Iklan Corner

Wednesday 2 November 2011

Eden Hazard; Future Madridista?!

Recently, there are reports that said Real Madrid has sent its club Director of Football, Zinedine Zidane or majestically put, "Zizou" to France to scout the club's latest transfer target, The Belgian Wizard, Eden Hazard. Eden Hazard, a 20 year old player who's now playing for a French Club called Lille. It is reported that he has already agreed a pre-contract with Real Madrid and is likely to move in  next year's winter transfer season. Who is this Eden Hazard?


Eden Hazard ni berasal dari Belgium. Kat mana Belgium tu, koreng cari la sendiri. Yang aku tahu dia bukan dari Malaysia. Kalau tak dah lama K. Rajagopal ajak dia men pasukan Malaysia. Mamat ni baru berusia 20 tahun, tetapi sudah dikira sebagai pemain harapan di Perancis dan negara dia sendiri. Hazard boleh bermain di pelbagai posisi tetapi posisi yang dikatakan paling menyerlah adalah di bahagian sayap. Beliau sering disamakan dengan CR7 dan Leo Messi sebab dia ni boleh dribble satu kampung dan lincah ketika membawa bola. Selain itu juga dia mempunyai tahap kreativiti yang tinggi dimana dia pernah memenangi pertandingan melukis masa sekolah rendah. Untuk banyak lagi info dia nie, koreng pergilah rujuk laman web http://en.wikipedia.org/wiki/Eden_Hazard.




Mari lihat apa kelebihan Hazard nie; Thanks kat orang yang letak video ni kat Youtube..






Okay, pada pandangan aku, memang aku suka banget kalau Eden Hazard masuk Real Madrid. Dia ada skill, dia boleh skor dan yang paling penting, dia boleh cipta peluang jaringan bagi pasukan kesayangan aku tuh. Memang Real perlukan orang yang boleh buat assist kerana ada sesuatu ketika dalam sesetengah perlawanan,  midfield Real Madrid buntu untuk mencipta peluang untuk menjaringkan gol. Orang seperti Eden Hazard ni, boleh menarik dua tiga orang pemain lawan sekaligus membuka ruang kepada pemain lain untuk naik ke dalam kawasan pasukan lawan. Kelebihan dribble Eden juga dapat memberi impak kepada Real apabila Real terpaksa bergerak dalam close spaces. Jadi sememangnya kita mengalu-alukan pemain seperti Hazard dalam pasukan kita ni.



Tetapi soalan sebenarnya, adakah kita memerlukan Hazard?


Itulah soalan sebenar yang kita patut tanya kepada setiap Madridistas. Kita sudah mempunyai Cristiano Ronaldo, Angel Di Maria, Callejon, Ozil dan Kaka untuk bahagian AM/W. Kita juga mempunyai pemain muda seperti Canales (on loan) dan Sarabia (buy back clause) untuk bahagian yang sama. Membeli Hazard menambahkan lagi jumlah lambakan pemain yang kita ada. Sehinggalah salah seorang pemain yang disebut diatas meninggalkan pasukan, kita tidak seharusnya membeli pemian lain dan menambahkan lagi masalah yang sedia ada.

Bagaimanapun, aku tetap mengalu-alukan kedatangan Eden Hazard sekiranya dia nak masuk Real Madrid sebab dia ni aku tengok memang cerah masa depan. Jadi menantu pun molep gok nie. Haha.


P/s: Dengar cerita dia peminat Wenger dan Arsenal. Pahtu ada jugak report kelab-kelab lain beratur nak dapatkan Eden Hazard. Antaranya Chelsea dan Manchester City. Arsenal juga turut membida tapi harga Hazard mungkin terlalu tinggi buat Wenger. Kalau nak murah-murah Wenger, mu mai amik Ashaari je la, kelas gok ape..


Peteh biar Rebeh!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...