Iklan Corner

Saturday 24 December 2011

Ada apa dengan El Classico?

Bahana El Classico

EL CLASSICO!!

EL CLASSICO!!

EL CLASSICO!!



Kenapa aku taip 3 kali benda nie?

Sebab tulis sekali je tak akan dapat memberi gambaran sebenar betapa besarnya perlawanan antara dua musuh tradisi Sepanyol nie. REAL MADRID vs BARCELONA. Real Madrid dan Barcelona mempunyai sejarah yang panjang dalam arena bolasepak. Kedua-duanya kelab besar, kedua-duanya antara kelab yang paling berjaya di Eropah dan kedua-duanya dibarisi oleh bintang-bintang handalan dunia. Jika Real gah dengan pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo, Barcelona pula ditunjangi oleh pemain terhebat di dunia, Leonel Messi.

Jika dekad yang lepas La Liga dikuasai oleh Los Galacticos 1.0 ( Raul - Zidane -R9 - Figo), dekad ini dikuasai oleh Tiki Taka (Xavi - Iniesta - Messi). Begitulah hebatnya persaingan kedua dua kelab ini. Apa yang menjadi masalahnya, adalah persaingan mereka semakin menjadi serius dan out of control 2-3 tahun ini. Mungkin dengan faktor kemasukan CR7 yang dikatakan pencabar terdekat Messi atau kemasukan Mourinho sekaligus menukar imej kelab Real kepada kelab yang agresif. Mungkin juga gabungan kedua-dua faktor tersebut.


Cuma apa yang pasti, persaingan kedua-kedua kelab ini terus mencatatkan kontroversi dan perdebatan antara penyokong Real Madrid dan Barcelona.



MASIHKAH KAU INGAT?

 
El Pasillo 2007/2008

Kadang-kadang aku meluat jugak dengan peminat Barca yang terlalu fanatik dengan Barcelona. Bagi aku, mereka ni macam budak-budak yang baru je minat bola. Seolah-seolah mereka tak tahu yang sejarah La Liga. Sebelum zaman Messi dan CR7, kita ada zaman Xavi and Zidane. Dan siapa yang mendominasi masa tu? It is just a phase guys. Dulu, it's Real Madrid > Barcelona, dan sekarang Barca > Real. Tidak mustahil ianya akan berubah. Apa yang aku mintak adalah, peminat barcelona kembali kepada realiti. Apa dia realitinye?

1. Tiki Taka is the way to play beautiful football but it's not the ONLY way football should be played.

2.Your team is no god of football and they are bound to lose someday. 


Okay, tu jer yang aku boleh kata sekarang. Sekian..



Stay safe!!


HALA MADRID!!








-- Mr. Aish --

2 comments:

Anonymous said...

Terima je la kenyataan yang team ngko dah nak mampus!! Hahaha!!

Visca Barca!!

Aish said...

Haha..Inilah salah satu 'perangai' peminat Barcelona yang aku maksudkan dalam post di atas.. Tahniah kerana berjaya buktikan teori aku!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...