Iklan Corner

Thursday 29 December 2011

Pick of The Day -- 29/12/ 2011



Luis Suarez Kena Ban Lagi!!

Tak habis-habis si Suarez nie. Lepas kena ban 8 games sebab komen perkauman yang dibuat kepada pemain Man United, Patrice Evra, Suarez sekali lagi diberi satu lagi ban atas isyarat tidak senonoh semasa kekalahan dengan Fulham lepas.

maksud isyarat nie ialah 'saya nak kene ban lagi cik referee'


Bukan tu je, Liverpool jugak turut didenda tambahan 20,000 pound oleh pihak FA England atas sebab kegagalan mengawal pemain.

Apa nak jadi la dengan Suarez nie. Sayang plak, permainan Suarez bagi aku best, tapi perangai atas padang lak tak best. Ai..ai..ai







Cyruff : " Real Madrid lebih berbahaya dengan Low,"

Joechim Low, the next galacticos?

Johan Cyruff mendakwa Real Madrid lebih baik jika mempunyai jurulatih seperti Joachim Low.

Joachim Low, jurulatih pasukan Jerman sekarang dikatakan salah seorang pengganti Mourinho sekiranya Mourinho meninggalkan Real Madrid akhir musim ini.

Aku bukannye kisah sangat apa yang kuar dari mulut pakcik nie sebenarnya sebab sejak Mourinho amik alih pasukan, dia adalah orang yang paling anti Mourinho. Tapi aku juga sebenarnya agak bersetuju dengan pandangan dia yang Low mungkin boleh menjadi jurulatih yang baik kepada Real Madrid.

Walaubagaimanapun, Mourinho tetap dihatiku!!




Alexandro Pato ke PSG?

Terbanglah wahai Pato, pulangla ke Real Madrid

Naib presiden AC Milan, Galliani mendakwa laporan striker mudanya, Pato ke PSG adalah khabar angin semata-mata.

Pato, yang baru-baru ni mendakwa dia dan jurulatihnya, Alliagri kurang berkomunikasi dan menyebabkan dia rasa tersisih dari skuad AC Milan. Dikhabarkan PSG bersedia untuk membayar 50 juta Euro untuk bawak Pato ke sana.

Khabar angin ni semakin berangin apabila bekas pengurus AC Milan dan Chelsea, Carlo Ancelloti dikonfemkan akan menjadi head coach baru PSG.

Pada pendapat aku, Milan bodo jika melepaskan Pato. Sekian.




Stay safe. Real Madrid lagi hebat dari Kelantan.




-- Mr. Aish --

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...