Iklan Corner

Saturday 31 December 2011

Neo Galaktikos dan Florentino Perez

Sape tau yang budak comel nie akan jadi pengurus terbaik hari ni?

Capello datang, Capello pergi...
Bernd Schuster datang, Bernd Schuster pergi .....
Juande Ramos datang, Juande Ramos pergi ...
Pellegrini datang, Pellegrini pergi...
Jose Mourinho datang, .............

Apa akan jadi seterusnya pada pengurusan Real Madrid?

Tidak dinafikan yang sejak pemencatan Vincente Del Bosque , Real Madrid dalam krisis pengurusan yang paling besar dalam sejarah kelabnya. Keadaan kelab yang kacau bilau, ketidakstabilan pasukan, serta kelahiran bintang baru ketika itu, Ronaldinho, menjadi titik tolak kepada pendominasian kelab Catalan, Barcelona sehingga ke hari ini.

Tidak dinafikan, rekod Vincente Del Bosque dengan Real Madrid amat membanggakan. 2 La Liga dan 2 Champions League, sehingga sekarang, tiada orang yang dapat mengulangi sejarah yang dilakar oleh Del Bosque. Del Bosque juga merupakan pengurus projek galaktikos versi 1.0 Real Madrid. Di bawah Del Bosque, Real Madrid bukan sahaja mendominasi liga, malah Real Madrid juga turut menjadi 'pasukan impian' semua pemain, dan 'pasukan maut' untuk semua kelab di dunia.


Kemudian, Real terjerumus ke dalam proses transformasi yang paling menyakitkan bagi peminat Real Madrid. Selepas masalah dalaman antara pihak Del Bosque dan pengurusan Real Madrid, Del Bosque meletakkan jawatan sebagai pengurus kelab dan kabus hitam mula menyelubungi kelab.


Galakticos 1.0

Prestasi kelab terumbang ambing. Pemain semakin dimakan usia dan Real Madrid mula menghampakan peminat-peminat setianya di seluruh dunia. Aku sebagai salah seorang peminat setia, amat terasa pada masa itu. Kelab kesayangan aku menjadi bahan ejekan kawan-kawan aku.

Kemasuka Ramon Calderon sebagai presiden kelab tidak banyak membantu. Malah, lebih banyak keputusan menjelikkan berlaku di Madrid. Capello contohnya, berjaya membawa gelaran liga ke Real Madrid tapi tetap di singkirkan oleh pengurusan kelab. Bernd Shuster, walaupun dikatakan membaiki permainan Real ke satu tahap yang lebih baik, tetap dibuang oleh pengurusan Calderon. Keadaan ini digunakan sebaik-baiknya oleh kelab Catalan dan juga mush tradisi Real Madrid untuk menumbangkan reputasi Real Madrid sebagai raja la liga. Jika selama ini Barca selalu menjadi nombor dua di Sepanyol, kini Barca dengan angkuhnya mendabik dada dan mengecil-ngecilkan pasukan Real Madrid.

UEFALONA, club of cheaters and divers

Kemudian, kembalinya Florentino Perez sebagai presiden Real Madrid memberi sinar baru kepada peminat-peminat Real. Walaupun pada mulanya, ramai antara peminat (termasuk aku) merasa sangsi dengan Perez, lebih-lebih lagi bila dia memulakan projek galaktikos kembali. Dan pemencatan Pellegrini hanya selepas setahun dia memegang jawatan pengurus Real Madrid tidak banyak membantu peminat untuk memadamkan ingatan buruk terhadap pengurusannya dulu.


Namun, selepas Pellegrini dipecat, Perez tidak lagi mengambil sebarang jurulatih untuk menggantikan tempatnya. Perez mengambil yang terbaik antara yang terbaik, Jose Mourinho. A proven winner, a master tactician, more and foremost, gently put, the man who kick Barca's ass out of Champions League!! Mungkinkah Perez sudah berubah?

Malah, ada lagi beberapa petanda yang menunjukkan kemungkinan Perez mungkin bukan Perez yang dulu.

1. Projek galakticos yang dimulakan olehnya bukan seperti galaktikos yang dulu. Jika dulu pemain yang diambil rata-rata sudah berumur, galaktikos baru atau lebih dikenali sebagai 'Neo Galaktikos' dibarisi oleh pemain-pemain muda. Benzema, Ozil dan Di Maria adalah beberapa contoh pemain yang dibeli oleh Perez.

Neo Galaktikos

2. Jika dilihat dari segi jenis pemain yang dibeli, pemain yang dibeli kali ini seimbang dalam semua bahagian.

Arbeloa, Coentrao, Varane, Albiol (defenders)

Sahin, Canales, Khedira, Xabi (Centre Midfielders)

Kaka, C.Ron, Di Maria, Callejon , Ozil (Attacking Midfielders)

Benzema (Striker)

Tidak seperti dulu, Perez menggunakan polisi 'Zidanes y Pavones' dimana membeli world class attacking players dan membenarkan pelatih muda akademi mengambil alih tempat dibahagian pertahanan.

3. Memberi kuasa mutlak kepada jurulatih. Ini adalah bahagian yang amat penting sekali dalam ciri-ciri pengurusan Real Madrid kali ini kerana tidak pernah sekali pun dalam sejarah la liga, seorang pengurus diberikan kuasa sebegitu besar dalam pentadbiran kelab. Jika dulu Perez dikenali sebagai seorang presiden yang suka campurtangan dalam pengurusan kelab, sekarang dia sudah menyerahkan segala-galanya kepada jurulatih.

4. Mengekalkan jurulatih walaupun tidak memenangi kejuaraan. Real Madrid merupakan kelab terbesar dunia. Ye Barca fans. Kami adalah kelab terbesar dunia. Peminat Real juga dikenali sebagai peminat yang paling demanding di dunia. Kami mahu result, tapi bukan sahaja result, kami mahu beautiful football. Result sahaja tidak akan memenuhi hati kami. (well, not me!!). Itu adalah satu sebab kenapa Capello dipecat.


Ini adalah beberapa ciri-ciri baru pengurusan di Real Madrid. Mungkin sebab Jose Mourinho, mungkin sebab Perez sendiri, tapi somehow, Real sudah berubah wajah. sekarang, Real Madrid bukan sahaja bermain di dalam satu sistem yang jelas (direct football). Malah, Real Madrid juga kembali ke satu landasan yang benar. Sekarang, apa yang diperlukan hanyalah masa. Jika diberikan masa yang secukupnya, tidak mustahil Real Madrid akan dijulang semula sebagai kelab terbaik dunia.



Stay safe. Real Madrid beraja di hati.





-- Mr. Aish --

2 comments:

Anonymous said...

real madrid masih di belakang barca yekk

Aish said...

boleh tak clarify maksud cik anon tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...