Iklan Corner

Sunday 25 December 2011

Real Madrid tidak perlukan Neymar!!

Next Robinho?

Neymar da Silva Santos Júnior atau lebih dikenali sebagai Neymar, adalah pemain remaja Brazil yang sedang diburu oleh kelab di serata dunia. Dia yang bermain untuk pasukan Santos (Brazil), dikatakan dikejar oleh Barcelona, Real Madrid dan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris.


Santos dikatakan telah meletakkan harja 40 juta Euro untuk Neymar dan jika ini benar, hanya dua kelab yang berkemungkinan boleh membeli beliau. Pada awal musim ini, Neymar dispekulasi akan berhijrah ke Real Madrid dan Perez dikatakan sanggup membayar sehingga 60 juta semata-mata untuk menyaksikan Neymar di Real Madrid.






Persoalannya, adakah membeli Neymar satu perbuatan yang bijak oleh Real Madrid?




Jawapan aku TIDAK. Neymar mungkin pemain yang mempunyai masa depan yang cerah dan ditambah dengan kebolehan untuk mengawal bola seperti Messi dan Ronaldo tetapi dia masih seorang budak yang hanya mempunyai POTENSI. Dia bukanlah seseorang pernah bermain di Eropah dan seperti mana yang kita tahu, Liga Brazil tidak mempunyai standard seperti La Liga dan EPL. Potensi tidak menjanjikan apa-apa. Robinho, Gago dan Cicinho adalah antara pemain yang membuktikan semua itu.


Neymar juga mempunyai attitude problem. Seringkali bertelingkah dengan pengurus, tunjuk perangai atas padang dan sebagainya. Ini mungkin sebab dia baru berumur 19 tahun tetapi jika dilihat daripada sejarah dia di Santos, Neymar mungkin akan menimbulkan masalah jika dia tidak diberikan apa yang dia mahu di Madrid.


Jika dia dibeli, bagaimana pula dengan nasib Jese dan Morata? Dua pemain bintang akademi Real Madrid yang bersinar di kejohanan bawah 19 Eropah? Kehadiran Neymar akan terus membantutkan perjalanan kareer mereka dan sekaligus kita bakal kehilangan dua permata Sepanyol yang menjadi rebutan kelab-kelab lain seperti Arsenal dan Manchester United.


Lebih-lebih lagi perbuatan Neymar yang seringkali memuji Barcelona. Bagaimana kita nak expect seseorang pemain itu memberikan 100% di atas padang jika dia senantiasa memuji pasukan musuh ketat kita? Eden Hazard contohnya, begitu beria-ria mahu bermain untuk Real Madrid sehinggakan memberi kata dua kepada pengurusnya di LILLE, untuk hanya membenarkan Real Madrid membuat bidaan kepadanya dan tidak kelab-kelab lain. Inilah jenis pemain yang sepatutnya Perez beri perhatian bukannya pemain seperti Neymar, yang tidak seperti Hazard, masih tidak membuktikan kehebatannya di Eropah.




Hazard, pemain yang diundi sebagai Pemain Terbaik Perancis 2011



Bagi aku, Neymar bukanlah seorang yang sesuai untuk dibawa ke Madrid. Walaupun beliau dikatakan begitu ajaib dengan kawalan bola, namun Real Madrid tidak memerlukan pemain seperti itu buat masa sekarang kerana kita sudah mempunyai CR7 dan Di Maria. Kita harus mencari seseorang pemain yang mempunyai visi dan playmaking skills untuk membantu pasukan, seseorang yang bermain untuk pasukannya dan tidak asyik untuk menggelecek secara berlebihan.



Setakat ini, orang itu bukanlah NEYMAR!!




Stay safe. Real Madrid forever!!














-- Mr. Aish --

1 comment:

Ganu_nelang said...

Gud article Encik Admin. Keep it up!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...