Iklan Corner

Friday 30 December 2011

epl vs la liga?

Fight! Fight! Fight!

" La Liga adalah liga terbaik dunia," kata Cristiano Ronaldo.(sini)

Sejurus sahaja keluar perkataan tu dari mulut CR7, maka bertempiklah seluruh peminat EPL di Asia dan dunia.

Seperti mana yang sume tahu, kebanyakan peminat bola Asia amnya, dan Malaysia khususnya, lebih menggemari Liga Perdana Inggeris daripada liga-liga lain di dunia. Tanyalah rakan rakan anda yang minat bola, tanyalah pasukan mana yang jadi pilihan dia, aku percaya hampir 80 % daripada rakan anda akan menjawab 'Man U, Man City, Liverpool, Arsenal, Tottenham atau QPR.'

Tanyalah pula dia plak boleh tak namakan 5 pasukan yang bertanding dalam La Liga, tengok boleh tak mereka jawab?

Spain; World Cup 2010 and Euro 2008 winners


Begitulah kuatnye pengaruh EPL dalam kehidupan kita. Kenapa ini boleh berlaku sebenarnya? Adakah betul seperti yang didakwa yang Liga Perdana Inggeris lagi hebat dari La Liga Sepanyol? Mari kita lihat apa yang berlaku sebenarnya. Kenapa ada antara kita yang tersalah anggap sebagai EPL lebih hebat dari La Liga?


Kuasa Media

Kuasa media sebenarnya memainkan peranan yang amat besar dalam fenomena ini.Perlawanan EPL lebih banyak disaksikan oleh peminat di Asia kerana waktu tayangannya jatuh pada waktu perdana di mana ramai orang di Asia boleh menyaksikan perlawanan lebih awal. Tidak seperti perlawanan La Liga, perlawanan EPL diekjas waktunya untuk menyesuaikan perlawanan dengan waktu tontonan di Asia. La Liga pula kebanyakkannya bermain pada awal pagi (2-3 pagi) sekaligus membataskan penonton-penonton di Asia untuk megikuti siarannya. Oleh sebab ini, tidak ramai yang dapat mengikuti perkembangan kumpulan-kumpulan La Liga kerana siaran yang terlalu lewat. Oleh sebab itu, Real Madrid mengambil keputusan untuk membuat eksperimen dengan mengadakan perlawanan awal ketika menentang Osasuna beberapa bulan yang lepas dan hasilnya di China sahaja, dilaporkan seramai 120 juta orang menyaksikan perlawanan tersebut. (sini).


Senarai pemenang Ballon D'Or 2005 -2009

** senarai di atas menunjukkan hanya 5 sahaja pemain yang pernah masuk list Ballon D'Or bermain Di England dan hanya satu daripadanya pemain England. Haha..

Kenapa aku rasa La Liga lebih baik dari EPL?

Pasukan

ramai yang mengatakan, La Liga ialah two horse race. It's either Barca or Real Madrid. So jawapan aku kepada mereka adalah; sejak 7 tahun yang lepas, hanya Man Utd atau Chelsea je yang menang EPL. Tak sama ke tu? Bukan saja tu, Barca (yuks!!!) baru je kalahkan juara EPL, Menyu tahun lepas. Terus Menyu tak layak main second round tahun nie.

Players point 1

most of the world best players play in La Liga. Nuff said.

Players point 2

Liga mana yang lagi mencabar? EPL?
Okay sebutkan mana-mana pemain EPL yang berjaya kat La Liga? Lebih-lebih lagi pemain England..emm.. I thought so.
Sebaliknya pemain-pemain dari liga Sepanyol yang pergi ke EPL terus menyerlah di sana. Silva, Yaya Toure, Aguero, Torres (Liverpool), Xabi Alonso dan ramai lagi..lenguh nak taip.

Liga Juara Eropah

Pasukan mana yang lebih banyak memenangi kejuaraan Eropah? EPL teams? (urghh..)



Tu antara point yang aku dapat fikirkan buat masa sekarang. Tapi, aku juga bersetuju dengan pendapat yang mengatakan EPL lebih laju permainannya berbanding La Liga.


Tujuan artikel ni ditulis bukan untuk mencari musuh. Ianya ditulis sebagai renungan bersama. Jika ada yang ingin memberikan pandangan masing-masing tentang EPL vs La Liga, bolehla tinggalkan komen anda di bawah.



Stay safe. Real Madrid shall rise again!!




-- Mr. Aish --

6 comments:

Anonymous said...

Plz!asenwingga is da best u kanot imajine it.acenal also win trofy.

Samuel ensthun

samoa island

Anonymous said...

Plz!asenwingga is da best u kanot imajine it.acenal also win trofy.

Samuel ensthun

samoa island

Anonymous said...

Madrid oly haf maniey.madrid i don like.

My hart nly asena.

Abdul salami tunde
Baraka city

Anonymous said...

Aku suke madrid.tah mengapa.hala maride!

Aish said...

Seriusly, aku x faham macam mana org samoa ngan barka island boleh baca bahasa Melayu..

Anonymous said...

saya harap msia leh belaja dgn spain!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...