Iklan Corner

Showing posts with label It's just football. Show all posts
Showing posts with label It's just football. Show all posts

Wednesday, 18 January 2012

Update on Copa Del Rey El Classico!

Gambar hiasan

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro CH 811 pukul 4.55 pagi nie. Jadi, sediakan kopi jantan banyak2 deh!




Hala Madrid!! Hala Harimau Malaya!!






Sunday, 15 January 2012

Liga Super Malaysia

Kite beralih ke Liga tempatan pulok, asyik liga eropah je. Berikut kedudukan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Super Malaysia seperti yang anda lihat diatas. Pasukan T-Team adik kepada Terengganu FA mendahului pencabar lain untuk menguasai tangga teratas liga selepas mengaharungi dua perlawanan dengan 6 mata setakat ini. Sementara di ekori rapat oleh 3 pasukan lain iaitu N.Sembilan, Kelantan dan Selangor yang berkongsi 4 mata. Terengganu yang memulakan aksi Liga Super tanpa awang import, menarik nafas lega selepas FAM memutuskan melanjutkan tarikh pendaftaran pemain import sehingga 13 Feb ini.

MB Terengganu kite Mat Said


Saturday, 14 January 2012

Xavi Hernandez : The Best Midfielder of All Time?

Permata Barcelona


Ini adalah perdebatan yang paling hangat ketika ini. Kebangkitan drastik Barcelona sebagai pasukan yang amat dominan di Eropah juga turut mengheret semua peminat bola kepada pertikaian ini.

Tidak aku nafikan, Barcelona mempunyai pasukan yang amat kuat ketika ini. Malah, ramai bijak pandai bolasepak juga bersetuju yang ini mungkin pasukan Barcelona yang terbaik pernah ada, melebihi Barcelona yang pernah dibimbing oleh Johan Cyruff ketika tahun 1992. Pasukan ini bukan sahaja mempunyai kualiti secara individu, tetapi persefahaman yang ditunjukkan sangat menakjubkan. Barca juga telah bermain di bawah satu sistem yang jelas, diterapkan oleh Johan Cyruff sejak di dalam akademi lagi.

Ramai pemain mereka telah bersama dalam tempoh masa yang amat panjang. Mereka telah dipupuk untuk bermain bawah sistem 'total football' selama beberapa tahun sebelum mereka menjejakkan diri ke kancah liga Eropah. Ini adalah satu projek yang memakan masa bertahun-tahun lamanya dan sekarang mereka mula mendapat pulangan hasil kesabaran yang ditunjukkan oleh pihak kelab.

XAVI HERNANDEZ

Xavi Hernandez sememangnya seorang pemian midfield yang amat hebat. Seorang yang mempunyai kawalan bola yang baik, visi menarik dan hantaran bola kemas kepada rakan sepasukan. Dia juga adalah jentera tengah yang sentiasa dapat memastikan permainan 'total football' pasukanya dapat berjalan dengan lancar.

Namun, terdapat beberapa kritikan terhadap gaya permainan Xavi. Jika diperhatikan, hampir 70% passing Xavi adalah play safe pass. Maksudnya, kebanyakannnya adalah hantaran ke belakang. Tetapi, ini tidak bermaksud Xavi tidak melakukan hantaran terus (through pass). Tetapi kebanyakan hantaran Xavi merupakan hantaran selamat. Tugas Xavi adalah untuk memastikan segalanya selamat untuk pasukan Barcelona, memastikan posesi bola kekal dan selebihnya memberikan bola kepada Messi atau Iniesta untuk tugas yang selanjutnya.

Ini adalah antara sebab kenapa Xavi tidak menyinar sehinggalah tahun 2008. Xavi memerlukan Messi untuk kelihatan berbahaya manakala Messi memerlukan Xavi dan Inesta untuk menjadi berbahaya. Inilah salah satu keunikan tentang pasukan Barcelona sekarang. Tetapi, ini juga menjadi salah satu punca kenapa aku tidak merasakan Xavi merupakan pemain midfield terbaik sepanjang zaman.

Untuk mengatakan Xavi seorang pemain midfield yang hebat, aku setuju. Tapi untuk mengatakan Xavi terhebat sepanjang zaman, melebihi Platini atau Zidane, aku rasa kurang tepat.

Seorang pemain midfield yang dikatakan TERBAIK haruslah terlebih dahulu membuktikan diri mereka tidak memerlukan pemain lain untuk menjadi hebat. Zidane contohnya, membuktikan dirinya menyerlah di Liga Perancis, Itali dan Sepanyol. Malah, turut membantu pasukan negaranya memenangi World Cup 1998, Euro 2000 dan naib juara World Cup 2006.

Ronaldinho's favourite Midfielder

Xavi sudah mengatakan, bahawa dia tidak akan berpindah ke pasukan lain. Jadi, amatlah mustahil untuk kita menyaksikan sejauh mana kehebatan Xavi sebenarnya. Apa juga faktanya, Xavi sememangnya jelas merupakan seorang pemain legenda untuk Barcelona dan Sepanyol, namun bagi mereka yang cepat menghakimi dan mengatakan Xavi merupakan terbaik sepanjang zaman, kena belajar balik pasal bolasepak kerana mereka sudah salah faham dengan istilah 'terbaik sepanjang zaman'!!



Stay Safe. Real will rule the world!!



Tuesday, 10 January 2012

Terengganu menanggung derita

Dua pemain import Terengganu Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnieto dari Brazil sah tidak dapat beraksi dalam Liga Super Malaysia musim ini. Dalam surat pekeliling yang diterima oleh PBSNT, FAM secara jelas menyatakan syarat-syarat pemain import untuk pasukan Kelantan dan Terengganu yang akan bermain dalam Liga Malaysia (Liga-M) 2012 dengan skuad Penyu diberi tempoh pendaftaran sehingga 9 Januari ini. Bagaimanapun, FAM mengakui kesilapan berlaku apabila pekeliling itu sebenarnya merujuk kepada pendaftaran pemain import untuk kempen Piala AFC dan bukannya untuk Liga-M. Dua pemain import yang di daftarkan dalam skuad Terengganu hanya layak beraksi pada Piala AFC gara-gara kesilapan FAM. PBSNT juga terpaksa menanggung sengsara ekoran daripada kesilapan teknikal yang dilakukan FAM, termasuk kerugian dari segi kewangan, masa dan tenaga. 

Walaupun tanpa pemain import, Terengganu masih mempunyai ramai pemain local yang berkaliber. Menjelang pertemuan pertama Liga Super Malaysia Terengganu VS Perak, tanpa kelibat awang import barisan 1st 11 yang bakal di turunkan oleh Terengganu :

sarbinee 

mazlizam, mazuki, muslim, zubir
joseph T, resyafiq, Syukur, Ashaari
manaf, hadi

Penyu Nelang !!

Sunday, 8 January 2012

PIALA SUMBANGSIH 2012 : KELANTAN FA vs N.SEMBILAN FA

Debaran Liga Super Malaysia semakin hampir dimana 14 pasukan akan melakukan sepak mula pada 10 Disember ini. Siapakah yang bakal merangkul kejuaraan Liga Super Malaysia pada tahun ini?.
 
Pasukan Hobin Jang Hobin memberi amaran awal kepada 13 pasukan yang bertanding dimana mereka telah muncul juara Piala Sultan Ahmad Shah dalam perlawanan sumbangsih menewaskan juara Liga Super Malaysia musim lalu iaitu Kelantan dengan kemenangan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam . 
Kelantan membuka tirai jaring melalui penyerang Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 19'. Bagaimanapun penyerang import N.Sembilan Effa Owona berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke 30' dan minit ke 63', sekali gus memastikan kejuaraan milik N.Sembilan. 

GOL KELANTAN FA : NORSHAHRUL IDLAN TALAHA 

(KELANTAN FA 1-0 NEGERI SEMBILAN FA)


GOL N.SEMBILAN FA : EFFA OWONA
 (KELANTAN FA 1-1 NEGERI SEMBILAN FA)

GOL N.SEMBILAN FA : EFFA OWONA 
(KELANTAN FA 1-2 NEGERI SEMBILAN FA)

Pastinya kemenangan N.Sembilan memberi kenangan manis buat jurulatih Azraai Khor Abdullah kerana sepanjang kerjayanya, jurulatih itu belum pernah menjulang piala berkenaan walaupun pernah membantu Kedah melakar sejarah memenangi kejuaraan treble - Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA - 2007 dan 2008. Walaupun pasukan N.Sembilan kehilangan lima tonggak (Hairuddin Omar, Irwan Fadly Idrus, Mohd Farizal Harun dan kembar Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak) yang mengangkat kaki meninggalkan pasukan, barisan pemain muda yang diberi kepercayaan oleh Azraai Khor telah membuktikan kemampuan mereka. Kekalahan Kelantan pastinya memberi tamparan hebat buat pengendali The Red Warriors Peter Butler untuk menjulang trofi sulung musim 2012.

Thursday, 5 January 2012

ASIAN BEST GOAL KEEPER 2011

Menjadi kebanggaan peminat bola sepak tanah air dimana Apek (Khairul Fahmi Che Mat) penjaga gol Malaysia tercalon dalam pemilihan Asian Best Goal Keeper for 2011. Antara calon lain yang terpilih oleh Goal.com ialah Ali Al Habsi (Wigan & Oman), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan & Malaysia), Mohammed Saqr (Al Sadd), Mark Schwarzer (Fulham & Australia) dan Yang Zhi (Beijing Guoan & China).

Anda berpeluang mengundi di sini  Who should be the Asian Best XI goalkeeper for 2011? - Goal.com .Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mengundi Apek sebelum 10 Januari 2012. Caya La Apek

Bola Sepak Terengganu

"Kontroversi Lagi - Terengganu Salah Faham, Pemain Import Tidak Boleh Didaftar : FAM"
Kurang 24 jam selepas mengesahkan dua pemain import, Francis Doe dan Erison Da Silva dapat didaftarkan untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia, Persatuan Bolasepak Terengganu mungkin terpaksa melupakan hajat besar mereka itu, apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Dato’ Hamidin Amin menegaskan pemain yang didaftarkan selepas tarikh 8 Disember 2011 tidak layak beraksi dalam saingan liga, tanpa sebarang KEISTIMEWAAN kepada mana-mana pasukan.

“kita kekal dengan keputusan sama 8 Disember adalah tarikh tutup pendaftaran pemain import bagi kesemua pasukan, pemain yang didaftarkan selepas itu adalah untuk Piala AFC, jangan ada salah faham. Kita tiada beri kelonggaran kepada sesiapa, kita tidak rombak mana-mana polisi pendaftaran pemain..nak daftar jugak tunggu 2 April, kita buka balik pintu pendaftaran”, tegas Dato’ Hamidin.

Ini nyata bercanggah dengan kenyataan Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh yang menegaskan pendaftaran dua pemain tersebut dibuat selepas menerima Surat Pekeliling FAM bertarikh 23 Disember 2011 yang dihantar kepada persatuan tersebut, yang memberi mesej jelas Terengganu masih boleh membuat pendaftaran pemain import sehingga tarikh akhir 9 Januari 2012
“senarai pemain-pemain asing untuk didaftarkan di Liga M 2012, hendaklah dikemukakan kepada FAM sebelum atau pada jam 12 tgh hari, Jumaat 6 Januari bagi pasukan Kelantan, manakala bagi pasukan Terengganu ialah sebelum atau pada jam 12 tengah hari, Isnin, 9 Januari, dengan mematuhi peraturan dan syarat ditetapkan..tarikh tutup untuk pendaftaran AFC adalah 6 Februari 2012”. – Antara isi kandungan surat pekeliling yang dibacakan Dato’ Che Mat Jusoh. (untuk mendengar sendiri, boleh ke link ini : http://www.youtube.com/watch?v=ZkYwnjkXJk4 )
Jika FAM kekal dengan keputusan untuk tidak melayan pendaftaran Francis Doe, penyerang berasal dari Liberia dan Silva, pemain tengah kelahiran Brazil itu, ia nyata satu tamparan hebat buat Sang Penyu yang sebelum ini menyaksikan FAM tidak meluluskan pengambilan seorang lagi pemain import, Tercio Nunez Machado.

Malah, ia juga pastinya hakikat sukar diterima para penyokong Terengganu yang memasang impian besar mahu melihat pasukan kesayangan mereka mampu untuk memberi cabaran hebat dalam saingan domestik musim ini.

Apa yang pasti percanggahan ini pastinya mewujudkan episod panas baru tatkala saingan Liga Super musim baru tinggal kurang seminggu untuk membuka tirai. Kita pastinya menantikan apakah jawapan FAM seterusnya dan apa pula reaksi PBSNT dalam menangani perkara ini.

Iker Casillas menang anugerah lagi

 Iker Casillas dipilih sebagai gol keeper terbaik oleh International Federation of Football History (IFFH) buat kali ke empat berturut-turut menjadikan dia gol keeper yang paling banyak kali memenangi gelaran itu (4 kali)

Casillas menewaskan calon- calon lain seperti Neuer dan Valdes untuk memenangi anugerah tu.

Congrats Casillas!!

Gambar ihsan dari Real Madrid.com


Sumber: Realmadrid.com




Hala Madrid. Stay safe.




Wednesday, 4 January 2012

Aish's cornerlot Team of The Year !

Seperti mana yang korang tahu, satu undian telah dijalankan oleh pihak Aish cornerlot untuk menentukan siapa player terbaik 2011 dan kita telah pun mendapat hasilnya di sini (link).

Sekarang tiba pula masa untuk menentukan ...

Aishcornerlot Team of The Year 2011!!




SUBS:


Manuel Neuer (Bayern Munich)

Thiago Silva (Milan)

Philip Lahm ( Bayern Munich )

Xabi Alonso ( Real Madrid)

Angel Di Maria ( Real Madrid)

Edison Cavani ( Napoli)

Lavezzi ( Napoli)




Berikut adalah antara pemain yang aku rasa terbaik dalam posisi masing-masing untuk tahun 2011.

Macam mana? Korang sumer setuju tak? Jika korang rasa tak tepat, bolehlah korang bagitau aku pilihan pemain korang untuk Team of The Year 2011 plak.




Stay safe. Hala Madrid forever!!






Tuesday, 3 January 2012

Kaká masuk Islam?

بسم الله الرحمن الرحيم




Aku terpanggil untuk menulis artikel sebab aku ingin menerangkan hal sebenar tentang salah seorang pemain Real Madrid. Semasa aku keluar pergi makan tengahari dengan rakan penulis, Zarsaza, aku dapat tahu yang sekarang duk tersebar luas berita yang Kaká masuk (convert) Islam baru-baru ni semasa melawat Dubai. Malah, ada yang claim Kaká sebenarnya masuk Islam sejak tahun 2006 lagi di Kuwait. Sebab itu, aku kena menerangkan apa sebenarnya yang berlaku supaya jangan sampai semua orang keliru dengan berita ini.

Setau aku, Ricardo Kaká, masih lagi seorang penganut Kristian Katholik yang tulen dan juga, seorang yang amat taat kepada agamanya. Dalam erti kata orang kristian, beriman la. Kebanyakan peminat bolasepak yang mengikuti perkembangan Liga Itali dan Sepanyol mengetahui hakikat ini. Tetapi aku yakin, tak ramai peminat Malaysia yang tahu pasal diorang kaki 'EPL' (pfftt..please..). Sebab tu mungkin ramai yang akan percaya jika berita ini sampai ke telinga diorang.


Gambar yang mengelirukan peminat

Sebenarnya, penyebaran gambar di atas adalah punca kepada kekeliruan ini. Hakikatnya, gambar di atas diambil semasa Kaká melawat Dubai baru-baru ini atas jemputan pegawai pelancongan di sana. Jadi, dia telah dibawa untuk berjalan-jalan ke serata tempat di Dubai dan dikatakan telah singgah di salah satu masjid di sana (bukan untuk sembahyang jama' ye). Sebarang maklumat lanjut boleh di dapati di sini.

Yep..kita semua mahukan berita ini benar-benar terjadi. Tapi nampaknya bukan pada masa yang sekarang. Dia telah membuat pilihan dia dan kita telah diajar dalam Islam untuk menghormati agama-agama lain selagi mereka tidak mengganggu agama kita.



Stay safe. Kaka hebat!!






Sunday, 1 January 2012

PERMATA HITAM

Apabila kita bercakap  tentang bintang-bintang bola sepak dunia pasti ramai diantara kita membayangkan kehebatan pemain-pemain dari benua Eropah dan Amerika latin. Di antara pemain-pemain yang pernah menjadi sebutan dan kegilaan sepanjang zaman seperti Ronaldo (Brazil), Zidane (Perancis), Maradona (Argentina), Luis Figo (Portugal), Cantona (Perancis) dan ramai lagi. Untuk musim 2011/2012 tengah hangat perebutan anugerah pemain terbaek dunia diantara lionel messi (Argentina) dan Cristiano Ronaldo (Portugal). Pernahkah anda melihat kehebatan pemain kulit hitam dari negara-negara Afrika atau lebih dikenali sebagai (Nigger) / permata hitam. Buat edisi pertama saya ingin berkongsi dengan anda bintang  bola sepak dari benua Afrika yang mampu menyaingi kehebatan pemain-pemain dari Eropah mahu pun dari Amerika Latin. Sepanjang perjalanan liga bola sepak terutamanya liga bola sepak dari negara-negara Eropah dari awal musim sehingga pertengahan musim 2011/2012. Berikut saya senaraikan kesebelasan utama pemain (Nigger) yang beraksi cermerlang bersama pasukan yang diwakili mereka, mari kita lihat:



Nama: Demba Ba
Umur: 26
Club: Newcastle
Negara: Senagal
Posisi: Sayap kiri/penyerang




                                           

Nama: Kwadwo Asamoah
Umur: 23
Club: Udinese
Negara: Ghana
Posisi: Tengah




Nama: Cheick Tiote
Umur: 25
Club: Newcastle
Negara: Ivory Coast
Posisi: Tengah






Nama: Kevin Prince Boateng
Umur: 24
Club: AC Milan
Negara: Ghana
Posisi: Sayap kanan/tengah
Nama: Christopher Samba
Umur: 27
Club: Blackburn
Negara: Congo
Posisi: Bek Tengah



Nama: Samuel Inkoom
Umur: 22
Club: Dnipro
Negara: Ghana
Posisi: Bek Kanan






Nama: Nicolas Nkoulou
Umur: 21
Club: Olympique De Marseille
Negara: Cameroon
Posisi: Bek Tengah






Nama: Benoit Assou Ekotto
Umur: 27
Club: Tottenham Hotspur
Negara: Cameroon
Posisi: Bek Kiri






Nama: Seydou Doumbia
Umur: 24
Club: CSKA Moscow
Negara: Ivory Coast
Posisi: Penyerang





Nama: Papiss Cisse
Umur: 26
Club: Freiburg
Negara: Senegal
Posisi: Penyerang







Nama: Carlos Kameni
Umur: 27
Club: Espanyol
Negara: Cameroon
Posisi: Penjaga Gol




Berikut susunan formasi pemain :





Inilah generasi permata hitam baru yang dapat membentuk sebuah pasukan terbaek Nigger yang mempunyai skill dan kualiti tersendiri. Tidak hairanlah ada diantara pemain-pemain ini menjadi buruan beberapa kelab terbaek eropah pada pertengahan musim 2011/2012 ini. Jika kita imbas kembali antara pengurus eropah yang berjaya mengilap permata hitam sebelum ini ialah Arsene Wenger. Antara pemain yang berjaya dibimbing beliau seperti Nwankwo Kanu, Emmanuel Eboue,Kolo Toure,Adebayor, Sagna,Alex Song, dan Gervinho sehingga menjadi pemain terbaek dunia. Untuk itu pengurus yang layak mengemudi pasukan ini tidak lain dan tidak bukan pastinya Arsene Wenger...



" I LOVE NIGGER !!"

Pemenang Aishcornerlot Player of The Year 2011...

Undian telah dilakukan. Selama lebih seminggu undian dijalankan, keputusan akhirnya betul-betul memeranjatkan aku.

Aku meramalkan pemenangnya memang antara Messi dan Ronaldo dengan perbezaan undian yang tipis. Tetapi akhir hari undian, pemenangnya mencatat keputusan undian selesa sebanyak 81% diikuti dengan pencabar kedua sebanyak 9 % dan yang ketiga 1%. Dan pemenangnya adalah ...




Syabas diucapkan kepada Cristiano Ronaldo!! Truly a worthy winner of any award!! Congratz!!

Oo yea..bercakap tentang Cristiano Ronaldo, ada laporan yang mengatakan satu undian telah dijalankan terhadap pembaca France Football Magazine tentang siapa yang paling layak menerima anugerah Ballon D'or 2011. Buat pengetahuan pembaca, anugerah Ballon D'or memang originated from France ye.


Ok. So back to the story, undian telah dijalankan oleh pihak mereka, dan hasilnya, sebanyak 63% pembaca telah mengundi CR7 sebagai pemenang yang paling layak diikuti dengan Leo Messi ( 30 %) dan Xavi (6%).

Mungkin peminat-peminat bola di sana lebih celik pasal bolasepak berbanding peminat-peminat Farcalona di seluruh dunia. Pada aku, itulah yang sepatutnya berlaku. Ramai yang mungkin tidak bersetuju dengan pendapat aku. Tetapi cuba korang fikir kembali, Messi memang menjuarai piala, tetapi secara individunya beliau tidak begitu menyerlah. Sebaliknya beliau cuma beruntung kerana bermain di dalam pasukan yang mempunyai asas yang kukuh seperti Barca dan disokong oleh dua pemain midfield Sepanyol yang berpengalaman seperti Xavi dan Iniesta. Hasilnya boleh kita nampak bila Messi tidak dapat perform untuk pasukan negaranya Argentina.

Ramai yang menyalahkan jurulatih Argentina tidak dapat menyediakan satu sistem yang dapat fit in Messi sepenuhnya dalam pasukan. Tetapi, jika Messi sememangnya sehebat yang dikatakan, adakah itu menjadi persoalannya? Pemain lagenda seperti Luis Ronaldo (Brazil) dan Zinedine Zidane tidak mempunyai sebarang masalah pun untuk menyelesakan diri dalam mana-mana sistem dan pasukan yang dianggotainya?


Manakala, Cristiano Ronaldo, telah membuktikan dirinya world class dalam tiga liga berlainan. Rekod negaranya walaupun tidak begitu menyerlah, namun lebih baik dari Messi. Namun harus diingat, kualiti pemain-pemain nasional Portugal berbeza daripada kualiti pemain-pemain nasional Argentina. Wlaupun di dalam pasukan negaranya, tiada pemain seperti Di Maria ataupun Higuain, namun CR7 tetap berjaya membantu pasukannya layak ke Euro 2012.

Tidak termasuk lagi memecahkan rekod liga Sepanyol sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman apabila dia menjaringkan 40 gol dalam semusim pada musim lepas dan semua itu dilakukan dalam musim keduanya bersama Real Madrid. Itu adalah satu statistik yang amat hebat bagi seorang player.

Tetapi, walau dengan segala points yang aku nyatakan diatas, aku masih sangsi bahawa CR7 akan dipilih sebagai pemenang Ballon D'or musim ini sebab pemilihan dibuat oleh semua jurulatih pasukan nasional di dunia. Lagipun, Messi dan Barcelona sudah lama menjdai favourite dunia untuk memenangi segala award pun. Cuma aku masih meletakkan harapan supaya tahun ini, keadilan akan dapat ditegakkan untuk CR7 dan Real Madrid.


Sumber : Ghanasoccernet.com


Stay safe. Halla Madrid!!




-- Mr. Aish --

Saturday, 31 December 2011

Welcome Mick Dhuan!!







Keseriusan blog Aishcornerlot dalam memberikan info terbaik liga-liga dalam dan luar negara sekali lagi jelas terpancar di muka dan hati nurani Mr. Aish dan Zarsaza apabila kami membawa masuk seorang lagi komentar sukan terbaik dari Kuala Terengganu. Mick Dhuan adalah seorang penulis sukan yang amat komited dalam memberi anda info terbaik. Kami harap dengan kemasukan komentar baru ni akan memantapkan lagi blog ni sekaligus menjadikan blog Aishcornerlot nie terkenal di seluruh dunia...or at least, Terengganu woit..hahahahaha...



Stay safe. Welcome Mick Dhuan!!



-- Mr. Aish --

Adakah Jose Mourinho jurulatih yang tepat untuk Real Madrid?



Itulah soalan yang sering bermain di fikiran setiap peminat Real Madrid selepas setiap kali munculnya kontroversi melibatkan Jose Mourinho.

Pada awal pemilihan dia sebagai jurulatih, ada peminat yang bimbang, ada peminat yang gembira, ada yang membantah keras. Ini kerana adalah jenis permainan yang seringkali di tunjukkan oleh pasukan kelolaan dia dan juga kontroversi yang seringkali melanda pengurus bermulut tajam ini.

Real Madrid adalah sebuah pasukan yang kaya dengan tradisi. Bukan sahaja dari segi piala, malah gaya permainan menarik yang seringkali ditunjukkan oleh pasukan Real Madrid terdahulu sentiasa menjadi pujaan peminat Real seperti aku. Oleh sebab kejayaan Real Madrid ini, ia telah diiktiraf sebagai kelab yang terbaik di abad 20 oleh FIFA (link).

Manakala Mourinho pula adalah pengurus yang lebih terkenal dengan gaya permainan yang bertahan, lebih bercorak taktikal dan bersifat boring. Dia juga tidak lekang dengan kontroversi yang membuatkan ramai memandang serong kepada si taktikal genius ini.

Tetapi pada aku, ketika mula-mula aku dengar desas desus yang Jose Mourinho akan mengemudi Real Madrid, aku sangat-sangat excited. Betul, aku tak tipu. Aku suka karekter keras Mourinho. Aku suka ego Mourinho. Pernah aku katakan kepada salah seorang kawan aku, jika ada seorang pengurus yang boleh baiki Real Madrid, orangnya adalah Jose Mourinho. Kenapa?

Seperti mana yang korang tahu, apabila Perez memulakan kembali projek galaktiko nya (Neo Galaktiko), Dia membawa masuk nama-nama besar ke Real Madrid. Setiap nama-nama besar ini mempunyai reputasi yang besar sekaligus membawa ego  yang jugak besar. Untuk mengawal mereka, Real Madrid memerlukan seseorang yang mempunyai reputasi lebih hebat dan juga yang mempunyai ego lebih besar daripada pemain-pemain itu. Sebab itulah aku rasa Jose Mourinho lah orangnya. Jose Mourinho adalah watak yang perfek untuk mengemudi Neo Galaktiko Perez ini. Akhirnya harapan aku menjadi nyata bila Perez mengambil Jose sebagai ganti Pellegrini.

Di Sepanyol, Jose menghadapi cabarannya yang paling besar dalam sejarah kareer pengurusannya. Dia tahu, untuk berjaya, dia kena tumpaskan Barca. Satu misi yang dianggap mustahil. Tapi inilah karekter Jose Mourinho. Dia adalah seorang lelaki yang sukakan cabaran. Dia mempunyai keyakinan yang Barca bukanlah tidak boleh dikalahkan. Bukan itu saja, dia membuktikan yang dia sememangnya 'the special one' bila membuat upset yang mungkin paling besar dalam sejarah Barca apabila menyingkirkan Barca dalam liga juara 2 tahun yang lepas, Sekaligus menidakkan hasrat Barca untuk menjulang kejuaraan di Stadium Santiago Bernebeau. Sejak daripada itu, Mourinho menjadi public enemy no. 1 Barca dan peminat-peminat ceteknya.

Haha..classic Mourinho


Musim pertama Mourinho bersama Real Madrid, Real muncul sebagai naib juara liga, separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah dan muncul juara Piala DiRaja Sepanyol dengan menewaskan Barca. Bukan itu saja, Mourinho juga berjaya meniup segala kebimbangan peminat Real dengan menerapkan gaya permainan menarik kepada Real Madrid. Malah, Real Madrid juga kerap kali berpesta gol di bawah sistem Jose Mourinho. Dengan rekod 240 ++ gol dalam 87 perlawananan, siapa yang still kata Real Madrid pasukan defensif di bawah Jose Mourinho, kena blajar matematik balik la orang tu.


Dengan Jose Mourinho, Real Madrid kembali menjadi perhatian di mata dunia. Secara tidak langsung, Mourinho dengan perlahan-lahan, menjadikan Real Madrid menjadi pesaing yang hebat di pentas eropah. Inilah karekter seorang juara. Inilah karektor Jose' the special one' Mourinho.Walaupun tindakan Mourinho seringkali mengundang kontroversi, namun itu tidak sedikit pun mencalar keyakinan aku yang Jose Mourinho sememangnya calon yang tepat untuk Real Madrid!!



Stay safe. He is truly the special one!!




-- Mr. Aish --

Siapa saya?



* Clue : Barca's most wanted man

Thursday, 29 December 2011

Tempat syok tengok bola di Kuala Terengganu

Seperti dalam post yang lepas ( check sini ), aku ada cakap yang aku pergi tengok bola dengan En. Zarsaza. Kalau readers nak tahu, biasanya tempat yang menjadi tumpuan peminat bola di Terengganu kalau nak tengok bola, biasanya di Mayang Village, Mydin Mall, Kuala Terengganu. Kebetulan aku masih bercuti, so aku meluangkan masa semalam untuk tengok bola di sana (Persebaya vs Kelantan). Aku sangkakan ramailah orang kat sana, tapi terkejut la jugak bila tengok tak ramai mana pun orang. Aku ngan En. Zarsaza pun lepak la ..

Tempat keramat kaki bola Terengganu

Keputusan akhir ialah 3-2, kemenangan berpihak kepada Persebaya. Aku tak maula mengulas tentang 3-2 tu pasal En. Zarsaza dah cover dah (sini woit). Apa yang aku pelik dengan gelagat beberapa penyokong di kedai makan tu.

Mereka bersorak semasa Persebaya skor gol. Really?! Sebab menda nie memelikkan dan menjelikkan aku, so aku nak repeat skali lagi. Mereka BERSORAK masa Persebaya skor gol dan mengeluh masa Kelantan skor. Aku tahu yang grup tu bukan orang Indon pasal budak-budak tu femes jugak sebagai penyokong tegar Terengganu FC dulu. Muka sorang-sorang pun femelier kat tempat tu.

Woit!! Aku tahu la yang Kelantan tu musuh ketat Terengganu tapi c'mon la guys. Kelantan lawan Persebaya tu. Kelantan tu wakil Malaysia, samada korang suka ke tak, mereka tu wakil kita semua. Aku tak faham betol la dengan jenis penyokong macam nie. Seriously, tak tahu beza ke semangat kenegerian dengan kenegaraan?

Aku harap hanya sebahagian je penyokong Terengganu yang jadi gini. Kalau tak, malu beb. Menang sorak kampung tergadai la kalau gini. Aku? Aku hanya bersorak kalau ada awek cun je yang lalu kat situ...tapi sorak dalam hati je la.




Stay safe. Peteh Teranu Peteh!



-- Mr. Aish --

Pick of The Day -- 29/12/ 2011



Luis Suarez Kena Ban Lagi!!

Tak habis-habis si Suarez nie. Lepas kena ban 8 games sebab komen perkauman yang dibuat kepada pemain Man United, Patrice Evra, Suarez sekali lagi diberi satu lagi ban atas isyarat tidak senonoh semasa kekalahan dengan Fulham lepas.

maksud isyarat nie ialah 'saya nak kene ban lagi cik referee'


Bukan tu je, Liverpool jugak turut didenda tambahan 20,000 pound oleh pihak FA England atas sebab kegagalan mengawal pemain.

Apa nak jadi la dengan Suarez nie. Sayang plak, permainan Suarez bagi aku best, tapi perangai atas padang lak tak best. Ai..ai..ai







Cyruff : " Real Madrid lebih berbahaya dengan Low,"

Joechim Low, the next galacticos?

Johan Cyruff mendakwa Real Madrid lebih baik jika mempunyai jurulatih seperti Joachim Low.

Joachim Low, jurulatih pasukan Jerman sekarang dikatakan salah seorang pengganti Mourinho sekiranya Mourinho meninggalkan Real Madrid akhir musim ini.

Aku bukannye kisah sangat apa yang kuar dari mulut pakcik nie sebenarnya sebab sejak Mourinho amik alih pasukan, dia adalah orang yang paling anti Mourinho. Tapi aku juga sebenarnya agak bersetuju dengan pandangan dia yang Low mungkin boleh menjadi jurulatih yang baik kepada Real Madrid.

Walaubagaimanapun, Mourinho tetap dihatiku!!




Alexandro Pato ke PSG?

Terbanglah wahai Pato, pulangla ke Real Madrid

Naib presiden AC Milan, Galliani mendakwa laporan striker mudanya, Pato ke PSG adalah khabar angin semata-mata.

Pato, yang baru-baru ni mendakwa dia dan jurulatihnya, Alliagri kurang berkomunikasi dan menyebabkan dia rasa tersisih dari skuad AC Milan. Dikhabarkan PSG bersedia untuk membayar 50 juta Euro untuk bawak Pato ke sana.

Khabar angin ni semakin berangin apabila bekas pengurus AC Milan dan Chelsea, Carlo Ancelloti dikonfemkan akan menjadi head coach baru PSG.

Pada pendapat aku, Milan bodo jika melepaskan Pato. Sekian.




Stay safe. Real Madrid lagi hebat dari Kelantan.




-- Mr. Aish --

Segmen baru!! Segmen baru!!



Apa dia benda tu? PoTD adalah berita-berita harian bolasepak yang menarik dari liga Itali, Sepanyol dan England. Takla semua berita. Mampus la aku kalau nak amik semua. Hanya yang terbaik saja akan dipilih ye. Harap maklum.






Stay safe. Real Madrid ale-ale.





-- Mr. Aish --

Tuesday, 27 December 2011

Messi+C. Ronaldo = 1/2 Zidane...

Kali nie, Aishcornerlot nak menyahut seruan kerajaan supaya rakyat Malaysia celik Matematik.

So, formula yang Professor Aish nak bagi kali nie adalah :

Messi+C. Ronaldo = 1/2 Zidane ..


Tak percaya dengan formula nie?

Enjoy!!


Monday, 26 December 2011

Flop of the Year 2011!!

Tahun 2011 hampir berakhir. Tahun 2012 bakal menjelma. Tak lama lagi bakal diumumkan siapa pemain terbaik dunia 2011. Jangkaan aku Leo Messi dan diikuti dengan Cristiano Ronaldo. Tetapi, Aishcornerlot mengambil satu langkah ke depan dengan mengumumkan Dua lagi anugerah baru tahun ini iaitu Anugerah Football Flop Player of 2011 dan Football Flop Team of The Year 2011.


Dan ianya dimenangi oleh ... **drumroll**


Fernando 'Simpsons' Torres


Football Team Flop of The Year 2011 jatuh kepada **drumroll**



Manchester 'Potato' United


Okay..Jangan marah ye. Bukan Aishcorner yang memilih pemenang-pemenang nie. Pundit kami dari London, Mr. John Robertson yang menjadi jurinya. Kata Mr. John, Torres memang layak pun dapat anugerah individu tu dan Menyu pulak, Mr. John cakap, kegagalan Menyu ke 2nd round ECC menjadi sebab team mereka dipilih sebagai team flop of the year.

Jadi, kalau tak puas hati, marah Mr. John Robertson yer..





Stay safe. Real Madrid dihatiku..






-- Mr. Aish --
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...