Iklan Corner

Wednesday 28 December 2011

Kesian Arsenal, kesian Chelsea ..

 
Rest In Peace


La Liga cuti 2 minggu. So, aku tak dapat menyaksikan pasukan kesayanganku beraksi. Tetapi nasib baik EPL tetap rancak berjalan. So, aku dan En. Zarsaza berpeluang untuk menyaksikan Arsenal vs Wolves di skrin besar sebuah hypermarket.

En. Zarsaza merupakan seorang Gunners. So, semestinya dia menyokong pasukannya. Aku seperti biasa menyokong mane-mane team yang menentang Arsenal. Perlawanan berkesudahan 1-1. Aku tidak mahu mengulas panjang kerana aku takde hati pun nak mengulas pasal Gunners nie. Biar En. Zarsaza je yang buat alasan, upps..ulasan untuk perlawanan hambar itu.

Cuma apa yang aku mahu katakan, seperti yang aku dah cakap sebelum ini (check sini), kebergantungan yang terlampau terhadap V. Persie akan membawa padah. Ianya terbukti apabila Persie bermain di bawah kebolehannya yang sebenar ketika menentang Wolves. Arsenal tumpul dan tidak dapat menjaringkan gol (dibantu oleh kehebatan penjaga gol Wolves). Tiada lagi Invincibles, yang tinggal hanya Invisibles.

Aku juga berpeluang melihat Chelsea. Seriously, apa yang terjadi dengan Chelsea. Sehinggakan pada satu ketika, hanya Torres yang kelihatan di kawasan pintu gol lawan. Seolah-olah pasukan Chelsea tiada lagi semangat juang untuk mengejar kejuaraan EPL musim ini. Tiada support langsung dari bahagian tengah. Dahla Torres tu flop, Lampard pula kelihatan seperti pakcik tua yang mati pucuk.

Aku bukannya anti EPL. Malah aku harap ada team dari EPL yang bakal menyekat Barcelona. Namun jika keadaan ini berterusan, Aku hanya nampak kejuaraan Champions League bakal jatuh ke tangan pasukan dari Sepanyol ataupun Itali musim ini. Sorry EPL fans. Just saying the truth.


Stay safe. Real Madrid hok nelang skali.







-- Mr. Aish --

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...