Iklan Corner

Monday 26 December 2011

Dari Akademi Real Madrid Bah. 1

Alvaro Morata


Álvaro Borja Morata Martín

Mulai saat ini, Aishcornerlot akan mempersembahkan satu post baru yang dipanggil Dari Akademi Real Madrid. Bahagian pertama post ini, aku telah memilih striker pasukan remaja Castilla Real Madrid iaitu Alvaro Morata.

Siapakah Alvaro Morata ini?

Pemain yang bernama Álvaro Borja Morata Martín ini adalah seorang pemain remaja yang sedang menjadi sebutan di Sepanyol. Dilahirkan pada 23 Oktober 1992, Morata bermain untuk pasukan Junior Real (Juvenil A) di mana dia begitu menyerlah dengan memenangi dua gelaran remaja dan menjaringkan 34 gol. Dia kemudiannya diserap masuk dalam pasukan Castilla ( Real Madrid B) sebagai striker dan di bawah jurulatih Castilla, Alberto Toril, Morata sekali lagi menyerlah dengan menjaringkan gol demi gol untuk pasukannya.

Alvaro Morata juga dipilih untuk bermain dengan Pasukan Bawah 17 dan kemudiannya Bawah 19 Sepanyol. Dalam KejohananPiala Eropah UEFA Bawah 19 yang diadakan baru-baru ini. Beliau bukan sahaja berjaya membawa pasukan remaja Sepanyol ke tempat kedua keseluruhan, beliau juga menghabiskan kejohanan sebagai penjaring terbanyak keseluruhan.

Gaya permainan Morata banyak disamakan dengan penyerang legenda Real Madrid, Fernando Morientes. Morata pernah diturunkan untuk perlawanan senior Real Madrid dan juga turut serta dalam Jelajah Pra-Musim Real di USA lepas. Namun, Jose Mourinho, jurulatih Real Madrid mengatakan Morata masih terlalu muda untuk menjadi pemain skuad utama Real Madrid dan memerlukan masa yang lebih untuk membuktikan dirinya di Castilla. Namun, Jose Mourinho menyedari yang bakat Morata begitu besar dan mengatakan dalam 2-3 tahun lagi, Morata mungkin akan menjadi regular starter untuk Real Madrid.



Bagi aku sendiri, Morata mempunyai apa yang diperlukan oleh Real Madrid. Dia hebat di udara dan mempunyai skil hadangan bola yang baik. Jika tidak musim ini, dia harus diterapkan ke dalam skuad utama musim depan walaupun sebagai striker back up. Morata hanya memerlukan masa dan peluang untuk membuktikan diri. Tidak mustahil Morata bakal muncul sebagai pemain hebat masa depan jika dia diberi peluang oleh pengurusan Real Madrid.





Stay safe, forever blanco!!




Sumber : Totalfootballmadness






-- Mr. Aish --

1 comment:

Anonymous said...

Terbaik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...