Iklan Corner

Thursday 29 December 2011

Kelantan terlepas peluang tunjuk kekuatan

Menjawab persoalan peminat tempatan.itulah yang mungkin berlegar di fikiran penulis kerana itulah kualiti yang sedia ada ditunjukkan oleh team yang antara pencabar utama Liga Super 2012. Jika kita mengambilkira persembahan malam tadi, dengan kualiti yang ditunjukkan ketika bertemu dengan Perserbaya itu, kita boleh membuat kesimpulan bahawa masih banyak perkara perlu dilakukanuntuk memajukan pasukan negeri.. Apabila pasukan Malaysia kalah baru2 ini, ramai peminat mahu pasukan Kelantan sahaja yang mewakili negara kerana tidak berpuas hati dengan mutu tim negara. Ramai peminat mahu melihat aksi Piya, Shakir Shari, dan lain2 menyarung jersi keramat hitam kuning itu. Mereka mempersoalkan kenapa nama2 besar2 negeri kelantan ini tidak dipanggil oleh Rajagopal.Bermacam2 cemuhan yang diterima jurulatih berpangkat Dato' itu.

Peter Butler ketika mewakili West Ham Utd
Bila kite lihat komen2 penyokong tegar negeri kelantan itu, ramai yang tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan. Mereka mendakwa Kelantan tidak bermain dengan tahap sebenar dan masih awal lagi. Ia, penulis bersetuju dengan pendapat itu, namun begitu kita lihat team dari Indonesia itu pun jugak tidaklah sehebat mana. Bagi saya sebagai pemerhati bola sepak tempatan, sangat mengharapkan Kelantan boleh menang perlawanan 'senang' itu dengan menunjukkan permainan biasa mereka seperti sebelum ini. Pemain pemain berbakat negeri seperti Piya dan juga Shakir Shari telah terlepas peluang keemasan untuk menunjukkan kehebatan mereka di pentas Asean. Memang benar piala ini  tidaklah mendapat pengiktirafan FIFA , tetapi status itu tidak boleh menidakkan betapa pentingnya perlawanan ini untuk membuktikan kepada penonton indonesia yang pasukan dari Malaysia juga tidak lemah.

Tampak keserasian belum ada bagi skuad kijang. Kalau sebelum ini (tahun2 lepas) banyak serangan2 menarik oleh pasukan Kelantan namun begitu perlawanan ini yang juga ditayangkan di TV Indoensia, gagal memuaskan ramai peminat tempatan. Peter Butler mesti mengambil langkah segera untuk menyatukan pemain import dengan pemain tempatan. Peter Butler perlu juga membuktikan bahwa dia adalah pilihan yang betul. Terengganu pernah gagal menyerlah di bawah bimbingan Ken Worden , begitu juga Kedah yang terperosok di bawah Liga sejak dipimpin jurulatih dari Brazil sebelum diambil oleh Azraai Khor yang membawa kejuaraan treble , Kelantan mestilah menidakkan persepsi yang jurulatih luar tidak serasi dengan pasukan tempatan. Dengan adanya harapan tinggi oleh jutaan peminat, Peter mesti segera mendapatkan ubat mujarab ke atas pasukan Che Siti Wan Kembang itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...