Iklan Corner

Saturday 31 December 2011

Liga England overrated?

bak kata Dato Azzudin Ahmad iaitu setiausaha agung FAM , tahun 2012 adalah tahun untuk pasukan bola sepak Malaysia memperbaiki ranking dan meningkatkan prestasi . saya bukan lah berjawatan besar dalam FAM , tapi kalau betul itu sasaran FAM , sepatutnya jadual persahabatan pasukan kebangsaan sudah penuh hingga JUN .

lawan yg akan ditentang mestilah yg setaraf atau lebih
kuat . tapi perancangan FAM dalam masa 6 bulan yg sudah pasti adalah kehadiran QPR untuk perlawanan persahabatan . dato rasa,lawan QPR nanti , ranking kita boleh tak potong Vietnam ? ataupun sekurang2 nya pasukan
Malaysia akan merasai perlawanan dengan kelab2 yang diminati oleh pemegang jawatan dlm FAM . dan mereka akan tersenyum bangga apabila di
sidang media , wakil kelab2 terbabit memberi penghargaan berupa jersey yang disemai indah di dalam frim serta tertulis nama si PENERIMA . manakala si pemain perlu kuatkan mental 2 kali ganda untuk berdepan cemuhan dan makian jika melakukan kesilapan .

ke mana arah untuk mereka raikan apabila menjaringkan gol dikala kiri kanan depan dan belakang semuanya apa ? dan apakah mereka akan terus ditandatangani oleh kelab tersebut jika bermain cemerlang ? tidak sama sekali . tetapi , demi menjaga AIR MUKA FAM maka , dijemputnya pemain berbakat kita untuk menjalani latihan walaupun sudah tahu kail hanya panjang sejengkal , tapi masih berani hendak menduga lautan yg dalam . peminat disini pula tertanya berjaya atau tidak , dpat atau tidak .

Kalau FAM benar2 ikhlas untuk memberi pendedahan atau menimba ilmu . kenapa harus ENGLAND ? oh , saya terlupa , Presiden FAM melancarkan dasar pandang ke ENGLAND sebaik saja Allan Harris berjaya menghadiahkan seluruh rakyat Malaysia pingat perak sukan sea 2001 . sejak dari itu , saban tahun , perlawanan persahabatan yg sepatutnya diadakan digantikan dengan perlawanan hiburan . ada yang kata itu adalah medan mereka timba pengalaman ? itu hanya ayat FAM sejak 10 tahun dahulu . Apakah VALUE EPL tanpa pemain import ? bilakah kali terakhir ENGLAND julang piala dunia . atau saya ingin sedikit biadap untuk tnya bilakah kali terakhir ENGLAND ke separuh akhir Piala Dunia . atau ingin lebih biadap lagi saya akan tanya BILAKAH KALI PERTAMA ENGLAND JULANG KEJUARAAN EURO ????? bila ? ada tertulis sejarahnya ... ?? tetapi FA mereka angkuh kononya untuk menjaga kualiti liga tersebut . saya ingin tanya sekali lagi , apakah kualiti EPL jika hanya pemain England saja didalamnya .. ? tapi saya terlupa , FAM dan FA England pandang reputasi , bukan prestasi .

jadi mereka terus memeterai usahasama yang tidak ada faedahnya . Jepun sudah boleh bermain tap dan one touch . kerana apa ? kerana pemain mereka memilih Germany . pasukan yg sentiasa konsisten dan liga mereka kompetitif . tidak ada sekatan atau biokrasi . tapi FAM kenal siapa Germany ? sudah tentu tidak !

kerana mereka masih utuh dengan DASAR MEREKA . pemain yg ingin ke luar negara , mestilah WAJIB singgah di Kepulauan British . Apakah FAM bertidak tegas bila Safee Sali sudah ada 60% peluang untuk bermain bersama Cardiff City . Apa FAM lakukan ? Rayuan ? bertegas ? cuba menghapuskan DASAR ? tidak sama sekali . mereka duduk bersilang kaki dan hanya memanggil media dan memberi jawapan " kita akan berunding" . yang kecewa bukan saja Safee , peminat setia juga turut kecewa . dan jika begitu tindakan FAM , kenapa harus teruskan lagi negara yg penuh dgn biokrasi ? apa kurang Germany ? Belgium ? Portugal ? Australia ? mahupun Sepanyol dimana Espanyol sudahpun mengikat pemain remaja Indonesia . sekali lagi sy ulang MENGIKAT . bukan LATIHAN 2 MINGGU . jika posting sy ini akan menyebabkan peminat kelab2 EPL marah . saya tidak kisah tapi mesti berhujah kenapa mesti mempertahankan mereka ?

(saya persoalkan disini adalah tentang kewajaran kelab EPL dtg lagi ke sini dan terus menjanjikan harapan palsu , bukan tentang sokongan anda terhadap kelab pilihan masing2 . itu adalah minat . tidak salah . jgn ada yang salah faham) . saya membesar dengan rembatan Arwah Supermokh . saya begitu cinta kepada bola sepak Malaysia sejak kali pertama menjejak kaki ke Stadium Merdeka pada 1974 .

credit : Abd Rahim Khamis

1 comment:

Aish said...

Seriously, one of the top comments I've heard eeeeeveeer!!

Bro Abd Rahim Khamis, anda sentiasa dialu-alukan untuk menulis di Aishcornerlot ini!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...