Iklan Corner

Showing posts with label EPL. Show all posts
Showing posts with label EPL. Show all posts

Tuesday, 31 January 2012

EPL : Van Persie to the rescue..again..


Sekali lagi, Van Persie datang selamatkan Arsenal bila pasukan diorang bangkit untuk mengalahkan Aston Villa.

Arsenal bergantung hidup atas sehelai bulu ketiak Persie

Soalan aku untuk peminat gunners..

"Sampai bila korang nak harapkan Persie datang selamatkan korang?"


Pembelian Wenger musim panas dulu. takdak sorang pun yang boleh membaik pulih pasukan. Arteta bukan Fabregas, Benoyoun bukanlah Ljungberg. Hanya Mertesacker yang boleh harap skit pun. Tu pun pasukan Arsenal masih leaking gol seumpama lubang tandas bocor.

Boo Wenger!! Get out Wenger!!






Saturday, 28 January 2012

Aku taknak Wenger!!

Damn..khabar angin semakin kuat mengatakan Real Madrid mahu menggantikan Mourinho dengan Arsene Wenger (Wingga).

Aku tak nak Wenger!! ARghhh!!!



Aku mahu Mourinho! Bukan cikgu kindy nie!!


Hala MOurinho!!





Wednesday, 18 January 2012

Kah Kah! Wenger wat giler lagi!

Petikan Daily Mail


Wenger berminat nak beli anak Van Persie?

Kah Kah Kah!! Itu je aku boleh kata kat Arsenal.

Tak habis-habis si Wenger nie. Baik berenti jadi manager dan bukak Tadika jer. Arsenal baru je kalah dengan Swansea, tapi apa Wenger nak buat? Sain budak 5 tahun! Nanti budak tu besar, Wenger tah ada tak lagi tau atas dunia nie. Lawak tul.

Kah Kah Kah Kah Kah!! Aku kesian kat peminat Arsenal macam Zarsaza tu. Memang kesian la kat mung Zarsaza.

Hala Madrid!!


Wednesday, 4 January 2012

Aish's cornerlot Team of The Year !

Seperti mana yang korang tahu, satu undian telah dijalankan oleh pihak Aish cornerlot untuk menentukan siapa player terbaik 2011 dan kita telah pun mendapat hasilnya di sini (link).

Sekarang tiba pula masa untuk menentukan ...

Aishcornerlot Team of The Year 2011!!




SUBS:


Manuel Neuer (Bayern Munich)

Thiago Silva (Milan)

Philip Lahm ( Bayern Munich )

Xabi Alonso ( Real Madrid)

Angel Di Maria ( Real Madrid)

Edison Cavani ( Napoli)

Lavezzi ( Napoli)




Berikut adalah antara pemain yang aku rasa terbaik dalam posisi masing-masing untuk tahun 2011.

Macam mana? Korang sumer setuju tak? Jika korang rasa tak tepat, bolehlah korang bagitau aku pilihan pemain korang untuk Team of The Year 2011 plak.




Stay safe. Hala Madrid forever!!






Friday, 30 December 2011

epl vs la liga?

Fight! Fight! Fight!

" La Liga adalah liga terbaik dunia," kata Cristiano Ronaldo.(sini)

Sejurus sahaja keluar perkataan tu dari mulut CR7, maka bertempiklah seluruh peminat EPL di Asia dan dunia.

Seperti mana yang sume tahu, kebanyakan peminat bola Asia amnya, dan Malaysia khususnya, lebih menggemari Liga Perdana Inggeris daripada liga-liga lain di dunia. Tanyalah rakan rakan anda yang minat bola, tanyalah pasukan mana yang jadi pilihan dia, aku percaya hampir 80 % daripada rakan anda akan menjawab 'Man U, Man City, Liverpool, Arsenal, Tottenham atau QPR.'

Tanyalah pula dia plak boleh tak namakan 5 pasukan yang bertanding dalam La Liga, tengok boleh tak mereka jawab?

Spain; World Cup 2010 and Euro 2008 winners


Begitulah kuatnye pengaruh EPL dalam kehidupan kita. Kenapa ini boleh berlaku sebenarnya? Adakah betul seperti yang didakwa yang Liga Perdana Inggeris lagi hebat dari La Liga Sepanyol? Mari kita lihat apa yang berlaku sebenarnya. Kenapa ada antara kita yang tersalah anggap sebagai EPL lebih hebat dari La Liga?


Kuasa Media

Kuasa media sebenarnya memainkan peranan yang amat besar dalam fenomena ini.Perlawanan EPL lebih banyak disaksikan oleh peminat di Asia kerana waktu tayangannya jatuh pada waktu perdana di mana ramai orang di Asia boleh menyaksikan perlawanan lebih awal. Tidak seperti perlawanan La Liga, perlawanan EPL diekjas waktunya untuk menyesuaikan perlawanan dengan waktu tontonan di Asia. La Liga pula kebanyakkannya bermain pada awal pagi (2-3 pagi) sekaligus membataskan penonton-penonton di Asia untuk megikuti siarannya. Oleh sebab ini, tidak ramai yang dapat mengikuti perkembangan kumpulan-kumpulan La Liga kerana siaran yang terlalu lewat. Oleh sebab itu, Real Madrid mengambil keputusan untuk membuat eksperimen dengan mengadakan perlawanan awal ketika menentang Osasuna beberapa bulan yang lepas dan hasilnya di China sahaja, dilaporkan seramai 120 juta orang menyaksikan perlawanan tersebut. (sini).


Senarai pemenang Ballon D'Or 2005 -2009

** senarai di atas menunjukkan hanya 5 sahaja pemain yang pernah masuk list Ballon D'Or bermain Di England dan hanya satu daripadanya pemain England. Haha..

Kenapa aku rasa La Liga lebih baik dari EPL?

Pasukan

ramai yang mengatakan, La Liga ialah two horse race. It's either Barca or Real Madrid. So jawapan aku kepada mereka adalah; sejak 7 tahun yang lepas, hanya Man Utd atau Chelsea je yang menang EPL. Tak sama ke tu? Bukan saja tu, Barca (yuks!!!) baru je kalahkan juara EPL, Menyu tahun lepas. Terus Menyu tak layak main second round tahun nie.

Players point 1

most of the world best players play in La Liga. Nuff said.

Players point 2

Liga mana yang lagi mencabar? EPL?
Okay sebutkan mana-mana pemain EPL yang berjaya kat La Liga? Lebih-lebih lagi pemain England..emm.. I thought so.
Sebaliknya pemain-pemain dari liga Sepanyol yang pergi ke EPL terus menyerlah di sana. Silva, Yaya Toure, Aguero, Torres (Liverpool), Xabi Alonso dan ramai lagi..lenguh nak taip.

Liga Juara Eropah

Pasukan mana yang lebih banyak memenangi kejuaraan Eropah? EPL teams? (urghh..)



Tu antara point yang aku dapat fikirkan buat masa sekarang. Tapi, aku juga bersetuju dengan pendapat yang mengatakan EPL lebih laju permainannya berbanding La Liga.


Tujuan artikel ni ditulis bukan untuk mencari musuh. Ianya ditulis sebagai renungan bersama. Jika ada yang ingin memberikan pandangan masing-masing tentang EPL vs La Liga, bolehla tinggalkan komen anda di bawah.



Stay safe. Real Madrid shall rise again!!




-- Mr. Aish --

Tuesday, 27 December 2011

Liverpool dan Chelsea Sengaja Lepas Peluang

Sudah jatuh ditimpa tangga!Itulah yang terjadi kepada dua pasukan yang boleh dikira faveret dalam Liga Perdana Inggeris. Mana tidaknya semalam kedua2 pasukan berkenaan, tercicir mata lagi. Ini membolehkan peluang Arsenal memintas Chelsea dan Liverpool terbentang luas. Arsenal yang pada mulanya dilihat bakal tercicir liga juara Eropah musim depan tampak semakin bersemangat menungut 3 mata lagi yang berharga pukul 11 malam ini.

Andre Villa Boas telah menyerahkan bendera putih pabila menegatakan peluang untuk bersaing dengan Man U dan Man City tampak semakin tipis. Ini di susuli dengan berita dari owner Chelsea yang bersedia mengeluarkan wang sebanyak RM opssss 150 000 000 pound sterling untuk membeli pemain baru chelsea.
Imbas kembali.....saat2 manis yang merupakan kejuaraan terakhir liverpol pada tahun 1990 sebelum di rampas oleh skuad Alex Ferguson.


Buat Liverpool kemerosotan prestasi membuatkan manajernya pening kepala lagi. Walaupun  ramai pemain bintang yang di bawa masuk di awal musim namun gagal juga menghasilkan  mata bertemu pasukan sederhana liga EPL.  Bertemu Blackburn di gelanggang sendiri sepatutnya harus di lumati dengan 3 mata, tapi apakan daya kelemahan jentera serangan Liverpool menggagalkan misi penting ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...