Iklan Corner

Saturday 24 December 2011

Kenapa Real Madrid kalah dengan Barca?

 
He maybe a midget, but he's a magical midget..


3 mata di depan ..

Bermain di tempat sendiri ..

15 perlawanan tanpa kalah ..

Season kedua Mourinho ..


Semua tanda-tanda ada di sana. Real Madrid masuk ke dalam padang dengan berbekalkan sokongan padu penyokong Bernabeu. Dengan corak permainan semasa yang ditunjukkan oleh Real Madrid, ramai yang berpendapat Real bakal mencatatkan kemenangan sekaligus membuktikan kitaran Barca sudah berakhir.

Masuk ke gelanggang, baru je 22 saat, Benzema sudahpun menjaringkan satu gol. 1-0 Madrid.

Tibe-tibe ...



BAMMMM!!


1-1, 1-2, 1-3!!

Aku antara jutaan peminat Real yang menyaksikan perlawanan, tergamam. How in the hell that can happen?! Madrid yang selama ini menunjukkan prestasi yang begitu baik ditundukkan oleh pasukan Barca yang tidak menurunkan 11 starters pun malam tu (Pedro dan Villa di bangku simpanan). Aku begitu marah dan tertekan. Kenapa? Kali ini semuanya di tangan kita. Tapi kita mensia-siakan peluang untuk menamatkan kitaran Barca. Kita melepaskan peluang untuk menunjukkan kepada dunia yang Real Madrid sudah kembali. 

Real Madrid sepatutnya boleh mengalahkan Barca. Kedua-duanya mempunyai kekuatan yang agak seimbang. Malah tidak ada salah rasanya untuk aku katakan, jika ada team yang boleh kalahkan Barca, Real Madrid lah pasukannya.  Malangnya, ketika Real Madrid menghadapi Barca, semuanya serba tak kena. 


Jadi soalannya kenapa? Kenapa Real tidak boleh kalahkan Barca?
Aku berpikir dan berpikir. Akhirnya, selepas tengok perlawanan sekali lagi, aku dapat berikan beberapa sebab yang aku rasa boleh menerangkan apa yang berlaku sebenarnya dalam El-Classico lepas.


1. Mentaliti

Ianya bukan nasib. Barca bermain dengan lebih baik malam itu. We lost the match. Team Real Madrid tidak mempunyai mentaliti yang betul untuk menewaskan Barcelona. Pemain-pemain sendiri turun ke padang dengan perasaan yang Barcelona adalah pasukan yang lebih baik dan mustahil untuk dikalahkan. Ini dapat disaksikan ketika Barca menjaringkan gol kedua ( Alonso meletakkan tangan atas kepala). Tidak seperti Barcelona, ketika bolos untuk kali pertama, mereka terus berjuang untuk mencari gol penyamaan. It is all about the MENTALITI. Tidak mempunyai mentaliti yang betul ketika menentang Barcelona, anda pasti tiada peluang.


2. Cristiano Ronaldo

Pemain ini yang sebelum perlawanan nie merupaka pemain yang licik dan tidak selfish, malam itu berubah kepada seseorang yang pentingkan diri. Bukan itu sahaja, banyak mensia-siakan peluang di depan pintu gol. Akibatnya seluruh pasukan menanggung kesannya. Bukan nak menyalahkan CR7 seluruhnya, tapi performance dia malam itu banyak menjejaskan performance pasukan Real Madrid.

3. Unity/ Semangat berpasukan

Barca, menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi. Nie mungkin sebab hampir 90% pemain mereka sudah bermain bersama sejak beberapa tahun lepas (kebanyakan mereka pemain akademi). Inilah yang menjadikan Barca berbahaya. Persefahaman amat penting dalam permainan bolasepak dan Barca menunjukkan persefahaman yang lebih baik daripada Real. Harus diingat, ini baru tahun kedua pemain Real dan mourinho bersama. Jika diteruskan, mungkin Real Madrid juga bakal mempamerkan semangat yang sama akan datang.

4. Leo Messi.

Truly inspiring player. What more can I say? Messi bukanlah seorang player yang mempunyai skil-skil yang lebih baik dari CR7. Malah, CR7 lebih complete dari Messi. Tapi apa yang membezakan Messi dari CR7, dia bermain untuk pasukannya. Malah, close control Messi amat mengkagumkan. Even CR7 tidak mempunyai kelebihan seperti itu. Ini dapat disaksikan pada gol penyamaan Barcelona malam itu.

5. Taktikal

Apa?!! Mourinho buat kesilapan taktikal?! Yes, fellow Madridistas. Yes. Tapi ianya bukanlah kesalahan Mourinho sepenuhnya. We are the best counter attacking team in the world at this moment. Sepatutnya kita bermain secara bertahan malam itu dan cuba menyerang mereka secara serangan balas. Ya. Ianya tidaklah menarik seperti Tiki Taka Barca tapi it is the only way to neutralize the Barca's Tiki Taka. Tengok hasilnya masa Barca menentang Inter dulu. Tetapi Mourinho mengalami tekanan yang tinggi di Madrid. Peminat Real Madrid mahu menyaksikan Real bermain seperti Barca. Tiki Taka Shit. Mourinho tidak dapat menggunakan taktik yang sepatutnya kerana ini dan Real Madrid menanggung akibatnya. Oleh itu, peminat Real sendiri sepatutnya sedar yang untuk mengatasi Barca, Real harus tunduk pada taktik asal Mourinho. Kita tidak mempunyai pemain untuk melaksanakan Tiki Taka. Pemain Barca sudah bermain bersama dalam masa yang lama. Seluruh sistem mereka diasaskan oleh Johan Cyruff. Tiki Taka is in their blood. Bila kita menggunakan taktik yang sama, kita akan DIBUNUH. Lihatlah apa yang terjadi dalam 5-0 tahun lepas.



Namun, kita tak harus berputus asa. Kita adalah kelab terbaik dunia. Skuad kita adalah skuad muda. In fact, kedua termuda seluruh Eropah. Pada suatu hari nanti (masa terdekat), Kita bakal mengalahkan pasukan Barcelona ini. Nothing can last forever. Certainly not this ageing Barcelona side.

We will rise again. Note my word!!



Stay safe. Madrid forever.







-- Mr. Aish --

6 comments:

Anonymous said...

Great article admin. Lega gak aku ada seorang peminat Blanco macam nie kat M'sia.

Anonymous said...

kenapa real kalah dengan barca? sebab barca kelab terbaik dunia!!

Aish said...

Barca kelab terbaik sekarang nie. Tapi bukan sepanjang zaman. Tengok rekod ye En. Anon

Anonymous said...

sebab ape real madrid kalah puncanye dr mourinho yg suka ckp bsar,ego tlampau..aku mluat tgk mourinho tu.itu la padahnye sembang kencang sgt.hahahaha

Aish said...

Mourinho memang dikenali sebagai mult kurang asam. Tapi bro, dengan rekod dia tu, memang tak salah dia nak cakap besar pun. Memang ketibaan dia ke Real Madrid sedikit sebanyak mencalarkan imej Real, tapi kami sebagai peminat, memang memahami, yang itu adalah sebahagian dari karekter dia. Apa pun, kekalahan Real Madrid bukanlah sebab Mourinho suka cakap besar. Kekalahan Real adalah kerana kurang persefahaman dan mentaliti yang rendah malam tu.

Yusriniesta said...

Aku ni minat Barca.

Aku bersetuju dengan semua poin2 yang ko bagi. Anyway, sama macam kau, aku jugak rasa EPL lebih sudu dari kuah. Aku harap ko teruskan usaha murni ko ni untuk menjulang la liga di Malaysia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...