Iklan Corner

Thursday 29 December 2011

Dari Akademi Real Madrid Bah. 2

José María Callejón Bueno


José María Callejón Bueno atau nama glemernye, Jose Callejón adalah pemain muda Real Madrid yang semakin mendapat kepercayaan Jose Mourinho untuk bermain dalam pasukan utama Real. Callejón, tidak seperti Ozil dan Di Maria, yang masing-masing berumur bawah 24 tahun, adalah pemain yang dibesarkan dari Akademi Real Madrid. Dia dilahirkan pada 11 Februari 1987 dan mula masuk ke pasukan remaja Real Madrid ketika umurnya 15 tahun.

Callejón bermain di Castilla sehingga pada tahun 2007, dia menyertai Espanyol. Seperti mana-mana pemain muda Akademi dari Real Madrid, dia dijual dengan Buy Back Clause. Ini bermaksud, jika Real Madrid dibenarkan untuk membeli semula Callejón sekiranya mereka berminat.

Semasa bergelar Catalans (Espanyol)


Callejón bermain untuk Espanyol dan dia telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sehinggakan menarik minat kelab lamanya untuk mendapatkannya kembali. Akhirnya, pada awal musim 2011-2012, Jose Mourinho mengambil keputusan untuk membawa kembali Callejón ke Real Madrid.



Apa yang aku suka tentang Callejón ini adalah tentang attitude pemain ini. Dia bukanlah superstar. Malah dia hanya dibeli semula pada harga 6 juta Euro. Tapi, apabila kita bercakap tentang seorang pemain muda biasa yang dibentuk dari Akademi Real Madrid, kita dapat melihat perbezaan dari semangat juang mereka. Callejon adalah seorang pemain yang amat merendah diri, sanggup berusaha lebih untuk pasukan dan tidak mengeluh seadainya tidak diturunkan. Inilah apa yang aku mahukan daripada seorang pemain muda Real Madrid. Inilah sebab kami peminat Real Madrid mahu melihat lebih ramai pemain muda Akademi Real Madrid diberi peluang dalam kesebelasan utama.

Callejón tidak mempunyai skill seperti Di Maria, ataupun marketing power seperti CR7. Tetapi, dia adalah seorang pemain yang laju, boleh bermain dibahagian sayap dan juga boleh berfungsi sebagai penyerang. Dan sejak kembali ke Real, Callejón menunjukkan skil penyudah yang tajam, di mana dia menyumbang dua gol ketika Real Madrid menang dengan Sevilla baru-baru ini.


Apa yang aku harap selepas ini, lebih ramai pemain muda akademi Real dapat diberikan peluang untuk beraksi. Jumpa lagi dalam bahagian ketiga Dari Akademi Real Madrid ..








Stay safe. Real Madrid rock!!







-- Mr. Aish --

2 comments:

Anonymous said...

nice posting

http://suarasukan1mas.blogspot.com/

Aish said...

Thank you bro. Hijau lagi. Baru belajar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...