REAL MADRID VS GRANADA
Result : REAL MADRID 5 - GRANADA 1
![]() |
Men of The Match |
Score sheet :
Real Madrid
Benzema (19')
Sergio Ramos (34')
G. Higuain (47')
Benzema ( 50')
CR7 ( 89')
Granada
Mikel Rico (22')
Formasi Real Madrid
Aku tak akan buat ulasan panjang lebar pasal game nie. Cuma apa yang aku nak sampaikan adalah walaupun result begitu memberangsangkan, tetapi ianya tidak menunjukkan permainan sebenar Real pada tahap sebenar. Malah, ada beberapa pemerhati yang berpendapat, Real bermain dengan buruk. Granada sebenarnya bermain begitu baik dalam perlawanan nie, cuma mungkin kerana jurang kualiti yang ketara pada kedua-dua pasukan, kita dapat melihat scoreline berpihak kepada Madrid.
Granada pada pandangan aku, ada ketikanya bermain dengan gerakan-gerakan menarik dan ada masanya, mereka turut bermain secara one touch football ketika melakukan serang balas. Kebanyakan gerakan merbahaya mereka datang dari left flank. Tak menghairankan aku, kerana aku sedia maklum yang Marcelo, walaupun hebat membantu bahagian serangan, tapi dia begitu rapuh ketika turun bertahan. Nasib baiklah Ramos ada untuk kaver posisi Marcelo.
Namun, ada beberapa pemain yang pada pendapat aku layak dipuji dari gaya persembahan yang ditunjukkan ketika menentang Granada. Varane contohnya, walaupun usia baru mencecah 18 tahun, namun setiap kali diturunkan oleh Mourinho, dia seringkali memberi persembahan yang menakjubkan. Dia begitu tenang dan bijak ketika membaca grak lawan. Sergio Ramos juga terus memberi persembahan hebat di posisi bek tengah sekaligus mengukuhkan namanya sebagai salah seorang bek terbaik Sepanyol. Malah, ada kalanya, kelibatnya disamakan dengan pemain bek legenda Real, Fernando Hierro.
Pada pendapat aku, Man of the Match malam tu boleh jadi antara dua orang, Karim Benzema ataupun Mesut Ozil. Karim Benzema, transformasi dia semakin menjadi-jadi. Malah, ada rakan bloggers yang aku selalu chat same-same (dia pro-Barca) mengatakan pada aku yang Karim Benzema dan Mesut Ozil bersama-sama Di Maria adalah tiga pemain Madrid yang dia paling bimbang pasal diorang nie unpredictable gaya serangannya. Tak seperti CR7, gerakan-gerakan mereka agak sukar dibaca sekaligus menjadikan mereka lebih berbahaya. CR7 sekali lagi menghampakan. Sejak dari El-Classico, CR nampak macam telah hilang yakin diri dan kelihatan seperti terlalu mencuba dalam permainannya. Apa yang paling membimbangkan ialah free-kick dia semakin teruk. Kalaulah dia boleh improve bab nie, tentu dia dapat skor lebih banyak lagi gol untuk Real.
Apa yang penting, Real Madrid sekali lagi berjaya menjarakkan diri mereka dengan Barca. Kali ni gap dia jadi 6 mata TETAPI, kalau Barca boleh kalahkan Espanyol malam nie, gap akan jadi 3 mata balik.
Harap-harap Espanyol boleh buat kejutan malam nie...
Stay safe. Keep on reading Aish's Cornerlot. Peace!
7 comments:
Thanks admin. Aku memang minat Real! Real pasti juara!!
Sahin tak main ke?
Sahin ada, tapi bench je. Tak turun main
Memang dasar Real Madrid. Bunuh pemain muda!
Hala Madrid...
wow nice blog!
dunt worry if asena and henry team up togede we will sucsec hail wingga
zuma zuma achemba
baka city,
trinidad.
Post a Comment