Iklan Corner

Monday, 26 December 2011

Siapa yang bakal ke Arsenal Januari ini?




Good old time, eh?

Hi ...oleh sebab En. Zarsaza sikit sibuk untuk membuat post terbaru tentang Arsenal kesayangan beliau, so aku dengan hensemnya mencelah sekejap dan membawakan berita terbaru dari EPL. La Liga still di hati tapi sebab kawan aku tu masih berbulan madu, jadi aku take over sekejap.

Tak lama lagi, tingkap perpindahan musim sejuk EPL akan dibuka kembali dan semua kelab EPL (pfft.!!) akan berlumba-lumba untuk membeli pemain baru. Ada yang mengatakan Mesut Ozil akan ke Liverpool, which is totally bull. Ada kelab yang mengatakan hanya menjadi pemerhati (Menyu). Elokla tu Ferguson. Tak perlu la kau sebuk sangat. Bukannye kelab kau boleh main dalam Champions League pun. So, apa kata kita cakap tentang kelab yang boleh main dalam Champions League musim ini. Arsenal.

Chamakh out, Rodallega In?

Urghhh...


Arsene Wenger mengatakan Chamakh mungkin akan dijual musim ini. Cuma tidak pasti sama ada musim sejuk ataupun pada akhir musim ini. Chamakh yang dibeli dari Bordeaux, menunjukkan prestasi yang suam-suam kuku di Arsenal dan Arsene Wenger sudah mula menunjukkan aksi fedap dengan striker Morroco ini.
Tempat beliau mungkin diganti dengan pemain Wigan, Hugo Rodallega. 

Aku rasa rumor ini memang ada betulnye jugak kerana jika dilihat dari sejarah Wenger, Wenger memang gemar pemain-pemain berkulit hitam. Hugo Rodallega mungkin satu pembelian yang berbaloi oleh Wenger kerana Hugo mempunyai fizikal yang besar dan beliau agak laju. Di samping itu, prestasi Hugo bersama pasukan Wigan juga agak memberangsangkan menjadikan dia salah seorang striker yang digeruni di EPL. Cuma masalah dia, adakah Hugo boleh bermain dibawah sistem Arsene Wenger? Itu satu benda yang kita kena tunggu.





Thierry Henry?

ROBIN Van Persie?
Jika dilihat persembahan Arsenal sekarang, memang tidak boleh dinafikan yang mereka banyak bergantung kepada Talisman mereka, Robin Van Persie. Sejak ketiadaan Fabolous Fab dan Samir Nasri, tiada lagi pemain yang dapat memimpin Arsenal untuk kembali ke puncak. Nasib baik Persie on form pada masa yang betul. Tetapi, kebergantungan yang terlalu banyak ke atas Van Persie bakal menyusahkan Wenger suatu hari nanti. So, surprise surprise, nama Thierry Henry kembali menjadi siulan The Gunners.

Thierry Henry, yang sedang bermain untuk pasukan New York Red Bulls, mungkin pilihan yang baik tetapi harus diingat, Henry sudah berusia 34 tahun. Jika dia dibawa masuk sekalipun, aku rasa itu hanyalah jalan penyelesaian sementara Wenger.

Yummy Thierry


Eden Hazard dan Mario Gotze?


Eden Hazard adalah pemain yang diura-urakan untuk menyertai Arsenal dari awal musim ini. Lille meletakkan harga 30 juta Euro ke atas Pemain Terbaik Perancis 2011 ini dan mengenali Wenger, beliau jarang sangat beli pemain yang berharga 15 juta ke atas. Di tambah lagi, kenyataan Hazard sendiri yang dia tidak berminat untuk pergi ke kelab lain selain Real Madrid mungkin membantutkan minat Arsenal ke atas dirinya.

Hazard oh Hazard

Seorang lagi pemain yang dikaitkan dengan Arsenal adal;ah pemain muda German, Mario Gotze. Beliau yang bermain sebagai penyerang/midfield dikatakan seorang pemain yang mempunyai visi dan playmaking skills yang menakjubkan. Malah, kemasukannya ke dalam team German telah menutup ruang untuk pemain veteran, Michael Ballack untuk beraksi kembali di pentas antarabangsa.

Mario Gotze



Kalau kita tengok situasi sekarang, sebaiknya Arsenal membawa masuk seorang lagi penyerang baru ke dalam skuad utama mereka. Namun, polisi Wenger yang tidak suka berbelanja besar mungkin bakal menyaksikan pemain seperti Gotze dan Hazard tidak akan dibawa masuk.

Nasihat aku kepada Arsene Wenger, beli la ...FAKHRI SHAARANI!! murah, berkualiti dan dijamin halal!!

Pemain Terbaik Dunia 2012,2013,2014 dan sampai kiamat.



Sumber : tribalfootball.com
              dailyfootballnews.org





Stay safe, Real Madrid guane-guane pun!!






-- Mr.Aish --

Dari Akademi Real Madrid Bah. 1

Alvaro Morata


Álvaro Borja Morata Martín

Mulai saat ini, Aishcornerlot akan mempersembahkan satu post baru yang dipanggil Dari Akademi Real Madrid. Bahagian pertama post ini, aku telah memilih striker pasukan remaja Castilla Real Madrid iaitu Alvaro Morata.

Siapakah Alvaro Morata ini?

Pemain yang bernama Álvaro Borja Morata Martín ini adalah seorang pemain remaja yang sedang menjadi sebutan di Sepanyol. Dilahirkan pada 23 Oktober 1992, Morata bermain untuk pasukan Junior Real (Juvenil A) di mana dia begitu menyerlah dengan memenangi dua gelaran remaja dan menjaringkan 34 gol. Dia kemudiannya diserap masuk dalam pasukan Castilla ( Real Madrid B) sebagai striker dan di bawah jurulatih Castilla, Alberto Toril, Morata sekali lagi menyerlah dengan menjaringkan gol demi gol untuk pasukannya.

Alvaro Morata juga dipilih untuk bermain dengan Pasukan Bawah 17 dan kemudiannya Bawah 19 Sepanyol. Dalam KejohananPiala Eropah UEFA Bawah 19 yang diadakan baru-baru ini. Beliau bukan sahaja berjaya membawa pasukan remaja Sepanyol ke tempat kedua keseluruhan, beliau juga menghabiskan kejohanan sebagai penjaring terbanyak keseluruhan.

Gaya permainan Morata banyak disamakan dengan penyerang legenda Real Madrid, Fernando Morientes. Morata pernah diturunkan untuk perlawanan senior Real Madrid dan juga turut serta dalam Jelajah Pra-Musim Real di USA lepas. Namun, Jose Mourinho, jurulatih Real Madrid mengatakan Morata masih terlalu muda untuk menjadi pemain skuad utama Real Madrid dan memerlukan masa yang lebih untuk membuktikan dirinya di Castilla. Namun, Jose Mourinho menyedari yang bakat Morata begitu besar dan mengatakan dalam 2-3 tahun lagi, Morata mungkin akan menjadi regular starter untuk Real Madrid.



Bagi aku sendiri, Morata mempunyai apa yang diperlukan oleh Real Madrid. Dia hebat di udara dan mempunyai skil hadangan bola yang baik. Jika tidak musim ini, dia harus diterapkan ke dalam skuad utama musim depan walaupun sebagai striker back up. Morata hanya memerlukan masa dan peluang untuk membuktikan diri. Tidak mustahil Morata bakal muncul sebagai pemain hebat masa depan jika dia diberi peluang oleh pengurusan Real Madrid.





Stay safe, forever blanco!!




Sumber : Totalfootballmadness






-- Mr. Aish --

Sunday, 25 December 2011

Real Madrid tidak perlukan Neymar!!

Next Robinho?

Neymar da Silva Santos Júnior atau lebih dikenali sebagai Neymar, adalah pemain remaja Brazil yang sedang diburu oleh kelab di serata dunia. Dia yang bermain untuk pasukan Santos (Brazil), dikatakan dikejar oleh Barcelona, Real Madrid dan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris.


Santos dikatakan telah meletakkan harja 40 juta Euro untuk Neymar dan jika ini benar, hanya dua kelab yang berkemungkinan boleh membeli beliau. Pada awal musim ini, Neymar dispekulasi akan berhijrah ke Real Madrid dan Perez dikatakan sanggup membayar sehingga 60 juta semata-mata untuk menyaksikan Neymar di Real Madrid.






Persoalannya, adakah membeli Neymar satu perbuatan yang bijak oleh Real Madrid?




Jawapan aku TIDAK. Neymar mungkin pemain yang mempunyai masa depan yang cerah dan ditambah dengan kebolehan untuk mengawal bola seperti Messi dan Ronaldo tetapi dia masih seorang budak yang hanya mempunyai POTENSI. Dia bukanlah seseorang pernah bermain di Eropah dan seperti mana yang kita tahu, Liga Brazil tidak mempunyai standard seperti La Liga dan EPL. Potensi tidak menjanjikan apa-apa. Robinho, Gago dan Cicinho adalah antara pemain yang membuktikan semua itu.


Neymar juga mempunyai attitude problem. Seringkali bertelingkah dengan pengurus, tunjuk perangai atas padang dan sebagainya. Ini mungkin sebab dia baru berumur 19 tahun tetapi jika dilihat daripada sejarah dia di Santos, Neymar mungkin akan menimbulkan masalah jika dia tidak diberikan apa yang dia mahu di Madrid.


Jika dia dibeli, bagaimana pula dengan nasib Jese dan Morata? Dua pemain bintang akademi Real Madrid yang bersinar di kejohanan bawah 19 Eropah? Kehadiran Neymar akan terus membantutkan perjalanan kareer mereka dan sekaligus kita bakal kehilangan dua permata Sepanyol yang menjadi rebutan kelab-kelab lain seperti Arsenal dan Manchester United.


Lebih-lebih lagi perbuatan Neymar yang seringkali memuji Barcelona. Bagaimana kita nak expect seseorang pemain itu memberikan 100% di atas padang jika dia senantiasa memuji pasukan musuh ketat kita? Eden Hazard contohnya, begitu beria-ria mahu bermain untuk Real Madrid sehinggakan memberi kata dua kepada pengurusnya di LILLE, untuk hanya membenarkan Real Madrid membuat bidaan kepadanya dan tidak kelab-kelab lain. Inilah jenis pemain yang sepatutnya Perez beri perhatian bukannya pemain seperti Neymar, yang tidak seperti Hazard, masih tidak membuktikan kehebatannya di Eropah.




Hazard, pemain yang diundi sebagai Pemain Terbaik Perancis 2011



Bagi aku, Neymar bukanlah seorang yang sesuai untuk dibawa ke Madrid. Walaupun beliau dikatakan begitu ajaib dengan kawalan bola, namun Real Madrid tidak memerlukan pemain seperti itu buat masa sekarang kerana kita sudah mempunyai CR7 dan Di Maria. Kita harus mencari seseorang pemain yang mempunyai visi dan playmaking skills untuk membantu pasukan, seseorang yang bermain untuk pasukannya dan tidak asyik untuk menggelecek secara berlebihan.



Setakat ini, orang itu bukanlah NEYMAR!!




Stay safe. Real Madrid forever!!














-- Mr. Aish --

Saturday, 24 December 2011

Kenapa Real Madrid kalah dengan Barca?

 
He maybe a midget, but he's a magical midget..


3 mata di depan ..

Bermain di tempat sendiri ..

15 perlawanan tanpa kalah ..

Season kedua Mourinho ..


Semua tanda-tanda ada di sana. Real Madrid masuk ke dalam padang dengan berbekalkan sokongan padu penyokong Bernabeu. Dengan corak permainan semasa yang ditunjukkan oleh Real Madrid, ramai yang berpendapat Real bakal mencatatkan kemenangan sekaligus membuktikan kitaran Barca sudah berakhir.

Masuk ke gelanggang, baru je 22 saat, Benzema sudahpun menjaringkan satu gol. 1-0 Madrid.

Tibe-tibe ...



BAMMMM!!


1-1, 1-2, 1-3!!

Aku antara jutaan peminat Real yang menyaksikan perlawanan, tergamam. How in the hell that can happen?! Madrid yang selama ini menunjukkan prestasi yang begitu baik ditundukkan oleh pasukan Barca yang tidak menurunkan 11 starters pun malam tu (Pedro dan Villa di bangku simpanan). Aku begitu marah dan tertekan. Kenapa? Kali ini semuanya di tangan kita. Tapi kita mensia-siakan peluang untuk menamatkan kitaran Barca. Kita melepaskan peluang untuk menunjukkan kepada dunia yang Real Madrid sudah kembali. 

Real Madrid sepatutnya boleh mengalahkan Barca. Kedua-duanya mempunyai kekuatan yang agak seimbang. Malah tidak ada salah rasanya untuk aku katakan, jika ada team yang boleh kalahkan Barca, Real Madrid lah pasukannya.  Malangnya, ketika Real Madrid menghadapi Barca, semuanya serba tak kena. 


Jadi soalannya kenapa? Kenapa Real tidak boleh kalahkan Barca?
Aku berpikir dan berpikir. Akhirnya, selepas tengok perlawanan sekali lagi, aku dapat berikan beberapa sebab yang aku rasa boleh menerangkan apa yang berlaku sebenarnya dalam El-Classico lepas.


1. Mentaliti

Ianya bukan nasib. Barca bermain dengan lebih baik malam itu. We lost the match. Team Real Madrid tidak mempunyai mentaliti yang betul untuk menewaskan Barcelona. Pemain-pemain sendiri turun ke padang dengan perasaan yang Barcelona adalah pasukan yang lebih baik dan mustahil untuk dikalahkan. Ini dapat disaksikan ketika Barca menjaringkan gol kedua ( Alonso meletakkan tangan atas kepala). Tidak seperti Barcelona, ketika bolos untuk kali pertama, mereka terus berjuang untuk mencari gol penyamaan. It is all about the MENTALITI. Tidak mempunyai mentaliti yang betul ketika menentang Barcelona, anda pasti tiada peluang.


2. Cristiano Ronaldo

Pemain ini yang sebelum perlawanan nie merupaka pemain yang licik dan tidak selfish, malam itu berubah kepada seseorang yang pentingkan diri. Bukan itu sahaja, banyak mensia-siakan peluang di depan pintu gol. Akibatnya seluruh pasukan menanggung kesannya. Bukan nak menyalahkan CR7 seluruhnya, tapi performance dia malam itu banyak menjejaskan performance pasukan Real Madrid.

3. Unity/ Semangat berpasukan

Barca, menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi. Nie mungkin sebab hampir 90% pemain mereka sudah bermain bersama sejak beberapa tahun lepas (kebanyakan mereka pemain akademi). Inilah yang menjadikan Barca berbahaya. Persefahaman amat penting dalam permainan bolasepak dan Barca menunjukkan persefahaman yang lebih baik daripada Real. Harus diingat, ini baru tahun kedua pemain Real dan mourinho bersama. Jika diteruskan, mungkin Real Madrid juga bakal mempamerkan semangat yang sama akan datang.

4. Leo Messi.

Truly inspiring player. What more can I say? Messi bukanlah seorang player yang mempunyai skil-skil yang lebih baik dari CR7. Malah, CR7 lebih complete dari Messi. Tapi apa yang membezakan Messi dari CR7, dia bermain untuk pasukannya. Malah, close control Messi amat mengkagumkan. Even CR7 tidak mempunyai kelebihan seperti itu. Ini dapat disaksikan pada gol penyamaan Barcelona malam itu.

5. Taktikal

Apa?!! Mourinho buat kesilapan taktikal?! Yes, fellow Madridistas. Yes. Tapi ianya bukanlah kesalahan Mourinho sepenuhnya. We are the best counter attacking team in the world at this moment. Sepatutnya kita bermain secara bertahan malam itu dan cuba menyerang mereka secara serangan balas. Ya. Ianya tidaklah menarik seperti Tiki Taka Barca tapi it is the only way to neutralize the Barca's Tiki Taka. Tengok hasilnya masa Barca menentang Inter dulu. Tetapi Mourinho mengalami tekanan yang tinggi di Madrid. Peminat Real Madrid mahu menyaksikan Real bermain seperti Barca. Tiki Taka Shit. Mourinho tidak dapat menggunakan taktik yang sepatutnya kerana ini dan Real Madrid menanggung akibatnya. Oleh itu, peminat Real sendiri sepatutnya sedar yang untuk mengatasi Barca, Real harus tunduk pada taktik asal Mourinho. Kita tidak mempunyai pemain untuk melaksanakan Tiki Taka. Pemain Barca sudah bermain bersama dalam masa yang lama. Seluruh sistem mereka diasaskan oleh Johan Cyruff. Tiki Taka is in their blood. Bila kita menggunakan taktik yang sama, kita akan DIBUNUH. Lihatlah apa yang terjadi dalam 5-0 tahun lepas.



Namun, kita tak harus berputus asa. Kita adalah kelab terbaik dunia. Skuad kita adalah skuad muda. In fact, kedua termuda seluruh Eropah. Pada suatu hari nanti (masa terdekat), Kita bakal mengalahkan pasukan Barcelona ini. Nothing can last forever. Certainly not this ageing Barcelona side.

We will rise again. Note my word!!



Stay safe. Madrid forever.







-- Mr. Aish --

WELCOME BRO!!



 Seperti yang aku dah bagitau sebelum ni (checkout here ), Aishcornerlot bakal mendapat seorang penyumbangleweng..oops..pemyumbang baru. Sekarang, ianya dah menjadi kenyataan!!

WELCOME ZARSAZA!!

Zarsaza merupakan penulis blog sukan yang sedang meningkat naik di Malaysia. Sebagai bekas pelajar UIA, beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang sukan di mana beliau pernah menjadi juara dalam pertandingan lontar guli dan batu seremban kat Kampung Pinang Sebatang. Beliau juga adalah pemegang rekod perenang terpantas dalam acara renang kolah masjid kampung beliau. Selepas mengikat kontrak selama 5 tahun yang bernilai 5,000,000,000 Euro dengan Aishcorner, kita akhirnya akan dapat menyaksikan air tangan beliau di Aishcornerlot ini..



Stay safe!!





-- Mr. Aish --

kesilapan tektikal dari The Professor?

Apa lagi yang harus pengurus Arsenal, Arsenal Wenger lakukan untuk memberi keyakinan kembali kepada penyokong The Gunners supaya memberi satu ketumbukan padu kepada Arsenal FC. Sesudah enam tahun berlalu(kini mahu masuk tahun ke tujuh) tidak ada tanda-tanda Arsenal akan bangkit dari demam kebah. Ubat apa pun yang diberi tidak nampak tanda-tanda kelab berkiblatkan utara itu akan mengubah prestasi 'koman' kepada terbilang seperti era di Highbury itu. Namun tidak seperti pengurus2 yang lain, nampaknye kedudukan Wenger  di Arsenal kian kukuh. walaupun dihambat prestasi 'suam suam kuku' hampir sedekad ini, namun ia tampak kebal.  dek kata orang tua-tua makin bukan nama demam lagi tapi dah tahap lumpuh terkena strok.

Walaupun begitu, jaminan dari Gazidis, Director Board Arsenal yang wenger nasih diperlukan menamatkan spukulasi perburuan Real Madrid dan kelab2 lain untuk memancing beliau. Penyokong arsenal semakin faham yang Wenger seolah2 sudah tepu idea untuk membawa hatta sebuah trofi. kabinet Arsenal telah lama berhabuk, dan kini telah ada suara2 yang mahu Wenger tidak lagi meneruskan 'projek sosial'nya dan ada yang kini mahu wenger mengucapkan selamat tinggal ke emirates. director2 arsenal seolah2 tiada kuasa untuk menahan dominasi wenger ke atas arsenal. tiba masanya kini wenger perlu menilai diri sendiri dan tidak terbawa2 kenangan yang lalu seperti penyokong arsenal menyiul "in arsene we trust".

penyokong2 arsenal kini mahu satu revolusi berlaku ke atas arsenal.mereka percaya walau pahit untuk ditelan, seperti kata orang melayu purba ditelan mati bapak, diluah mati mak, tetapi kepentingan pasukan arsenal melebihi kepentingan individu. nyata rekod tanpa belas kasihan 7 tahun tanpa trofi nyata amat menyeksakan buat penyokong arsenal. Apa guna bermain cantik tapi tidak boleh menang seperti pasukan Man City dan Tottenham. Sudahlah tertinggal keretapi dari Man United, Liverpool dan Chelsea yang  jauh sekali terkehadapan.

Memori arsenal memegang trofi seperti ini sudah lama dirindui oleh peminat tegar arsenal. Bagi mereka arsenal dan Arsene Wenger tak boleh dipisahkan seperti juga ejaan namanya. apa2 pon hakikat kehabaan sesebuah kelab amat bergantung kepada kejayaan trofi , yang sudah tentu tidak ada pada arsenal. Kesimpulannya, tahun ini gelap gambar lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...