Iklan Corner

Friday 3 February 2012

Madin Mohammed : The next Zidane or Cr7?


Aku rase dah ramai pembaca aish's corner lot nie dah kenal ngan budak kecik nie. Madin Mohammed (10 tahun) yang mula menggemparkan dunia seawal dia berumur 6 tahun dengan kebolehan bermain bola yang menakjubkan. Dia merupakan antara bakat muda yang menjadi perhatian setiap kelab besar diseluruh dunia.

Madin Mohammed berasal dari Algeria. Pada umur 3 tahun, famili budak nie berhijrah ke Perancis dan khabarnya budak nie jugak telah mendapat biasiswa Badan Bolasepak Perancis dan menjadi salah seorang pelapis pemain Perancis di sana.

Sejak keluar video klip dia di tenet, ramai orang mula membandingkan dia dengan pemain-pemain bola hebat sekarang. Tapi yang paling acapkali disebut, Madin Mohammed adalah the next Zidane. Betul ke?

Memang dah terang-terang budak nie mempunyai masa depan yang cerah dalam bolasepak. Tapi bagi aku, dia lebih sesuai untuk dibandingkan dengan Cristiano Ronaldo atau Messi berbanding dengan Zidane.

Madin mempunyai keupayaan menggelecek lebih kepada ala Cristiano ( Stepovers, gerak kaki laju) dan bukannya Zidane. Zidane tidak pernah dikenali dengan gelecekan seperti itu. Jika korang pernah melihat Zidane bermain, korang akan bersetuju dengan aku. Zidane tidak mempunyai speed seperti Cristiano dan Messi, itu sudah pasti. Tetapi dia berjaya menutupi kelemahan tu dengan kebijaksaan membaca permainan dan gerakan kemas ketika bermain. Itulah kelebihan Zinedine Zidane. Ye, dia jugak buat stepovers, tapi itu bukannya aspek utama dalam permainan dia. Jadi, Madin Mohammed lebih sesuai untuk dibandingkan dengan Cristiano Ronaldo ataupun Ronaldinho.

Mungkin sebab dia ni mempunyai darah Algeria, sebab tula masyarakat membandingkan dia dengan Zidane. Tapi selain daripada tu, corak permainan dia memang bukan seperti Zidane.

Tapi jika korang tanya aku, siapa yang mungkin menjadi bakal Zidane kedua, tanpa teragak-teragak lagi aku akan menjawab, budak nie :




Hala Madrid!! Hala Mourinho!! Hala Zidane!!








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...