kecundang disebabkan oleh krisis dalaman yang melanda antara pihak pengurusan dan team Terengganu sendiri. Hal ini dikuatkan oleh kenyataan pengurus pasukan Terengganu sendiri, Irfan Bakti Mourinho, bahawa pasukan Terengganu mengalami kekeliruan emosi semasa menentang Negeri Sembilan. Malah, dari sumber-sumber terdekat, mengatakan gerak badan pemain Terengganu semasa final hari tu seolah-seolah baru makan kerepok lekor basi.





" Sebenaqnye, pemain Terengganu semuanya tengah bad mood hari tu, saya dapat perasan dah. Saya dah cakap main molek-molek. Tapi saya hanyalah seorang insan yang lemah," kata Irfan Bakti.










Sebenarnya, aku pun hairan dan pelik, walaupun aku tak menghabiskan duit ke stadium dua tiga hari lepas, aku dapat tengok dengan terang dan jelas perlawanan melalui siaran Astro. Aku mati idup ingat punca kekalahan kita adalah gerakan ikhlas Sharbini;






Anyway, aku tak salahkan Encik Sharbinie. Apa yang berlaku memang dah ditakdirkan. Tapi kesilapan Sharbini memang agak besar. Semuanya hanya masalah konsenterasi. Memang mana-mana golkeeper even De Gea pun boleh buat kesilapan yang sama. Sebesar-besar hukuman yang boleh diberi kat lelaki ini pun dibuang daerah. Tapi, kalau dilaksanakan, nampak sangatla orang Malaysia ni tak bijak. 

Bila difikirkan balik, betulke ada masalah dalaman dalam pasukan Terengganu? Ada yang cuba mengaitkan pengurus Pasukan Terengganu dengan kekalahan Terengganu. Ada yang claim, bahawa campur tangan pengurus yang terlalu banyak sekalligus mencacatkan rentak pasukan Terengganu. Dakwaan ini seperti nampak berasas apabila Irfan Bakti secara kontroversinya meletak jawatan daripada terus mengemudi pasukan Terengganu. Aku tak berani nak komen lebih. Tapi apa yang aku boleh kata, kalau benar apa yang dikata, memang menjadi satu masalah bagi pasukan.
Seperti mana sedia maklum, pasukan Real Madrid (pasukan feveretku) suatu masa dahulu, mengalami masalah yang sama. Campur tangan yang terlalu banyak dari pihak atasan mengganggu pembentukan pasukan yang cuba dilakukan oleh jurulatih-jurulatih terdahulu. Ini menyebabkan prestasi Real terumbang ambing sehingga memberi efek kepada Real. Sehinggalah kedatangan Jose Mourinho mengubah Real Madrid kepada 'one coach' club sperti yang diamalkan oleh kelab-kelab Inggeris. 


" Selepas Real Madrid, saya akan bertanding bagi jawatan pengurus pasukan Terengganu. Kemudian, saya akan mebida pemain-pemain seperti Juan Mata dan Fernando Torres untuk join Terengganu. Sekarang ini Yossi Benayoun sudah bersetuju untuk join Terengganu tapi kita terpaksa batalkan niat ikhlas beliau kerana beliau orang Israel," kata Perez kepada Utusan Malaysia baru-batu ini.


Persoalannya, adakah benar apa yang didakwa oleh sesetengah orang yang mengatakan Terengganu mempunyai masalah dengan pihak pengurusan? Jika benar apa yang dikata, maka apa tindakan terbaik yang boleh kita lakukan sebagai penyokong Terengganu? 

apa-apa pun

"Peteh Terengganu Peteh"



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...