Iklan Corner

Saturday 11 February 2012

Lagak peminat Barca ..

Lucio tetap selebret walaupun Nude Camp dipancutkan air ketika 2nd Leg semifinal ECC 2010
Sebenarnya dah lama aku nak post benda nie, tapi masa tak mengizinkan....

Semua orang dah tahu yang Bacelona pernah ditewaskan oleh Inter semasa semifinal Champions League 2010 yang lepas. Inter yang masa tu dipimpin oleh Jose Mourinho, mengalahkan Barcelona@Uefalona secara 3-2 secara agregat sekaligus meletakkan titik kepada harapan Barcelona untuk menjulang piala di Stadium Keramat Santiago Bernebeau.

Kita semua juga dah tahu apa kesudahan perlawanan tu, macam mana reaksi Mourinho dan juga bagaimana 'mulianya' tindakan segelintir pemain Barcelona selepas perlawanan tamat. Bukan saje cuba menyekat pemain Inter dengan bukak 'sprinkler' padang, tapi Valdes dengan hensemnya datang mengucapkan tahniah kepada Mourinho kerana berjaya mematahkan ego Barca..

Sungguh mulia dan terpuji tidakan Valdes ini, up barce!!
Bukan nie yang aku nak cakap dalam post kali nie tapi pasal ada satu komen lawak yang aku terima kat FB baru-baru nie. Aku memberi komen dalam satu laman FB (FB Real Madrid) dan tak semena-mena datang seorang peminat Barca membalas komen aku. Hey, jangan salah faham. Aku tak kisah pasal aku memang beri komen ikhlas kat sana. Aku peminat Real Madrid. So, memang natural la kalau aku komen kat page Real Madrid. Yang aku kelakonye, bukan perbuatan dia yang datang komen pasal Barcelona di laman page Real Madrid, biasa la tu kalau ada troll kat page Real Madrid. Bukan page dalam Malaysia jer, malah, banyak jer peminat Barca datang menyemak kat blog bolasepak Real Madrid seluruh dunia. Benda tu bagi aku takla pelik sangat. Tapi yang aku rasa kelakonya, bila aku baca komen dia..


 Huish..konfiden jer dier cakap 'aku hard fan Barca tapi aku pun peminat Real jugak'. 

 Lepas aku baca statement tu, aku nak ketawa pun ada gak. Hard fan Barca tapi suka Real gak. Ada jugak peminat macam nie rupanya. Yelah. Tak salah nak minat lebih dari 1 pasukan. Macam aku, aku peminat Real madrid tapi aku tengok jugak EPL, Seria A, Bundesliga dan aku jugak peminat Terengganu (Liga M). Cuma bila ada orang claim hard fan Barca tapi boleh suka Real, statement tu menang aku takleh blah. Awak tahu tak, waaak (dengan nada manja), yang Real Madrid dan Barca tu musuh tradisi sebelum awak lahir lagi. Tak taula kalau yang bercakap tu jenis hibrid, jenis baru macam Honda Hibrid tu. Yang aku tahu kebanyakan peminat barcelona nie, gloryhunters. Yang dulu tak pernah kenal pun Barcelona, tapi bila Barcelona stat menang piala, barula mengaku minat Barcelona dari dulu lagi. Lepas tu kutuk team lain habis-habisan. Kalau korang lama dengan bolasepak, korang boleh kenal dengan spesies yang aku cakapkan nie sebenarnya. Tapi cukupla kat situ dulu pasal tu.

Yang kedua, dia cakap yang Barca tak pernah bagi alasan bila kalah ngan Inter? Yang tu lagi aku nak gelak. Ironinya, dia cakap 'belajarla terima hakikat'. Cukup ironi bila datang dari mulut seorang peminat Barcelona. Ironi tu ape? cari sendiri maksud dia.

Bagi encik ***** yang komen tu, ape kata kamu klik kat dua link kat bawah aku bagi nie dulu sebelum wat kuar statement ' Barcelona tak pernah bagi alasan bila kalah'. Sori semuanya dalam bahasa Inggeris. Encik translate sendirilah k?

Link 1

Link 2

Aku terima pendapat dia yang lain dengan hati terbuka. Memang peminat Madrid ramai yang bercakap tentang history. Real Madrid MEMANG secara sejarahnya adalah kelab terbaik dunia setakat nie. Sejarah membuktikannya. Tapi kenapa peminat Real Madrid selalu membangkitkan pasal nie? Pasal peminat Barcelona yang bermulut celupar yang duk claim kelab diorang terhebat sepanjang zaman nie la. Ok. Barca fans, bila korang claim yang pasukan korang terbaik sepanjang zaman, memang SEJARAH akan memainkan peranan penting. Kitorang akan lihat kembali dari awal bro. Bukan bolasepak baru dicipta sejak tahun 2008 bro, buka Barcelona kelab pertama yang memperkenalkan tiki taka bro.

Maafla, kalau post nie mencetuskan rase geram sesetengah daripada korang, I have to get this out of my chest..

Oklah, tu jer aku nak tulis pasal nie. Aku tinggalkan korang dengan gaya rambut baru Mourinho. Pakcik Muthu sebelah rumah beliau yang kerat..


Hala Madrid!!!!!!





1 comment:

Anonymous said...

Murinho watchng u frm his hme

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...