Iklan Corner

Showing posts with label Malaysian Football. Show all posts
Showing posts with label Malaysian Football. Show all posts

Sunday, 12 February 2012

Kelantan 2 - Terengganu 1

MEMANG LAYAK KALAH!


Salah sorang player Terengganu yang bertukar jadi Zombi semalam

Aku tak marah sangat kalau Terengganu kalah dengan Kelantan. Tapi kalau dah main macam jalan-jalan kat taman permainan kanak-kanak, dengan performance dari pemain import pun tak seberapa, memang skit sebanyak panas gak aku tengok.

Aku dari dulu bukan la fan besar Mat Zan. Dan semalam sekali lagi aku naik hairan bila Hadi yang diturunkan menggantikan Manaf Mamat. Aku ingatkan Manaf cedera, tapi rupanya dari sumber yang dipercayai oleh aku, itu adalah percaturan taktikal jurulatih kita. Begitu juga dalam kes Joseph kalang Tie.

Mungkin diorang mengalami kecederaan, itu aku tak pasti. Tapi kalau keputusan tak menurunkan dua pemain itu dibuat atas percaturan taktikal jurulatih, aku sebagai peminat pasukan Terengganu, kene la rasa bimbang jugok. Bermain di tempat lawan, dengan pasukan lawan merupakan sebuah pasukan yang kuat, dua pemain penting kita dibangku simpanan?! Digantikan pula dengan Hadi?! Apa sudah jadi Encik Jurulatih? Dah lama mana Hadi tak perform untuk Terengganu? Pemain import plak, stakat nie takdak sorang pun yang menunjukkan permainan yang meyakinkan..malang betul skuad kita. Mempunyai antara skuad yang terbaik di liga M, tapi takde apa pun yang boleh dibanggakan.

Sakit hati betul aku tengok bila main sambil ambik angin atas padang macam tu. Bukan bermaksud nak kritik lebih-lebih, tapi korang semua membawa harapan seluruh rakyat Terengganu, jadi kitorang harus rasa kecewa bila tengok korang semua main macam ZOMBIE!!


Peteh Terengganu Peteh...






Tuesday, 31 January 2012

Terengganu Nelang; Bek pun nelang!

Ahmad Muslim Ahmad

Posisi : Bek Tengah


Dalam ramai-ramai pemain Malaysia yang beraksi untuk skuad kebangsaan, aku suka tengok permainan budak nie. Bukan bermakna aku gay, tapi cara permainan selambe dia menambat hati semua peminat bola Malaysia amnya.

Mungkin sebab aku pernah bermain dalam posisi yang sama (walaupun sekarang aku lebih bergerak bahagian midfield ala Xabi Alonso), Ahmad Muslim menjadi perhatian aku setiap kali dia turun beraksi. First time aku tengok dia dalam perlawanan Harimau Muda 2 tahun yang lepas rasanya, aku dapat rasa yang dia bakal menjadi pemain bek regular dalam pasukan Malaysia.

Permainan yang tenang, pembacaan permainan yang baik dan tidak banyak melakukan rash takle adalah ciri-ciri pemain yang berusia 23 tahun nie. Bila aku dapat tahu yang dia bakal menyertai Terengganu musim nie, lagi aku suka sebab dia akan berganding dengan Marzuki Yusof, otai Terengganu yang sememangnya seorang defender yang amat baik. Malah, aku rasa Ahmad Muslim ni mempunyai potensi untuk jadi lebih baik dari Zamani Misbah.


Marzuki Yusof yang otai

P/s :Aku ada terserempak dengan Marzuki Yusof hari tu kat Giant dengan Mr. Zarsaza, tapi tak sempat snap gambar sebab henset buruk jer. Anyway, Terengganu akan terus mengganas dengan adanya dua bek kental nie.



Peteh Terengganu Peteh!!





Sunday, 29 January 2012

Terengganu dalam krisis?!


Aku berpeluang untuk menyaksikan pasukan kedua feveretku selepas Real Madrid beraksi dalam TV malam nie. Biasanya perlawanan Terengganu jarang disiarkan dalam TV, so bila pihak ASTRO menyiarkan perlawanan Lions XII vs Terengganu, aku terus mengambil peluang untuk tengok perlawanan nie.

Carta Liga Super terbaru dari FIFA.COM
Keputusan akhir perlawanan memihak kepada Terengganu. Gol tunggal dijaringkan oleh penyerang import terbaru, Doe. Tapi aku dapat tengok beberapa kegoyahan yang terdapat dalam perlawanan nie.

Pada separuh masa pertama, Terengganu gagal bermain dengan baik. Malah ada beberapa kali Lions XII dari Singapura berjaya mengatur gerakan serangan yang berbahaya ke arah kubu pasukan Terengganu. Mungkin kerana keadaan padang rumput sintetik yang mengganggu rentak permainan biasa Terengganu, mungkin juga ketiadaan midfielder Joseph Kalang Tie turut menyumbang kepada kepincangan pasukan ini, aku tak tahu.

Separuh masa kedua berjaya menyaksikan Terenggany mula menguasai permainan dengan rantaian hantaran yang kemas dan lebih baik berbanding separuh masa kedua. Tetapi dengan hantaran akhir pasukan yang agak lemah, Terengganu gagal menghasilkan sebarangan jaringan sehinggalah F. Doe berjaya menjaringkan gol pada minit 70++.

Kalau menang, krisis apendanya?

Aku minat Terengganu yang dipimpin oleh Irfan Bakti kerana gaya permainan serang balas yang menarik. Terengganu bawah Irfan begitu berbahaya sebaik sahaja melakukan gerakan-gerakan balas. Gerak kilat dan ketepatan hantaran menjadi nadi pasukan Terengganu musim lepas sehinggakan berjaya ke final FA dan PM. Walaupun seringkali mendapat kritikan pada awalnya, pasukan ini meneruskan aksi cemerlang sehinggakan berjaya menutup mulut beberapa pengkritik lebih-lebih lagi ketika menentang Kelantan pada separuh akhir PM. 

Namun, selepas Irfan Bakti berhijrah, Terengganu dipimpin oleh Mat Zan sehingga sekarang. Aku bukannya tak suka Mat Zan. Tetapi aku masih lagi sangsi dari segi kebolehan taktikalnya, adakah Mat Zan dapat bersaing dengan pengurus-pengurus seperti Irfan dan Azrai?

Mat Zan Mat Aris
Aku tak pasti. Malah dalam perlawanan menentang Lions XII malam nie, aku dapat perasan beberapa perkara yang menarik perhatian aku:

Kurangnya overlapping dari fulbek Terengganu

Aku tak pasti apakah sebabnye. Mungkin ini berlaku atas arahan taktikal Mat Zan, atau kurangnya disiplin dan pemahaman taktik dari fulbek tu sendiri. Namun, apa yang pasti, jika fulbek kerap membuat overlapping, ini sedikit sebanyak dapat memberi tekanan kepada kubu pihak lawan.
  
'Kehilangan' Manaf Mamat dalam serangan

Jangan salah faham. Manaf Mamat memang ada dalam perlawanan. Tapi peranan dia lebih dalam, mungkin kerana peranan F.Doe sebagai penyerang utama Terengganu sekarang. Aku suka Manaf Mamat mengekalkan posisi dia seperti dalam pasukan Irfan Bakti hari tu. Dia sebenarnya seorang striker yang cukup berbisa. Tapi bila dia memainkan peranan dengan lebih dalam, kita kehilangan sengat di bahagian serangan. Kenapa tidak dia di barisan depan dan F. Doe menjadi second striker? Hanya Mat Zan yang tau.


Dan yang paling besar sekali, yang aku paling TAK PAHAM...

Memasukkan Abdul Hadi Yahya ketika permainan berbaki 2 minit lagi.

Dalam banyak-banyak percaturan Mat Zan, yang ini aku paling tak paham. Seriously, kebanyakan manager, even Alex Ferguson pun, tahu yang bila kita hanya lead 1-0, pentingnya kita memasukkan seorang pemain defensif paling tidak pun midfielder untuk melindungi kelebihan jaringan kita tu. Lebih-lebih lagi ketika kita bermain di tempat lawan. Bila Mat Zan memasukkan striker dan menggantikan midfielder (Shamsul), aku hanya boleh kata WHAT THE HELL?! Kalau betul pun nak cari satu lagi gol, kenapa memasukkan striker pada 2 minit terakhir?! Inilah percaturan yang paling tak masuk akal oleh seorang manager.


Ini mungkin tidak menjadi perkara besar bagi kita sekarang kerana Terengganu masih berada dalam kedudukan selesa dalam carta liga. Tapi, jika inilah gaya percaturan Mat Zan, aku tak rasa kita boleh pergi jauh musim nie.

Hei..just my two cents here..nothing more than that!


PETEH TERENGGANU PETEH!





Monday, 16 January 2012

Negeri Sembilan penuh pemain potensi

[Analisis] Kali ni aku ingin memberi ceramah pasai team nogori plak. aku sangat tertarik pasai team bimbingan Azrai Khor Abdullah ni pasai apa team ni banyak pemain-pemain berpotensi. seperti mana di kedah dulu, munculnya Badrol Bakhtiar kerana Azrai, kali ni dalam team nogori Azrai sekali lagi mempertarukan ramai pelapis muda dalam pasukan musim ini. Kita tahu musim lepas beberapa bintang telah keluar berhijrah dan dikatakan  telah 'hilang separuh kekuatan'.Pemain yg paling menonjol setakat ini , jum kite tengok.


1) Juan Effa Owana.

Gile tinggi sial negro Cameroon nih. pengganti hairuddin Omar ni nyata pemilihan nya tidak sia-sia.Setakat hari ni, sudah 2 gol di sumbat.2 gol itu dengan menggunakan kaki dan kepala. Dengan ketinggian yg ada, tiada masalah untuk menyambut hantaran silang dari midfield.

2)S. Kunanlan


Laju pemain ni. Lariannya sangat menakutkan musuh. Dikatakan mempunyai paru2 yg besar, kata Zinal Abidin Rawop. Hantaran lintang nya sangat canteek.

3) Shakir Ali


entah mcm mana pemain ini begitu menojol. pengganti Zaqwan Adha ni nyata selesa sebagai penyerang. setakat ni 2 gol.

4) Mahadevan

centre back yg sangat tinggi.ade potensi wakili negara. boleh diiibratkan sebagai Per Mertersacker.ditukar ke cb dari midfield oleh Azrai. setakat ni dipuji peminat. kalau main negara memang best sbb  tinggi lampai boleh bantu menewaskan musuh striker yg tinggi. Kalau ade sedikit agility, boleh menjadi satu cb yg sangat ampuh untuk Malaysia.

5) Rashid Mahmud

tidak diketahui mana asalnya.tetapi percaturan Azrai memberi keutamaan kepada Rashid di tengah memaksa kapten Jang, Shukor Adan berada di tepi padang membancuh air saja. dikatakan Shukor dikatakan terdesak untuk kembali tapi prestasi membanggakan Rashid menidakkan hasrat Kapten Jang berpengalaman itu.

sebenarnya ramai lagi pemain negeri sembilan yg muda yg bakal menonjol dan hanya menunggu masa untuk meledak. tetapi dengan liga yg kompetitif ni kita tunggu dan lihat samada pemain Negeri Sembilan boleh bertahan  dengan cabaran yg bakal menanti mereka.

Sunday, 15 January 2012

Marila mari, kita mengundi!

Liga Super kembali lagi!!

Bolasepak Malaysia kembali hangat bila bermulanya Liga Super untuk tahun 2012. Kali ni, lagi gempak sebab FAM kembali memberi kebenaran kepada pemain import untuk beraksi dengan pasukan-pasukan tempatan.

So, Aish's cornerlot nak ajak korang sumer untuk sama-sama kita predict saper yang bakal muncul juara untuk tahun nie plak. Undian bola dibuat di sebelah kiri blogspot nie. Enjoy!

GAMBAR NIE TAKDE KENA MENGENA PUN DENGAN ENTRI, SEKADAR PEMBAKAR SEMANGAT!


Hala Madrid Malaya!




Liga Super Malaysia

Kite beralih ke Liga tempatan pulok, asyik liga eropah je. Berikut kedudukan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Super Malaysia seperti yang anda lihat diatas. Pasukan T-Team adik kepada Terengganu FA mendahului pencabar lain untuk menguasai tangga teratas liga selepas mengaharungi dua perlawanan dengan 6 mata setakat ini. Sementara di ekori rapat oleh 3 pasukan lain iaitu N.Sembilan, Kelantan dan Selangor yang berkongsi 4 mata. Terengganu yang memulakan aksi Liga Super tanpa awang import, menarik nafas lega selepas FAM memutuskan melanjutkan tarikh pendaftaran pemain import sehingga 13 Feb ini.

MB Terengganu kite Mat Said


Wednesday, 11 January 2012

terengganu bakal musnah?

[Analisis]Ape yang aku telah takuti kini seakan menjadi realiti. Walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan tajuk musnah kerana nampak melebih tapi aku tidak dapat menyembunyikan kebimbangan betapa Terengganu akan beraksi berat sebelah berbandig pasukan2 lain di Liga Super. Memang kalau dilihat sebelum ini Terengganu tampak gah kerana disifatkan membarisi pemain tempatan handalan. Lihat semua bahagian, dari penjaga gol hinggalah ke bahagian serangan tampak tiada masalah untuk Terengganu. Namun ramai yang lupa dengan adanya pemain import  semua pasukan dkira 'fair and square'. Tiada mana pasukan yang dikire feveret. Yang harap feveret cumalah pasukan negeri masing2 yang menyokong tim masing2. Selepas menyaksikan game semalam, taktikel dikira hancur., Semua tak menjadi.walaupun membariskan bintang tempatan, namun dtenggelami dengan aksi import Perak. Penyerang import Perak nampak berbahaya semalam. Jadi kehilangan pemain import akan ditangung selama 4 bulan oleh pasukan sang Penyu. Result pasti berat sebelah nanti.

Mat Zan....perlu bukti kemampuan

Faktor kedua adalah Mat Zan. Aku sebenar gusar dengan tindakan Presiden PBSNT Datuk Che Mat Jusoh kerana memilih Mat Zan Mat Aris. Bagi aku taktikel beliau tidaklah sehebat mana. Selepas meninggalkan terengganu, team yang beliau bimbingi tidak sampai ke mana seperti Pos Malaysia. Kenapa PBSNT tidak bercita tinggi mendapatkan jurulatih seperti Wan Jamak, Azrai Khor, Sathia ataupun Dollah Salleh yang lebih hebat dari segi taktikalnya. Memang benar Mat Zan pernah membawa pulang piala Malaysia 2001 namun itu bukanlah alasan lagipula beliau mewarisi pemain2 seperti Rosdi Talib, Zulharisan Awang, Hairuddin Omar yang mewakili generasi emas 2001.Walaupun begitu terlalu awal menilai prestasi sebenar Terengganu. Tapi jika tak menang 8 game berturut turut seperi QPR baiklah gantikan beliau dengan coach yang lebih efisien. dan hasrat untuk memengangi Piala Liga Super boleh difikir tahun depan pula!
Warnock...tiada jodoh

Tuesday, 10 January 2012

Terengganu menanggung derita

Dua pemain import Terengganu Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnieto dari Brazil sah tidak dapat beraksi dalam Liga Super Malaysia musim ini. Dalam surat pekeliling yang diterima oleh PBSNT, FAM secara jelas menyatakan syarat-syarat pemain import untuk pasukan Kelantan dan Terengganu yang akan bermain dalam Liga Malaysia (Liga-M) 2012 dengan skuad Penyu diberi tempoh pendaftaran sehingga 9 Januari ini. Bagaimanapun, FAM mengakui kesilapan berlaku apabila pekeliling itu sebenarnya merujuk kepada pendaftaran pemain import untuk kempen Piala AFC dan bukannya untuk Liga-M. Dua pemain import yang di daftarkan dalam skuad Terengganu hanya layak beraksi pada Piala AFC gara-gara kesilapan FAM. PBSNT juga terpaksa menanggung sengsara ekoran daripada kesilapan teknikal yang dilakukan FAM, termasuk kerugian dari segi kewangan, masa dan tenaga. 

Walaupun tanpa pemain import, Terengganu masih mempunyai ramai pemain local yang berkaliber. Menjelang pertemuan pertama Liga Super Malaysia Terengganu VS Perak, tanpa kelibat awang import barisan 1st 11 yang bakal di turunkan oleh Terengganu :

sarbinee 

mazlizam, mazuki, muslim, zubir
joseph T, resyafiq, Syukur, Ashaari
manaf, hadi

Penyu Nelang !!

Sunday, 8 January 2012

PIALA SUMBANGSIH 2012 : KELANTAN FA vs N.SEMBILAN FA

Debaran Liga Super Malaysia semakin hampir dimana 14 pasukan akan melakukan sepak mula pada 10 Disember ini. Siapakah yang bakal merangkul kejuaraan Liga Super Malaysia pada tahun ini?.
 
Pasukan Hobin Jang Hobin memberi amaran awal kepada 13 pasukan yang bertanding dimana mereka telah muncul juara Piala Sultan Ahmad Shah dalam perlawanan sumbangsih menewaskan juara Liga Super Malaysia musim lalu iaitu Kelantan dengan kemenangan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam . 
Kelantan membuka tirai jaring melalui penyerang Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 19'. Bagaimanapun penyerang import N.Sembilan Effa Owona berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke 30' dan minit ke 63', sekali gus memastikan kejuaraan milik N.Sembilan. 

GOL KELANTAN FA : NORSHAHRUL IDLAN TALAHA 

(KELANTAN FA 1-0 NEGERI SEMBILAN FA)


GOL N.SEMBILAN FA : EFFA OWONA
 (KELANTAN FA 1-1 NEGERI SEMBILAN FA)

GOL N.SEMBILAN FA : EFFA OWONA 
(KELANTAN FA 1-2 NEGERI SEMBILAN FA)

Pastinya kemenangan N.Sembilan memberi kenangan manis buat jurulatih Azraai Khor Abdullah kerana sepanjang kerjayanya, jurulatih itu belum pernah menjulang piala berkenaan walaupun pernah membantu Kedah melakar sejarah memenangi kejuaraan treble - Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA - 2007 dan 2008. Walaupun pasukan N.Sembilan kehilangan lima tonggak (Hairuddin Omar, Irwan Fadly Idrus, Mohd Farizal Harun dan kembar Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak) yang mengangkat kaki meninggalkan pasukan, barisan pemain muda yang diberi kepercayaan oleh Azraai Khor telah membuktikan kemampuan mereka. Kekalahan Kelantan pastinya memberi tamparan hebat buat pengendali The Red Warriors Peter Butler untuk menjulang trofi sulung musim 2012.

Thursday, 5 January 2012

ASIAN BEST GOAL KEEPER 2011

Menjadi kebanggaan peminat bola sepak tanah air dimana Apek (Khairul Fahmi Che Mat) penjaga gol Malaysia tercalon dalam pemilihan Asian Best Goal Keeper for 2011. Antara calon lain yang terpilih oleh Goal.com ialah Ali Al Habsi (Wigan & Oman), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan & Malaysia), Mohammed Saqr (Al Sadd), Mark Schwarzer (Fulham & Australia) dan Yang Zhi (Beijing Guoan & China).

Anda berpeluang mengundi di sini  Who should be the Asian Best XI goalkeeper for 2011? - Goal.com .Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mengundi Apek sebelum 10 Januari 2012. Caya La Apek

Bola Sepak Terengganu

"Kontroversi Lagi - Terengganu Salah Faham, Pemain Import Tidak Boleh Didaftar : FAM"
Kurang 24 jam selepas mengesahkan dua pemain import, Francis Doe dan Erison Da Silva dapat didaftarkan untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia, Persatuan Bolasepak Terengganu mungkin terpaksa melupakan hajat besar mereka itu, apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Dato’ Hamidin Amin menegaskan pemain yang didaftarkan selepas tarikh 8 Disember 2011 tidak layak beraksi dalam saingan liga, tanpa sebarang KEISTIMEWAAN kepada mana-mana pasukan.

“kita kekal dengan keputusan sama 8 Disember adalah tarikh tutup pendaftaran pemain import bagi kesemua pasukan, pemain yang didaftarkan selepas itu adalah untuk Piala AFC, jangan ada salah faham. Kita tiada beri kelonggaran kepada sesiapa, kita tidak rombak mana-mana polisi pendaftaran pemain..nak daftar jugak tunggu 2 April, kita buka balik pintu pendaftaran”, tegas Dato’ Hamidin.

Ini nyata bercanggah dengan kenyataan Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh yang menegaskan pendaftaran dua pemain tersebut dibuat selepas menerima Surat Pekeliling FAM bertarikh 23 Disember 2011 yang dihantar kepada persatuan tersebut, yang memberi mesej jelas Terengganu masih boleh membuat pendaftaran pemain import sehingga tarikh akhir 9 Januari 2012
“senarai pemain-pemain asing untuk didaftarkan di Liga M 2012, hendaklah dikemukakan kepada FAM sebelum atau pada jam 12 tgh hari, Jumaat 6 Januari bagi pasukan Kelantan, manakala bagi pasukan Terengganu ialah sebelum atau pada jam 12 tengah hari, Isnin, 9 Januari, dengan mematuhi peraturan dan syarat ditetapkan..tarikh tutup untuk pendaftaran AFC adalah 6 Februari 2012”. – Antara isi kandungan surat pekeliling yang dibacakan Dato’ Che Mat Jusoh. (untuk mendengar sendiri, boleh ke link ini : http://www.youtube.com/watch?v=ZkYwnjkXJk4 )
Jika FAM kekal dengan keputusan untuk tidak melayan pendaftaran Francis Doe, penyerang berasal dari Liberia dan Silva, pemain tengah kelahiran Brazil itu, ia nyata satu tamparan hebat buat Sang Penyu yang sebelum ini menyaksikan FAM tidak meluluskan pengambilan seorang lagi pemain import, Tercio Nunez Machado.

Malah, ia juga pastinya hakikat sukar diterima para penyokong Terengganu yang memasang impian besar mahu melihat pasukan kesayangan mereka mampu untuk memberi cabaran hebat dalam saingan domestik musim ini.

Apa yang pasti percanggahan ini pastinya mewujudkan episod panas baru tatkala saingan Liga Super musim baru tinggal kurang seminggu untuk membuka tirai. Kita pastinya menantikan apakah jawapan FAM seterusnya dan apa pula reaksi PBSNT dalam menangani perkara ini.

Tuesday, 3 January 2012

Mampukah Azraai Khor perangkap Kijang?

Tinggal beberapa hari saja lagi Negeri Sembilan akan berdepan dengan skuad Kijang pimpinan Peter Butler. kita kan apat menyaksikan bagaimana master tactician Arai Khor berdepan dengan jurulatih yang kaya dengan pembglaman di peringkat antarabangsa itu. dengan kemegahan musim lalu sebagai juara piala Malaysia itu masih terasa, Azrai Khor berdepan dengan tugas getir apabila beberapa pemain utamanya berhijrah ke pasukan baru musin ini. ayam tambatannya, Hairuddin Omar, Zafuan dan Zaqwan telah pun memilih asukan ATM. ini disifatkan oleh pemerhati bola sepak Negeri Sembilan telah hilang separuh kekuatan berbanding musim lalu. Bahkan hakikat ini diakui sendiri oleh jurulatih pasukan Negeri. Namun begitu adalah awal untuk mereka menyerah kalah kerana kemasukan 2 tonggak import  boleh melakukan apa saja dalam perebutan piala Sumbangsih.
Azrai...kewibawaan Azrai bakal teruji.


Kelantan pula mereka telah menyiapkan diri dengan kempen yang sangat rapi dengan membawa perlawanan persahabtan bertaraf klas A. ini termasuklah perlawanan persahabatan dengan negara Maldives. Ini tentunya merupakan kesungguhan si Kijang untuk merebut piala maksimum untuk liga 2012. sama2 lah kita saksikan adekah mampu Kelantan mampu mempertahankan piala sumbangkish yg dimenangi tahun lalu.

Saturday, 31 December 2011

Liga England overrated?

bak kata Dato Azzudin Ahmad iaitu setiausaha agung FAM , tahun 2012 adalah tahun untuk pasukan bola sepak Malaysia memperbaiki ranking dan meningkatkan prestasi . saya bukan lah berjawatan besar dalam FAM , tapi kalau betul itu sasaran FAM , sepatutnya jadual persahabatan pasukan kebangsaan sudah penuh hingga JUN .

lawan yg akan ditentang mestilah yg setaraf atau lebih
kuat . tapi perancangan FAM dalam masa 6 bulan yg sudah pasti adalah kehadiran QPR untuk perlawanan persahabatan . dato rasa,lawan QPR nanti , ranking kita boleh tak potong Vietnam ? ataupun sekurang2 nya pasukan
Malaysia akan merasai perlawanan dengan kelab2 yang diminati oleh pemegang jawatan dlm FAM . dan mereka akan tersenyum bangga apabila di
sidang media , wakil kelab2 terbabit memberi penghargaan berupa jersey yang disemai indah di dalam frim serta tertulis nama si PENERIMA . manakala si pemain perlu kuatkan mental 2 kali ganda untuk berdepan cemuhan dan makian jika melakukan kesilapan .

ke mana arah untuk mereka raikan apabila menjaringkan gol dikala kiri kanan depan dan belakang semuanya apa ? dan apakah mereka akan terus ditandatangani oleh kelab tersebut jika bermain cemerlang ? tidak sama sekali . tetapi , demi menjaga AIR MUKA FAM maka , dijemputnya pemain berbakat kita untuk menjalani latihan walaupun sudah tahu kail hanya panjang sejengkal , tapi masih berani hendak menduga lautan yg dalam . peminat disini pula tertanya berjaya atau tidak , dpat atau tidak .

Kalau FAM benar2 ikhlas untuk memberi pendedahan atau menimba ilmu . kenapa harus ENGLAND ? oh , saya terlupa , Presiden FAM melancarkan dasar pandang ke ENGLAND sebaik saja Allan Harris berjaya menghadiahkan seluruh rakyat Malaysia pingat perak sukan sea 2001 . sejak dari itu , saban tahun , perlawanan persahabatan yg sepatutnya diadakan digantikan dengan perlawanan hiburan . ada yang kata itu adalah medan mereka timba pengalaman ? itu hanya ayat FAM sejak 10 tahun dahulu . Apakah VALUE EPL tanpa pemain import ? bilakah kali terakhir ENGLAND julang piala dunia . atau saya ingin sedikit biadap untuk tnya bilakah kali terakhir ENGLAND ke separuh akhir Piala Dunia . atau ingin lebih biadap lagi saya akan tanya BILAKAH KALI PERTAMA ENGLAND JULANG KEJUARAAN EURO ????? bila ? ada tertulis sejarahnya ... ?? tetapi FA mereka angkuh kononya untuk menjaga kualiti liga tersebut . saya ingin tanya sekali lagi , apakah kualiti EPL jika hanya pemain England saja didalamnya .. ? tapi saya terlupa , FAM dan FA England pandang reputasi , bukan prestasi .

jadi mereka terus memeterai usahasama yang tidak ada faedahnya . Jepun sudah boleh bermain tap dan one touch . kerana apa ? kerana pemain mereka memilih Germany . pasukan yg sentiasa konsisten dan liga mereka kompetitif . tidak ada sekatan atau biokrasi . tapi FAM kenal siapa Germany ? sudah tentu tidak !

kerana mereka masih utuh dengan DASAR MEREKA . pemain yg ingin ke luar negara , mestilah WAJIB singgah di Kepulauan British . Apakah FAM bertidak tegas bila Safee Sali sudah ada 60% peluang untuk bermain bersama Cardiff City . Apa FAM lakukan ? Rayuan ? bertegas ? cuba menghapuskan DASAR ? tidak sama sekali . mereka duduk bersilang kaki dan hanya memanggil media dan memberi jawapan " kita akan berunding" . yang kecewa bukan saja Safee , peminat setia juga turut kecewa . dan jika begitu tindakan FAM , kenapa harus teruskan lagi negara yg penuh dgn biokrasi ? apa kurang Germany ? Belgium ? Portugal ? Australia ? mahupun Sepanyol dimana Espanyol sudahpun mengikat pemain remaja Indonesia . sekali lagi sy ulang MENGIKAT . bukan LATIHAN 2 MINGGU . jika posting sy ini akan menyebabkan peminat kelab2 EPL marah . saya tidak kisah tapi mesti berhujah kenapa mesti mempertahankan mereka ?

(saya persoalkan disini adalah tentang kewajaran kelab EPL dtg lagi ke sini dan terus menjanjikan harapan palsu , bukan tentang sokongan anda terhadap kelab pilihan masing2 . itu adalah minat . tidak salah . jgn ada yang salah faham) . saya membesar dengan rembatan Arwah Supermokh . saya begitu cinta kepada bola sepak Malaysia sejak kali pertama menjejak kaki ke Stadium Merdeka pada 1974 .

credit : Abd Rahim Khamis

tokoh yang mampu merevolusikan bola sepak malaysia

aku tertarik ade mamat ni post...

tokoh2 ini yg mampu
merevolusikan bola sepak
Malaysia

Dato Aini Taib- kebajikan pemain
sentiasa no 1 dikepalanya

TSAM- Idea2 baru,mempunyai
ciri2 dasar pandang ke
TIMUR..Jepun destinasi Tan
Sri..bukan ENGLAND...

Shebby Singh: Biarpun agak
lantang,tapi apa yg beliau
katakan adalah realiti.. kritikan
beliau hanya FAM saja x terima
sedangkan Alan Shearer sendir
kagum dgn IDEALISTIC
beliau..mempunyai VISI jangka
masa panjang,tapi x diberikan
peluang..

LIM TEONG KIM: Malaysia
mungkin akan bermain tap atau
one touch football jika Teong Kim
berada disisi Rajagobal..Siapa
thomas Muller tanpa Teong Kim..

Dato Dell Akhbar Khan:
connection yg ckup bagus dgn
pasukan2 luar terutama di timur
tgh..

Tan Sri Tony Fernandez: Orang
bisnes, always thinking about
bisnes..tapi jika diberikan peluang
menjana pendapatan atau penaja,
Harimau Malaya tiada masalah...

#abd rahim khamis

Thursday, 29 December 2011

Kelantan terlepas peluang tunjuk kekuatan

Menjawab persoalan peminat tempatan.itulah yang mungkin berlegar di fikiran penulis kerana itulah kualiti yang sedia ada ditunjukkan oleh team yang antara pencabar utama Liga Super 2012. Jika kita mengambilkira persembahan malam tadi, dengan kualiti yang ditunjukkan ketika bertemu dengan Perserbaya itu, kita boleh membuat kesimpulan bahawa masih banyak perkara perlu dilakukanuntuk memajukan pasukan negeri.. Apabila pasukan Malaysia kalah baru2 ini, ramai peminat mahu pasukan Kelantan sahaja yang mewakili negara kerana tidak berpuas hati dengan mutu tim negara. Ramai peminat mahu melihat aksi Piya, Shakir Shari, dan lain2 menyarung jersi keramat hitam kuning itu. Mereka mempersoalkan kenapa nama2 besar2 negeri kelantan ini tidak dipanggil oleh Rajagopal.Bermacam2 cemuhan yang diterima jurulatih berpangkat Dato' itu.

Peter Butler ketika mewakili West Ham Utd
Bila kite lihat komen2 penyokong tegar negeri kelantan itu, ramai yang tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan. Mereka mendakwa Kelantan tidak bermain dengan tahap sebenar dan masih awal lagi. Ia, penulis bersetuju dengan pendapat itu, namun begitu kita lihat team dari Indonesia itu pun jugak tidaklah sehebat mana. Bagi saya sebagai pemerhati bola sepak tempatan, sangat mengharapkan Kelantan boleh menang perlawanan 'senang' itu dengan menunjukkan permainan biasa mereka seperti sebelum ini. Pemain pemain berbakat negeri seperti Piya dan juga Shakir Shari telah terlepas peluang keemasan untuk menunjukkan kehebatan mereka di pentas Asean. Memang benar piala ini  tidaklah mendapat pengiktirafan FIFA , tetapi status itu tidak boleh menidakkan betapa pentingnya perlawanan ini untuk membuktikan kepada penonton indonesia yang pasukan dari Malaysia juga tidak lemah.

Tampak keserasian belum ada bagi skuad kijang. Kalau sebelum ini (tahun2 lepas) banyak serangan2 menarik oleh pasukan Kelantan namun begitu perlawanan ini yang juga ditayangkan di TV Indoensia, gagal memuaskan ramai peminat tempatan. Peter Butler mesti mengambil langkah segera untuk menyatukan pemain import dengan pemain tempatan. Peter Butler perlu juga membuktikan bahwa dia adalah pilihan yang betul. Terengganu pernah gagal menyerlah di bawah bimbingan Ken Worden , begitu juga Kedah yang terperosok di bawah Liga sejak dipimpin jurulatih dari Brazil sebelum diambil oleh Azraai Khor yang membawa kejuaraan treble , Kelantan mestilah menidakkan persepsi yang jurulatih luar tidak serasi dengan pasukan tempatan. Dengan adanya harapan tinggi oleh jutaan peminat, Peter mesti segera mendapatkan ubat mujarab ke atas pasukan Che Siti Wan Kembang itu.

Wednesday, 28 December 2011

Persebaya Vs Kelantan






Pertembungan antara kelab terhebat Liga Malaysia, Kelantan menentang kelab terhebat Indonesia, Persebaya. Perlawanan diadakan di stadium Bung Karno pada pukul 9 malam. Tetapi siaran langsung di Astro Arena ( CH 801) bermula seawal pukul 8 malam.

Mari kita ramai-ramai menyorak untuk pasukan negara kita. Mari kita sekali lagi membuktikan Malaysia boleh mengulangi kejayaan Sukan SEA baru-baru ni!

Aku support Matyo!! Idup Matyo!!





Stay safe. Hala Madrid! Malaysia boleh!





-- Mr. Aish --

Tuesday, 27 December 2011

Terengganu ganyang Perlis

terengganu malam tadi menunjukkan kepada perlis bgaimana ingin mencari rentak di permulaan musim apabila menunjukkan permainan berkualiti dan menarik dengan membelasah Perlis 6-0. dengan adanya masalah di pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) brkenaan pemain import, tak menghalang pemain-pemain terengganu menunjukkan belangnya sebagai status elit di negara ini.

franky doe, penyerang  import terengganu


                 Francis franky doe, itulah nama pemain import ganu yang baru ni.berasal dari liberia, mempunya ketinggian 1.73 m, telah menyyumbat 3 gol malam tadi.ashaari samsuddin menjawab mengapa dia perlu berada dalam pasukan kebangsaan dengan 2 gol dan gol ke -6 adalah dari joseph kalang tie dengan shot 25 meter. dengan ini tidak ragu-ragu lagi terengganu tampak bersedia menuju ke persaingan liga super yang akan membuka tirai tak lama lagi.

Beliau bakal menggantikan Tercio Nunes yg tidak dapat didftarkan oleh pasukan Terengganu berikutan ada masalah dari segi kelayakan yg ditetapkan oleh FAM...

Bakal menyertai Terengganu untuk Piala AFC namun xdapat bermain utk Liga Super sehingga pendftaran pemain import dibuka semula pada bulan April oleh FAM. dengan adanya pemain-pemain harimau muda seperti azmi muslim, shukor jsoh dan muslim ahmad, tidak hairanlah Red Wariior bimbang akan tim ini. ini komen Annuar Musa berkenaan tim ganu nelang.

"Musim 2012 team terkuat ADALAH Trengganu...selain mengekalkan semua Pemain yg menjuarai FA CUP DAN NAIB JUARA LIGA & PIALA MSIA MEREKA MENDAPAT KEMBALI ANAK NEGERI DARI HARIMAU MUDA SPT SYUKUR JUSOH DAN MUSLIM AHMAD...cuma keupayaan coach baru Belum teruji..Tganu punya best defense dan best midfield...TRW MESTI BERTEKAD ATASI MEREKA.. " hahahahahaha ganu nelang

Monday, 28 November 2011

Harimau Muda Tersungkur lagi ...




Skuad Olimpik kita dibenam Bahrain 3-2 dalam perlawanan terbaru malam tadi. It was such a bizzare game. Malaysia leading 2-0 dan nampak macam selesa tapi tibe-tibe..dum, 2-1, dum 2-2, dum 2-3! Kalahnye pasukan kita bermakna harapan skuad harimau muda nak melangkah ke pusingan seterusnya hancur terburai.

Kenapa?

Dari apa yang aku nampak, skuad Bahrain mempunyai kelebihan individu melebihi daripada skuad kita. Kita bermain dengan lebih baik secara berpasukan, tapi secara individu, Bahrain lagi mantoop. Tapi still, bolos tiga gol dalam masa 10 minit amat menyakitkan hati. Yang peliknya, aku tak berapa panas hati dengan kekalahan malam nie. Mungkin sebab kita dah menang piala Sukan Sea baru-baru ini, ataupun sebab aku memang tak letak harapan tinggi pada skuad kita.


Bagi aku senang :

Buang Thamil dan Fakri, kekalkan Nazmi Faiz sebagai tunggak. Tu je.


Future Star of Malaysia

sumber; Facebook Nazmi

First time aku tengok Nazmi, masa perlawanan kedua Sukan Sea lepas, aku terpikir dah, he's going to have a bright future in footbal. And gues what? I am right, kan? Haha. Aku nak tengok budak nie dalam kesebelasan utama Ong Kim Swee pada masa depan. Aku rasa dia boleh menjadi seorang pemain midfield handalan Malaysia suatu hari nanti. Korang tengokla.

Again, buang Fakri dan Thamil. Skuad kita akan pergi jauh..sejauh mana? Haa, itupun aku tak tahu..


MALAYSIA BOLEH!!




Tuesday, 1 November 2011

Kekalahan Terengganu kepada Negeri Sembilan dalam Piala Malaysia baru-baru ini disebabkan masalah dalaman?

Seperti mana semua bebeh-bebeh sekalian tahu, Terengganu baru-baru ini mengalah kat Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia. Terengganu, yang memang selalu dianaktirikan oleh media-media tempatan, mengalahkan juara bertahan Kelantan dan 'Man U' Malaysia, Selangor dalam laluan ke final. Sebaliknya, Negeri Sembilan yang dipimpin oleh Sir Azraai Khor, menyembelih anak penyu (T-Team) untuk menempah tiket ke Stadium Shah Alam( tiket mahal plak tu!).

Apa yang mengejutkan aku, tiba-tiba terdengar kisah hari ni yang Terengganu kecundang disebabkan oleh krisis dalaman yang melanda antara pihak pengurusan dan team Terengganu sendiri. Hal ini dikuatkan oleh kenyataan pengurus pasukan Terengganu sendiri, Irfan Bakti Mourinho, bahawa pasukan Terengganu mengalami kekeliruan emosi semasa menentang Negeri Sembilan. Malah, dari sumber-sumber terdekat, mengatakan gerak badan pemain Terengganu semasa final hari tu seolah-seolah baru makan kerepok lekor basi.





" Sebenaqnye, pemain Terengganu semuanya tengah bad mood hari tu, saya dapat perasan dah. Saya dah cakap main molek-molek. Tapi saya hanyalah seorang insan yang lemah," kata Irfan Bakti.










Sebenarnya, aku pun hairan dan pelik, walaupun aku tak menghabiskan duit ke stadium dua tiga hari lepas, aku dapat tengok dengan terang dan jelas perlawanan melalui siaran Astro. Aku mati idup ingat punca kekalahan kita adalah gerakan ikhlas Sharbini;






Anyway, aku tak salahkan Encik Sharbinie. Apa yang berlaku memang dah ditakdirkan. Tapi kesilapan Sharbini memang agak besar. Semuanya hanya masalah konsenterasi. Memang mana-mana golkeeper even De Gea pun boleh buat kesilapan yang sama. Sebesar-besar hukuman yang boleh diberi kat lelaki ini pun dibuang daerah. Tapi, kalau dilaksanakan, nampak sangatla orang Malaysia ni tak bijak. 

Bila difikirkan balik, betulke ada masalah dalaman dalam pasukan Terengganu? Ada yang cuba mengaitkan pengurus Pasukan Terengganu dengan kekalahan Terengganu. Ada yang claim, bahawa campur tangan pengurus yang terlalu banyak sekalligus mencacatkan rentak pasukan Terengganu. Dakwaan ini seperti nampak berasas apabila Irfan Bakti secara kontroversinya meletak jawatan daripada terus mengemudi pasukan Terengganu. Aku tak berani nak komen lebih. Tapi apa yang aku boleh kata, kalau benar apa yang dikata, memang menjadi satu masalah bagi pasukan.
Seperti mana sedia maklum, pasukan Real Madrid (pasukan feveretku) suatu masa dahulu, mengalami masalah yang sama. Campur tangan yang terlalu banyak dari pihak atasan mengganggu pembentukan pasukan yang cuba dilakukan oleh jurulatih-jurulatih terdahulu. Ini menyebabkan prestasi Real terumbang ambing sehingga memberi efek kepada Real. Sehinggalah kedatangan Jose Mourinho mengubah Real Madrid kepada 'one coach' club sperti yang diamalkan oleh kelab-kelab Inggeris. 


" Selepas Real Madrid, saya akan bertanding bagi jawatan pengurus pasukan Terengganu. Kemudian, saya akan mebida pemain-pemain seperti Juan Mata dan Fernando Torres untuk join Terengganu. Sekarang ini Yossi Benayoun sudah bersetuju untuk join Terengganu tapi kita terpaksa batalkan niat ikhlas beliau kerana beliau orang Israel," kata Perez kepada Utusan Malaysia baru-batu ini.


Persoalannya, adakah benar apa yang didakwa oleh sesetengah orang yang mengatakan Terengganu mempunyai masalah dengan pihak pengurusan? Jika benar apa yang dikata, maka apa tindakan terbaik yang boleh kita lakukan sebagai penyokong Terengganu? 

apa-apa pun

"Peteh Terengganu Peteh"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...