Iklan Corner

Wednesday, 28 December 2011

Persebaya Vs Kelantan






Pertembungan antara kelab terhebat Liga Malaysia, Kelantan menentang kelab terhebat Indonesia, Persebaya. Perlawanan diadakan di stadium Bung Karno pada pukul 9 malam. Tetapi siaran langsung di Astro Arena ( CH 801) bermula seawal pukul 8 malam.

Mari kita ramai-ramai menyorak untuk pasukan negara kita. Mari kita sekali lagi membuktikan Malaysia boleh mengulangi kejayaan Sukan SEA baru-baru ni!

Aku support Matyo!! Idup Matyo!!





Stay safe. Hala Madrid! Malaysia boleh!





-- Mr. Aish --

Kesian Arsenal, kesian Chelsea ..

 
Rest In Peace


La Liga cuti 2 minggu. So, aku tak dapat menyaksikan pasukan kesayanganku beraksi. Tetapi nasib baik EPL tetap rancak berjalan. So, aku dan En. Zarsaza berpeluang untuk menyaksikan Arsenal vs Wolves di skrin besar sebuah hypermarket.

En. Zarsaza merupakan seorang Gunners. So, semestinya dia menyokong pasukannya. Aku seperti biasa menyokong mane-mane team yang menentang Arsenal. Perlawanan berkesudahan 1-1. Aku tidak mahu mengulas panjang kerana aku takde hati pun nak mengulas pasal Gunners nie. Biar En. Zarsaza je yang buat alasan, upps..ulasan untuk perlawanan hambar itu.

Cuma apa yang aku mahu katakan, seperti yang aku dah cakap sebelum ini (check sini), kebergantungan yang terlampau terhadap V. Persie akan membawa padah. Ianya terbukti apabila Persie bermain di bawah kebolehannya yang sebenar ketika menentang Wolves. Arsenal tumpul dan tidak dapat menjaringkan gol (dibantu oleh kehebatan penjaga gol Wolves). Tiada lagi Invincibles, yang tinggal hanya Invisibles.

Aku juga berpeluang melihat Chelsea. Seriously, apa yang terjadi dengan Chelsea. Sehinggakan pada satu ketika, hanya Torres yang kelihatan di kawasan pintu gol lawan. Seolah-olah pasukan Chelsea tiada lagi semangat juang untuk mengejar kejuaraan EPL musim ini. Tiada support langsung dari bahagian tengah. Dahla Torres tu flop, Lampard pula kelihatan seperti pakcik tua yang mati pucuk.

Aku bukannya anti EPL. Malah aku harap ada team dari EPL yang bakal menyekat Barcelona. Namun jika keadaan ini berterusan, Aku hanya nampak kejuaraan Champions League bakal jatuh ke tangan pasukan dari Sepanyol ataupun Itali musim ini. Sorry EPL fans. Just saying the truth.


Stay safe. Real Madrid hok nelang skali.







-- Mr. Aish --

Tuesday, 27 December 2011

Liverpool dan Chelsea Sengaja Lepas Peluang

Sudah jatuh ditimpa tangga!Itulah yang terjadi kepada dua pasukan yang boleh dikira faveret dalam Liga Perdana Inggeris. Mana tidaknya semalam kedua2 pasukan berkenaan, tercicir mata lagi. Ini membolehkan peluang Arsenal memintas Chelsea dan Liverpool terbentang luas. Arsenal yang pada mulanya dilihat bakal tercicir liga juara Eropah musim depan tampak semakin bersemangat menungut 3 mata lagi yang berharga pukul 11 malam ini.

Andre Villa Boas telah menyerahkan bendera putih pabila menegatakan peluang untuk bersaing dengan Man U dan Man City tampak semakin tipis. Ini di susuli dengan berita dari owner Chelsea yang bersedia mengeluarkan wang sebanyak RM opssss 150 000 000 pound sterling untuk membeli pemain baru chelsea.
Imbas kembali.....saat2 manis yang merupakan kejuaraan terakhir liverpol pada tahun 1990 sebelum di rampas oleh skuad Alex Ferguson.


Buat Liverpool kemerosotan prestasi membuatkan manajernya pening kepala lagi. Walaupun  ramai pemain bintang yang di bawa masuk di awal musim namun gagal juga menghasilkan  mata bertemu pasukan sederhana liga EPL.  Bertemu Blackburn di gelanggang sendiri sepatutnya harus di lumati dengan 3 mata, tapi apakan daya kelemahan jentera serangan Liverpool menggagalkan misi penting ini.

Terengganu ganyang Perlis

terengganu malam tadi menunjukkan kepada perlis bgaimana ingin mencari rentak di permulaan musim apabila menunjukkan permainan berkualiti dan menarik dengan membelasah Perlis 6-0. dengan adanya masalah di pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) brkenaan pemain import, tak menghalang pemain-pemain terengganu menunjukkan belangnya sebagai status elit di negara ini.

franky doe, penyerang  import terengganu


                 Francis franky doe, itulah nama pemain import ganu yang baru ni.berasal dari liberia, mempunya ketinggian 1.73 m, telah menyyumbat 3 gol malam tadi.ashaari samsuddin menjawab mengapa dia perlu berada dalam pasukan kebangsaan dengan 2 gol dan gol ke -6 adalah dari joseph kalang tie dengan shot 25 meter. dengan ini tidak ragu-ragu lagi terengganu tampak bersedia menuju ke persaingan liga super yang akan membuka tirai tak lama lagi.

Beliau bakal menggantikan Tercio Nunes yg tidak dapat didftarkan oleh pasukan Terengganu berikutan ada masalah dari segi kelayakan yg ditetapkan oleh FAM...

Bakal menyertai Terengganu untuk Piala AFC namun xdapat bermain utk Liga Super sehingga pendftaran pemain import dibuka semula pada bulan April oleh FAM. dengan adanya pemain-pemain harimau muda seperti azmi muslim, shukor jsoh dan muslim ahmad, tidak hairanlah Red Wariior bimbang akan tim ini. ini komen Annuar Musa berkenaan tim ganu nelang.

"Musim 2012 team terkuat ADALAH Trengganu...selain mengekalkan semua Pemain yg menjuarai FA CUP DAN NAIB JUARA LIGA & PIALA MSIA MEREKA MENDAPAT KEMBALI ANAK NEGERI DARI HARIMAU MUDA SPT SYUKUR JUSOH DAN MUSLIM AHMAD...cuma keupayaan coach baru Belum teruji..Tganu punya best defense dan best midfield...TRW MESTI BERTEKAD ATASI MEREKA.. " hahahahahaha ganu nelang

Messi+C. Ronaldo = 1/2 Zidane...

Kali nie, Aishcornerlot nak menyahut seruan kerajaan supaya rakyat Malaysia celik Matematik.

So, formula yang Professor Aish nak bagi kali nie adalah :

Messi+C. Ronaldo = 1/2 Zidane ..


Tak percaya dengan formula nie?

Enjoy!!


Monday, 26 December 2011

Flop of the Year 2011!!

Tahun 2011 hampir berakhir. Tahun 2012 bakal menjelma. Tak lama lagi bakal diumumkan siapa pemain terbaik dunia 2011. Jangkaan aku Leo Messi dan diikuti dengan Cristiano Ronaldo. Tetapi, Aishcornerlot mengambil satu langkah ke depan dengan mengumumkan Dua lagi anugerah baru tahun ini iaitu Anugerah Football Flop Player of 2011 dan Football Flop Team of The Year 2011.


Dan ianya dimenangi oleh ... **drumroll**


Fernando 'Simpsons' Torres


Football Team Flop of The Year 2011 jatuh kepada **drumroll**



Manchester 'Potato' United


Okay..Jangan marah ye. Bukan Aishcorner yang memilih pemenang-pemenang nie. Pundit kami dari London, Mr. John Robertson yang menjadi jurinya. Kata Mr. John, Torres memang layak pun dapat anugerah individu tu dan Menyu pulak, Mr. John cakap, kegagalan Menyu ke 2nd round ECC menjadi sebab team mereka dipilih sebagai team flop of the year.

Jadi, kalau tak puas hati, marah Mr. John Robertson yer..





Stay safe. Real Madrid dihatiku..






-- Mr. Aish --
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...