Iklan Corner

Tuesday 1 November 2011

Football Manager 2011! Yeay Bebeh!!

Greatest Game In The World!!

                                                           




          For those who don’t know what the heck Football Manager is, I would like to suggest googling (google-ing) for it. Simply put, Football Manager is a football strategy based game which has swayed all football fans around the world. If you are a football fan, you must get your hand on this game because it is that DAMN good. In this game, you are going to be a manager of a club and you have all the powers of a head coach. Again, if you want to know more, just google for it because I am too lazy to write a long post about this AMAZING game because it’s freaking too much to write about this game. The latest version of this game is the Football Manager 2012 but I’m still trying to get a copy of it. 

          Apa yang nak diceritakan pada bebeh-bebeh ku sekalian, adalah sedikit sebanyak tentang FM ( singkatan bagi Football Manager) 2011 yang aku duk main sekarang. Sebenarnya, aku dah main game ni berulang kali. Tapi this time, it’s a little bit different, lain skit pasal aku main guna FMRTE. Apa dia menatang tu? Takper, nanti aku citer pasal FMRTE tu kat bebeh-bebeh sekalian.

            Sekarang nie aku tengah main Newcastle United. This is how my Newcastle looks like:


Newcastle Utd 2015-2016









Okay, where should I start?


                                                                Keeper/ Penjaga gol

Hugo Lloris

                                                                           



          Pada mulanya aku hanya menggunakan Tim Krul. Kemudiannya, aku mendapatkan khidmat Hugo LLoris dari Lyon. Masa dibawa masuk, dia ni hanya berumur 24 tahun rasanya. Lloris ni dalam dunia sebenar merupakan salah seorang penjaga gol yang cukup digeruni kerana potensinya. Dalam perlawanan Real Madrid menentang Lyon baru-baru ini, salah seorang pengulas mengatakan perlawanan tersebut melibatkan dua keeper terbaik dunia. Kenyataan ini cukup untuk menggambarkan betapa besarnya nama Lloris di mata dunia. Dalam FM 2011 nie, Lloris sudah tiga tahun berturut-turut mendapat gelaran Goalkeeper of The Year kerana kekentalannya di bahagian defense Newcastle United.



Right Back/ Bek Kanan

Mario Fernandes


          Aku beli dia ni masa dia ni masih bergelar prodigy. Dia sangat bagus dan dari apa yang aku baca dalam internet, memang pemain ini menjadi buruan kelab-kelab besar dalam dunia sebenar. Harga dia masa aku beli, dalam 8 juta Euro sahaja. 



Left Back/ Bek Kiri

Gareth Bale

          Sapa yang tak kenal dia nie? Dalam dunia sebenar, dia bermain untuk Totenham Hotspur. Dalam FM 2011 aku, aku beli pada harga 18 juta Euro. Amat hebat dalam menyerang, tetapi aku perasan dalam FM ni, kelemahan dia adalah marking orang. Tapi still, a great asset for attacking movement team aku. Indispensable. Period.



Centre Backs/ Bek Tengah


Ryan Shawcross


Johnny Evans


          Ryan adalah antara pemain terawal yang aku beli untuk pasukan aku. Aku beli dari Sunderland or Southampton, aku tak ingat dah. But I played FM 2011 before and he is immense. So, aku beli lagi sekali dalam game kali ni dan dia sekali lagi berjaya mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama aku. Johnny Evans aku beli daripada Man United. Berbaloi- baloi. Satu aspek yang aku pandang kat diorang ni sebenarnya adalah tandukan mereka. Banyak skor gol-gol penting untuk pasukan aku.




Right Winger/ Sayap Kanan

Cristiano Ronaldo

        Thanks to FMRTE, aku dapat beli pemain ini dengan harga 30 juta Euro. What else can I say about this man? Cristiano Ronaldo dalam dunia sebenar sememangnya pemain yang paling berharga dalam muka bumi ni. Di beli dengan harga 95 juta Euro oleh Madrid, beliau berjaya membuktikan beliau sememangya berbaloi dengan harga yang ditawarkan ole Real apabila menjaringkan begitu banyak 98 gol dalam 3 musim beliau dengan Real Madrid. CR7 juga turut mencipta rekod baru pinchichi dengan menjaringkan 40 gol pada musim 2010-2011. Dalam FM 2011 aku, dia seperti dalam dunia sebenar, banyak membuka peluang jaringan untuk team aku. Seriously fearsome player.



Left Winger/Sayap Kiri

Leo Messi


         Again, it's quite a mouth watering prospect to see both of these magnificent players playing together in the same team. It's quite impossible too. But again, this is FM, where dreams can really be true. Aku guna FMRTE lagi sekali untuk beli Messi dengan harga 35 juta Euro dari Barca. Walaupun aku benci dengan Barca, itu tidak memberi maksud yang aku tidak memperakui kehebatan Messi sebagai seorang pemain bola sepak. Messi bukanlah pemain terbaik dunia sepanjang zaman bagi aku, tetapi dia memang antara yang terbaik pada masa kini. 



Centre Midfielders/ Pemain Tengah


Yann Mvila

Miralem Pjanic


       Yann M'Villa adalah pemain midfield terawal aku beli untuk pasukan aku. Masa aku beli umur dia baru 20 tahun. Dalam dunia sebenar, pemain ini dikatakan diburu oleh dua kelab gergasi England, Arsenal dan Manchester United untuk menguatkan jentera midfield mereka. Selain dari M'villa, aku juga turut membeli Pjanic kira-kira dua musim aku pegang team ini. Pjanic merupakan pemain midfield muda Lyon yang boleh dikategorikan sebagai Wonderkid. Lincah, bertenaga dan pintar merupakan aspek utama Pjanic dan gabungan mereka berdua telah menjadi tulang belakang team aku untuk sekian lama.



Striker/Penyerang


Wayne Rooney

Neymar


          Seriously, not a big fan of both players. Bagi aku, Rooney is so overrated. And Neymar is a crybaby. Tapi nok wak ganne, hanya Neymar yang sudi bermain untuk kelab aku masa aku mula-mula pegang Newcastle. Rooney pulak aku beli masa dia ada masalah dengan Sir Alex. Gabungan mereka ni bolehlah tahan.Sekarang aku juga turut mempunyai Pato, tapi tah macam mane, dua orang ni terus menjadi pemain pilihan utama aku bila ada match. Pato jatuh jadi second fiddle. Tapi takpe, sebagai pengurus yang berjaya, aku pandai rotate diorang. Jadi semua happy bila main dengan team aku.



        Okay, sampai sini saje penerangan aku pasal game FM 2011 aku. Macam mana? Korang sume ada gak ke main gok ke FM? Apa formasi korang?








3 comments:

Anonymous said...

admin..FM2012 dh kuar lom?

Aish said...

FM 2012 pada asalnye SEGA kate release bulan Disember. Tapi dipercepatkan jd bulan Oktober yg lepas. Tp kalau nak didownload dr Internet, ada tu ada, tp crack xde lagi la...

Anonymous said...

argh...........versie xde ke??/arghhhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...